Wednesday, October 29, 2008

Hari ni birthday aku yang ke 24 tahun.

Dalam surat beranak tulis, hari Rabu pukul 9.30 pagi aku lahir. Tempat
lahir, Kampung Tempoyang(kat rumah je).

Kereta mainan kawalan jauh, kek 3 tingkat, senapang mainan M16, kasut
ada lampu macam Pedal, baju ada gambar super hero, talifon binbit
model terkini, menyambut hari lahir di KFC? Ye, aku tak pernah dapat
semua tu sempena hari lahir.

"Mak, ngape orang tak pernah dapat hadiah atau sambutan sempena hari
lahir?" tanya aku yang menuntut keadilan.

"Mak memang tak pernah bagi semua tu kat aok. Tapi, mak tak pernah
lupa doakan aok supaya hidup bahagia, sihat selalu, berjaya mengejar
cita cita dan sebagainya. Supaya suatu hari nanti, aok boleh dapat
semua menda yang Mak tak mampu berikan.." masa aku tanya ni, umur aku
7 tahun. Aku rasa ini lah hadiah paling king sekali. Sampai sekarang
aku ingat.. Tapi, tak tau lah kalau pipi nak ajak aku pegi melancong
ke Eropah esok, mungkin boleh fightlah dengan hadiah mak aku ni..

--
Sent from Gmail for mobile | mobile.google.com

Saturday, October 25, 2008

makan kat kenduri kahwin?

"Sabtu ni makan kat rumah orang kahwin lah. Kalau malas pegi, masak
sendiri kat rumah." pesan Mak aku semalam.

Pagi tadi dengar tak dengar je mak aku cakap apa. Aku bersepai tidur.
Sedar sedar dah pukul 10 pagi, aku baru terjaga. Orang kat rumah semua
dah cabut pegi kenduri. Kenduri tu pun aku tak tau kat mana. Gayanya
jauh, kalau tak, takkan bertolak pagi.

Aku bangun dengan penuh nafsu kelaparan sambil menyanyi, "bangun pagi
gosok gigi, makan meggi pagi ni, sudah kenyang apa lagi, sambung
tidur, peh!, masyuk sekali.."
aku buka peti makanan kecemasan dengan rakus. Selongkar punya
selongkar, meggi sudah tiada.. Tak kan aku nak nyanyi, bangun pagi
gosok gigi, makan ubi. Mana nak jadi!

Aku cuba berkelakuan tenang.. Tapi dalam hati, dah pencah pintu tandas.
Selalunya kalau hari sabtu, Mak ke pasar, ada lah tapau tapau sikit,
nasi impik ke, satey kijang ke, kancil masak merah ke, paling koman
pun ayam golek. Tapi, sabtu ni? Dia tapau sepotong ayat je, " jom
makan kenduri sedara aok tu".

Otak dah bercelaru, fikir terganggu.. Ah! Kali ni aku akan tunjukkan
kehandalan aku! Rumah ni akan menjadi saksi, yang aku akan masak nasi
pagi ni!. Tanpa bercerita panjang, nasi yang aku masak ni, memang satu
taraf dengan hotel lima bintang.(guna rice cooker) aku pecut ke reban
ayam belakang rumah, cari telur, dapat sebijik. " YES!!" tempik aku
sambil menjulang telur ayam kelangit. Aku berlari ke dapur, capai
mangkuk, pecahkan telur.. Telur dah jadi ayam. Rupa rupanya ini
balasan orang yang tak pernah derma kat rumah anak anak yatim.

Selepas mundar mandir di halaman rumah sembil mengenangkan keadaan,
aku kembali ke dapur. Aku masih tak paus hati, aku nampak ada satu
periuk kecil atas dapur gas, aku buka dengan penuh harapan..
Penutup periuk di buka dengan perlahan.. Seakan aku kenal bau ini. Tak
sepat habis aku bukak penutup periuk tu... Turun dua bidadari dari
langit. Terapung apung mengelilingi aku. Dan berkata, " Itu semua
untuk kamu.(echo) " Periuk terbuka dengan sendiri. Aku jenguk sambil
gengam erat kedua belah tangan..
Pehrr! Sup Ketam dari syurga!
Tak tipu, memang ketam! Dah dua tahun tak makan ketam ni. Aku mulakan
dengan bismillah dan diakhir dengan alhamdulillah.. Habis aku bedal
dua ekor sekali gus dengan nasi lima bintang. Tapi aku masih
sangsi dengan status Ketam tadi. Takde pulak mak aku pesan suruh
makan. Entah ke Ketam penerang hati untuk anak sedara aku supaya rajin
ke sekolah..

