Wednesday, January 25, 2012

Beberapa menu yang aku dah lupa

Langkah selesa aku keluar dari bilik air..
Bersandar molek mak di dinding simen sambil menonton drama dari seberang..
Tangannya seakan menyuap makanan kegemaran..
Langkah aku mahu ke bilik tadi terbatal..
Isyarat dari otak turun melalui tulang belakang ke kaki untuk menyampaikan amanat tuhan yang mengatakan aku akan terus ke arah emak..

Kalau dikatakan cinta itu berjasad, maka yang dimakan emak dari tadi, itulah dia.
Kalau dikatakan surga itu nampak nyata, maka yang dimakan emak dari tadi, itulah dia.
Kalau dikatakan rindu itu berpunya, maka yang dimakan emak dari tadi, itulah dia.
Kalau dikatakan itu pisang rebus, maka yang dimakan emak dari tadi, itulah dia!!!.

Mak kenapa ko tak beritau aku yang ko tengah makan pisang rebus!! dah 3 tahun aku tak pekena!

Tapi, mak.. macam kurang garam..

Mail, ko, ko, ko, ko diam. Mak lebih makan garam dari ko.

Tuesday, January 24, 2012

Beberapa minit sebelum lelap mata.

Haih.. aku lemoh betul bila ada belalang hijau dalam bilik ni. nak tido pun tak senang. tak, aku mana takut belalang. tak takut. betul.

Basah juga satu bilik aku sembur dengan biagon ni karang..

Monday, January 23, 2012

Beberapa minit sebelum keluar lepak

Amboi.. ada nasik kebuli pulak bawah tudung saji!. siapa punya kerja ni! sedap betul..

Beberapa jam sebelum tahun baru cina

Kenapa, kenapa, kenapa, amoi kedai gunting rambut tu taknak bagi aku limau.. bukannya aku tak usyar dia time lepak Aji petang petang, tapi sibuk sikit kebelakangan ni. haih..

Ok, selamat, selamat, selamat tahun baru cina.

Saturday, January 21, 2012

Beberapa minit sebelum makan nasik

Amboi sedap betul super ring ni, rasa macam nak update blog.

Thursday, January 19, 2012

Beberapa hari lepas

Kelmarin aku pergi meeting runcit runcit satu sekolah ni, ada sorang cikgu ni panggil aku suruh buat layout majalah sekolah katanya. Aku tak pernah buat sebenarnya, main redah je. janji dapat duit sikit buat belanja dapur dah lah..

Sepanjang perbincangan, aku main "ya"kan saja. sebab aku rasa dah paham apa yang dia cakap.

"ya, cikgu"

"ya, cikgu"

"saya paham, cikgu"

"boleh, cikgu"

"ya, cikgu"

Setelah 15 minit sembang serius..

"Ismail, kamu tau tak?"

"Ya, cikgu. saya rasa, saya faham apa yang cikgu terang tadi. esok saya masuk kerja."

"bukan, cepat sangat kamu ni. kamu tau tak, saya buang kucing saya tu kat pasar minggu lepas, semalam dia balik semula ke rumah. tengah hamil tu. dan dan je sampai rumah terus beranak. hihihi.. tujuh ekor pulak tu. bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla"

Cikgu, ko, ko, ko, ko jangan buat aku takut..

Tuesday, January 10, 2012

Beberapa kali aku fikir, esok aku ponteng kerja lah.

Dipersetujukan kedua duanya menjilat lelangit
Diam dan berkata di hati masing masing
Tanpa faham kita menjawab
Tanpa faham kita bertanya
Tanpa tahu tuhan membantu

Meminta ratap berwaktu
Tahu tidak tahu tersasul
Kalau tahu Aku kamu
Kalau tidak kamu melulu

Hidu kaca gentian pedihnya menikam salur nafasmu
Telang duit syiling sepandir kanak kanak
Sepandir kanak kanak matanya tembus ke hati kamu

Tak boleh sambung tak boleh sambung!
Kalau ikutkan hati jari ni, memang sedap merepek dan kesudahannya tak faham apa. Kakaakakka.

Mak ko,ko,ko masak nugget pagi esok aku nak bawak bekal pergi lepak.

Thursday, January 5, 2012

Beberapa perkara yang tertunda

Ni aku ada nak cakap pasal jam sikit.

Jam kalau habis bateri, dia berhenti. kita nampak dan tahu kena tukar bateri, tapi tempatnya tinggi.. Orang selalunya malas nak gantikan bateri. Dan lalu lalang lah orang di rumah sambil tengok jam mati.

Haih.. susah hati betul aku macam ni..

Beberapa hari lagi

Primary, ko tunggu. Aku dah bukak pedalboard ni. siap ko ahad ni!.

Beberapa minit tadi

Sebenarnya aku tak suka betul bila getah rambut hilang. Mana aku letak tadii.. Ini tidak adil tidak adil bagiku.. macam lagu yuna,eh?

Beberapa hari tidur lewat

Aku ingat nak tidur awal sikit lah hari ni. masa zaman zaman giat mara dulu, pukul 10 dah tidur, pukul 7.30 dah tercegat depan gate. sayang betul cikgu cikgu giat mara masa tu ke aku. selama 6 bulan, tak pernah miss kelas. penuh kedatangan. kakakaka.

Sekarang, tidur pukul 4 bangun pukul 9.15, pergi kerja, balik pukul 12. macam mana kerajaan nak sayang. kehkehkeh. salah dah aku ni dari segi manusianya..

Aku sebenarnya teringat nak makan indomie, tapi kat mamak lipis takda. last last aku beli sendiri kat mini market. saling tak tumpah rasa macam kat mamak. ma, ma, ma, mamak ko tak pawer langsung.

Wednesday, January 4, 2012

Beberapa hari rasa nak jogging

Selalu lah memberi kemenangan kepada orang lain, nascaya kalahlah zahir. Itulah rahsia saya sebagai seorang pencuci tandas handalan. kehkehkehkeh kena air malta time time gini sedak juga ye dak?

Tuesday, January 3, 2012

Beberapa hari di minggu tahun baru

Takpa lah, kerja luar biar yang luar settlekan, kerja dalam biar yang dalam settlekan.. kehkehkehkeh. Keadaaan, ko, ko, ko, memang power.

Sunday, January 1, 2012

Beberapa jam selepas tahun baru

Assalamualaikum.. kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu,kamu dan semalam adalah tahun yang lepas.