Monday, January 31, 2011

Beberapa minit sebelum 1 February 2011

bulan january ni memang paling banyak sekali aku nak cakap terima kasih. nak tulis takut tertinggal nama.. oklah, terima kasih banyak banyak lah pada semua. gampang, macam ni update blog? kehkehkeh

Saturday, January 15, 2011

Beberapa minit sebelum siap kerat rambut.

Tadi petang aku pergi kerat rambut sikit. buat cukup syarat orang kabor. tiada apa pun yang jadi, cuma..

Nak dekat siap kerat tu, aku renung sekejap ke amoi tu sambil geleng geleng kepala sikit. aku pandang kat cermin lah.

dalam hati dah bising..

jangan






jangan buat





jangan






jangan







jangan buat hal






jangan








peh, jangan






jangan






jangan




tolong lah jangan









last last dia sikat juga rambut aku belah tengah!!

Wednesday, January 12, 2011

Beberapa minit tersedar.

"Dan manusia itu punya angan angan yang sama, semuanya ingin ke syurga."
Ok, aku terkesan dengan kata sendiri. baik aku pergi cari pucuk ubi buat masak lemak ikan masin tengah hari ni.


tahun; 2002
tajuk; stabil

Monday, January 10, 2011

Beberapa hari terlantar di rumah akibat chicken pox.(aku rasa tak patut kena dah tua tua ni)


"Keh tak nak naik van bomba, nak naik ambulan!" - tegas aku setelah tau mengidap chicken pox.

"Itu bomba nak tangkap ular kat rumah sebelah! bukan nak ambik aok!" - mak.


Kadang kadang aku jumpa buah delima bawah tilam. tiup tiup, makan terus.



Ok, talipon aku rosak. jenis rosak tak dengar orang cakap. sila sms sahaja.



Aku tak perasan banyak bunga mak aku tanam. tapi bunga ni bau sirap.



Kenapa gambar dinding! gambar kucing mana!


Anak sedara aku turut terkena chicken pox. malam malam meletik kesakitan.



Petang petang layan anak sedara main baling selipar!!


Malam malam aku pulak meletik kesakitan atas tilam ni.. ada satu malam, aku dive atas drum set. hilang kejap rasa sakit, timbul pulak rasa bengap.


Alhamdulillah... hari ni aku dah sembuh. Terima kasih lah buat rakan rakan yang datang melawat. yang bawa buah buahan tempatan, air gas, gula gula dan banyak lagi. Tak lupa juga yang sms dan tulis kat wall fesbuk.

Sekarang dah pukul 5 pagi. kejap lagi pukul 8 nak masuk kerja. Ye aku dah start masuk kerja. Cuci tandas macam biasa!!. Ada satu lagi, ah, tak payah cakap lah..

Wednesday, January 5, 2011

Beberapa saat selepas buat kira kira (aku bukan jam tangan mewah, goncang saja terus boleh jalan)

Tadi bos aku datang rumah. kira datang melawat lah. ayat biasa lah, kan?

"peh, tak kena lagi ye chicken pox masa kecik?"

"yess.." aku jawab tenang.

Tiada apa yang dibualkan. semua masalah sama. perkerja tak datang kerja. masuk lambat keluar cepat, orang tu sakit , orang tu ponteng, orang ni malas kerja. masalah masalah kerja kontrek ni, macam tu lah ceritanya.

Aku banyak cuti bulan lepas, jadi boleh tahan lah banyak gaji kena potong. tapi duit buat tracing/design boleh cover balik. tu yang lega sikit. ok, kira bulan lepas settle lah bayar bil beli barang dapur semua.

Tadi petang baru aku teringat. sekarang ni dah 5 january, aku masih bercuti lagi. aku buat kira kira..

Aku dah cuti 3,4,5, dan besok 6. cuti lagi untuk ke Serawak pada 19,20,21,24,25 dan 26.. sebenarnya aku akan hadapi benkrap pada bulan depan..

Macam buat ramalan juga buat kira kira ni rupanya..


tahun; 2002
tajuk; Kalau cinta perlihatkan jasadnya.

Saturday, January 1, 2011

Beberapa minit selepas terjaga dari tidur(ko memang power).

Weh, tak perasan aok call tadi. keh kat rumah ni.

Aku sms ke Fendi selepas talifon aku berkelip kelip dan tertera di skrin talifon
"1 miss call"
terus kebilik air, mandi mandi, pekena teh dan makan lempeng.
aku kembali ke bilik, tengok cermin. peh bersepah juga parut chicken pox kat muka ni. kata aku dalam hati..emmm..

macam mana nak tulis bunyi ringtone talifon? aaaa...
takpe lah.

"kringgg!! kringggg!!!"
(babi, tak real langsung. ringtone aku bukan bunyi macam ni)

bunyi panggilan masuk tadi kacau feel pagi sabtu aku..

"hello Mail, fendi ni. aok macam mana? sihat dah?

"aaaa ok ok.."

"ni, keh ada kerja sikit ni. nak suruh aok buat"

"ooo, kerja mende?"

"macam biasa lah tracing design baju budak sekolah"

"boleh boleh. aok datang je. keh sihat dah ni. boleh buat kerja.."

"peh, lega keh. keh dah sesak dah ni. ingat aok tak dapat buat"

"boleh.."

"ni ada 3 design ni, karang dalam pukul 2,3 keh datang rumah aok, ok?"

"ok ok. datang je bila bila. keh ada kat rumah."

tamat perbualan..

aku bukak tingkap bilik, perhati benda jauh dan hijau buat senamam mata. kelip kelip 2,3 kali. siap. pasang kompiter, layan Pulp fiction buat kali ke tiga. tersengeh sengeh 2jam setengah dalam bilik. Samuel L. Jackson, Samuel L. Jackson.. ko memang power.

hampir terlupa aku kena hadapi kerja kejap lagi.
kemas kemas sikit tempat tidur, buang plastik super ring yang gagal di masukkan kedalam tong sampah dan refill air dalam botol.. kat sini lah bilik, kat sini lah studio, kat sini lah tempat kerja, kat sini lah tempat sakit, kat sini lah hiburan dan kat sini lah semua. bilik, ko memang power.

aku duduk smart depan kompiter sambil bukak perisian yahudi..
ok,semua dah standby.aku hanya tunggu fendi saja..


tunggu..



tunggu..



"~tit~" sms masuk. buat apa?. aku sengeh. ni, lagi satu, ko memang power.



tunggu..



tunggu..



tunggu..

peh, apa pasal lama sangat fendi ni..
aku tengok jam..
yes... baru pukul 11 lebih rupanya. aku masih ada 2jam lebih lagi rupanya. dan aku tulis entri ni.Beberapa minit selepas terjaga dari tidur(ko memang power).

permulaan yang sangat baik untuk 2011 walaupun aku tak berapa sihat lagi..

ok, selamat tahun baru, moga hari ni hari yang baik buat semua.




tahun; 2003
tajuk; kejut