Lepas ni, jangan tanya aku mengapa aku sambung tingkatan 6!

Wednesday, October 22, 2008

HUJAN. Ha?, dalam kepala ingat band hujan lah tu.

Tiada kilat ataupun angin kuat. Terus hujan je. Ye, itu bermakna,
musim hujan di kuala lipis dah bermula. Biasanya Hujan akan turun pada
pukul 6 petang dan sidang pada pukul 6 pagi esoknya.
Asstro jangan harap nak pasang, biru je keluarnya. Baik pakai aerial
biasa!, keluar juga gambar walaupun bintik bintik, dapat juga tengok
drama amerika latin tak tentu hala tu.

" Mak, jam pukul berapa dah? Orang nak keluar ni."
tanya aku dari dalam bilik yang kebosanan menunggu titik titik akhir hujan.

" Pukul Babi sampai mampos!.
Jangan harap kau nak keluar hujan hujan ni."
Aku termenung.. (takdenye lah mak aku nak sound macam tu, weh.)

Siangnya pula hanya panas terik dan langit biru yang mengeringkan
seluar seluar jean mat rempit yang bersidai di ampaian kain mahupun di
flat Sungai Kerpan.
Segala urusan yang melibatkan jalan kaki, naik motor, mengorat kat
kedai Aji, buang masa baca blog ni dan lain lain lagi, harus lah
bermula seawal pagi. Aktiviti melipak pada malam hari? Tak lepas kalau
Amar tak loading kita orang dengan kereta mewah dia. Tapi itu semua
tak penting. Aku lebih risaukan gosip para rakan sekerja yang
mengatakan hari ahad ni kerja. Apa cerita hari ahad kerja? Tom Krus
pun cuti pegi gereja!

--
Sent from Gmail for mobile | mobile.google.com

Monday, October 20, 2008

Tepuk dada tanya selera. Bukan. Tepuk dada, tanda?. Sabar. duit takde.

Hidup ini memang tak adil.. Kenapa aku sahaja yang kalah, kenapa aku
sahaja yang tak dapat? Orang lain, hidup mewah, semuanya senang, makan
pun sedap sedap, ayam goreng, minum air warna warni, satey Ali Kapak,
coklat mahal, enjoy sana enjoy sini, enjoy atas, enjoy bawah, tengok
wayang gambar, top up RM50, tukar tayar motor baru, nak ke tandas pun
pegi tempat yang bayar mahal, lima posen macam kat CM tu. Err.. Apa
lagi?. Pendek kata, petik sahaja, semua dapat. Aku ni?, hanya mampu
tengok sahaja.. Tepuk dada tanya selera. Selera kata, nasha aziz. Apa
cerita? Duit cukup cukup beli air anggur plastik je ni.

Tapi, itu semua cerita 18hb dan keatas..

--
Sent from Gmail for mobile | mobile.google.com

Sunday, October 19, 2008

Cinta 7.00am.

Pedih mata bagaikan tepetik abu rokok untuk aku bangun pagi tanpa duty
penting. Inikan pula mengangkat panggilan talifon(talifon rumah). Tapi
aku kuatkan juga untuk bangun. Manalah tau kalau kalau YB nak bagi
duit ke?, Wan Selak nak bagi motor RXZ dia ke?, Bathtiar nak tumpang
pegi town ke?.wtf!!!
Ganggang di angkat. Aku pekap ke telinga. Perkatan HELLo belum sempat
aku ungkapkan, sudah terdengar seolah olah bisikan dari Miss Universe
yang bertutur dalam bahasa cina, Yang cuma, ayat last dia sahaja aku
faham,
" i love you.."
dan aku balas balik cinta dia dengan menjawab,
" sorry.. wrong number baby.."

Kalau nak luahkan kata kata cinta sekalipun, check lah dulu no tu betul betul!.

--
Sent from Gmail for mobile | mobile.google.com

Friday, October 17, 2008

syaitan berbisik

Dah tiga tahun aku kerja sebagai cleaner kat kem tentera ni, ketebalan disiplin pun dah nipis.
Datang lewat kerja, kena tiaw, balik cepat, tipu sana tipu sini, dah
macam makan nasi jadinya. Kalau time kena tiaw tu, aku siap boleh
shuffle lagi.

8.30 pagi. Tadi/entah bila aku dah lupa, aku lewat lagi. Masuk ke kem tu sepatutnya pukul 8,
dan mula kerja 8.30. Tapi, aku buat rilek je angkat kening ala ala
ziana zen kat abang askar/guard tu. Pedih juga mata aku buat macam tu.
Cilakak punya ziana zen.

Tiba tiba ingatan aku terganggu.
Jangan jangan aku lupa isi minyak motor!. tempik aku dalam hati.
Dengan terburu buru aku buat pusingan U, gelek sikit boot askar tu,
kasi pedih sikit ibu jadi dia pagi ni, terus pecut ke station minyak.
Sampai sampai, tengok orang berpusu pusu isi minyak. Semua nak menang
kereta mewah macam iklan dalam TV tu. Aku terus ke pump 3, gayanya
macam takde orang lepas apek ni,
aku parking dangan bersahaja.
Lah!, main sms pulak apek ni. Orang dah nak cepat ni.
Fucking..

Sementara tu aku mengalih tumpuan ke arah amoi seksi yang baru nak
turun dari motor.. Takde untung gayanya hari ni. keluh aku. Tiba
tiba..

"Alik2!, ini minyak ala lebih. saya taktau brapa lagi ada. lu sambung isi lah."
apek tu menganggu hayalan. aku konfius.. Tengok tengok kat meter pump,
rm4.33. Oo, apek ni isi rm4.33. tapi aku nak isi rm5? macam mana nak
kira ni karang. Tak sempat aku nak bertanya, apek tu dah blah. Macam
ada apek tu cakap sesuatu, tapi aku tak dengar, bunyi motor dia kuat
sangat.
Ah,tuang jelah. agak agak rm5 karang stop lah. bisik hati aku dangan
yakin. Sepatutnya aku kena stop pada rm9.33. Tapi meter ni dia punya
laju tak ingat. bajet rm5 dah jadi rm11. Tangki penuh. meter beritau
rm16.50 aku kena bayar. tapi, mesin ni masih mengizinkan minyak dia
keluar.
Ah, dah lah, tangki pun dah penuh. kalau aku blah terus ni..untung.
syaitan berbisik.. Akak kaunter ni dah usyar aku dari tadi. was was juga aku dibuatnya, adakah aku ditipu oleh apek tua tadi. takpun, untung di pagi hari.
Aku melangkah ke kuanter
ke kuanter dengan penuh debaran.. Sampai turn aku, akak tu tanya,

"ha,nak isi brape?"
gayanya dia dah pantau aku tadi,ke dia nak jerat aku, nak tengok
keiklasan aku. Syaitan yg di laknati tuhan berkata lagi, kau katalah
nak isi rm5, untung lagi kau pagi ni.. My ass lah syaitan!, tangki aku dah penuh.paham?! ko pg bisik kat org lain pulak, skang!. Tegas aku.
baiklah. jawab si syaitan muda.

"eer,saya sambung isi yg cina tadi."

"oo,rm16 tu?."
sambil merenung ke arah pump.

"Tak tak. saya isi rm3 je tadi.."

Tuesday, October 14, 2008

Talifon baru orang lama..

Setiap ahad malam isnin biasanya incharges aku akan talifon..
Bertanyakan ada kenaikkan (motor) tak kau ke tempat kerja besok?.
Selalunya aku bawa motor sendiri, kadang kadang je abang aku bawa.
Jadi, itu lah sebab dia talifon.

Tapi panggilan kali ni lain sikit.


"Mail aku ni semalam dapat message, dia kata kalau nak tengok video,
reply YES kat dia. Lepas tu video masuk.. Tak sampai separuh dah
habis. Pastu dia kata potong 3ringgit lagi untuk video seterusnya.
Mula mula 3ringgit lepas tu 5ringgit! Videonya tak putus putus!. Macam
mana nak buat ni! Ohh shit man!."

"Rilek En.Garik.., apa kata tanya anak anak En.Garik?."

"dah tanya semua taktau! Cepat mail! Dia tengah sedut credit aku lagi ni!."

"try taip STOP pastu antar kat no tadi."

"dah! Aku dah bua... tuuu...." Talian terputus..

Setahu aku anak dia ada kerja kedai handset. Takkan taktau.. