Wednesday, August 31, 2011

Beberapa orang yang lari dari tugasan memasang langsir pada malam raya

Memang biasa lepak kalau malam raya, tapi jarang dapat berkumpul. tapi tahun ni macam power juga. ramai dapat hadir pada malam penghulu segala lepak ni.




Dari kiri: Padeli,Syapik imigresen, Kumprinx, hilman, Didi, Jamal, pipi, amar dan.. kehkehkeh Apek? kodi lah lu tak balik lipis, weh!

Sunday, August 28, 2011

Beberapa jam mencari buluh lemang

Sahur pagi tadi sedang aku makan nasik mak pun berkata,

"karang bangun pagi sikit."

"pukul berapa?"

"pukul 9,10 gitu.."

"pukul bangun lah senang, mak"

"ha? kena nak kena pukul sampai bangun?"

"haaa.. ok ok."


Aku bangun tajam pukul 10. siap siap dengan sarung tangan kasut pachukang dan baju lengan panjang..

ok, let's go!!!



macam biasa all star puteh






"mak tengok kau banyak ambil gambar je tadi. buluhnya ntah ke mana!"

Beberapa pekara yang tak perlu cakap apa apa



Friday, August 26, 2011

Beberapa hari terdiam

Akan rahsiaNya itu untuk ditanggung oleh manusia.. emm taktau nak cerita apa pun. hari hari aku sama sahaja setakat ni. pagi kerja petang meniaga. ok tipu. kehkehkeh. esok jumaat terakhir ramadhan. kalau hidup lagi jumpa lah ramadhan tahun depan. teringat pula mimpi dinaikkan kesatu tempat yang lapang tidak berpenghuni dengan keadaan bogel ilmu dan tidak berperasaan. di ketuk pintu pintu mahu kedunia, di angguk angguk roh tak berpunya. ah dah start merepek ni. baik sahur dulu.

Friday, August 19, 2011

Beberapa minit pekena

Peh!! kena ikan lampam bakar sekali masa berbuka tadi. sampai berebut telur ikan. power power. tak sia sia kolam ikan depan rumah aku ni. time time benkrap boleh juga pancing ikan. time ada duit, beli ikan sadin.

kakakaka! mak, esok pancing ikan lain pulak!!!

Tuesday, August 16, 2011

Beberapa jam ambil gambar makwe bertudung di bulan ramadhan

Ahad baru ni aku, kumprinx, hilman ikut satu event ni, aku pun tak reti nak sebut macam mana. dia ada 12 orang makwe ni, dorang ni ada kelas mekap, pakai tudung macam tulah. lepas tu, penganjur dia cari lah photographer untuk spirit of makeover agaknya. dia pass makwe tu sorang satu kat kita orang. takda benda nak cerita juga sebenarnya ni.. nah gambo sikit.





Monday, August 15, 2011

Beberapa minit bakar daging kisar ramli

kelmarin aku ada beli daging kisar ramli. gaya macam sedap. biasa lah bulan puasa daun bawang pun nampak sedap. baru tadi aku masak. gaul dengan lada hitam garam je pun. letak dalam kuali tutup, pergi buka fesbuk. ntah mende sedap sangat fesbuk ni. tersengeh sengeh depan komputer.

5 minit berlalu. aku ke dapur angkat daging. besar CD je. aku karate 4. makan terus satu bahagian.

peh!! rasa papan! tak sedap langsung. takda rasa manis daging pun!

mak hulur sepotong mentimun. aku makan.

peh! lagi sedap mentimun!

aku ambil sepiring mentimun bawak masuk bilik makan sambil tulis entri ni.

kakakak mak, ko memang power.

Beberapa minit tunggu akak aku pergi beli telor ayam dekat mini market.

tadi ada makcik marah marah dekat mini market. sampai cakap dekat anak dia tu Monyet Air. ntah binatang apa Monyet Air tu, gampang betul makcik.. kehkehkeh

tapi makcik tu mesti tau nak didik anak dia, ye tak?. ikut ke hati tadi memang nak hayung je dengan helmet power aku ni.

Tuesday, August 9, 2011

Sunday, August 7, 2011

Beberapa minit teringat

sebenarnya aku lama gila dah tak rockin. peh.


gambar: Brade buttet

Saturday, August 6, 2011

Beberapa minit terdiam

"Hello,En.Ismail."

"ye saya. sedap suara? mesti kerja pejabat, kan?"

"err.. saya, saya.. dari nikon service center, nak maklumkan kamera En.Ismail dah siap. balance RM435."

"ooo ye?. ok nanti saya ambik.."

"ok, terima kasih"

"sa.."

tuuuuuuuu..(talian putus)

Kah kah kah kah kah!!! mak mak!! nila banyak lagi tak?. nak nila sikit baju melayu ni kasi nampak baru!!

Friday, August 5, 2011

Beberapa hari tolong kawan meniaga

Sebenarnya sekarang ni, petang petang aku ikut kumprinx dengan hilman meniaga kat bazaar ramadan. tapi bukan dekat bandar betul. dekat batu 2. bazaar sebelah sekolah setiawangsa. power juga into scene meniaga ni sekali sekali rupanya. tapi jangan risau. rambut aku sorok dalam topi, baju masuk dalam, apperen bunga bunga. peh, rasa cerah masa depan. sebenarnyakan, kamera aku rosak tak boleh nak ambik gambar sekarang ni. jadi siapa siapa yang dekat kuala lipis ni. datang lah tengok kami sendiri macam mana.

Macam mana? jadi ke tak aku promosi kedai ni?

Ah, aku nak pergi pekena nasik goreng sotong lah kejap.

Thursday, August 4, 2011

Beberapa pekara yang tunggu masa

power juga makwe jepun yang naik basikal rally ni. tunggu masa baju kurung dia lekat dekat freewheel je. masa tu lah..

nak cakap "boleh saya tolong?" dalam bahasa jepun macam mana?.

Wednesday, August 3, 2011

Beberapa jam bekerja di bulan puasa

Tadi aku pergi kerja bawak duit belanja RM2(macam biasa). habis kerja sampai rumah, selup poket belakang, ada lagi RM2, tak habis! power power. aku rasa inilah titik permulaan aku menabung untuk masa depan.

Tuesday, August 2, 2011

Beberapa helai seluar ketat

ada 3 helai jeans ketat, sekarang ni 2 helai dah koyak lutut. jadi tak boleh pakai bawak majlis kenduri kawin atau event orang kaya. ni tinggal yang sehelai ni aku nak pakai keluar lepak kejap lagi ni. ketat betul ni. gampang.

tapi macam dah ok sikit ni. lama tak pakai kecut agaknya. ok,bye!

Monday, August 1, 2011

Beberapa jam berpuasa

sebenarnya kan.. ah, karang sambung tulis. lepak kejap. power power. hari ni memang power.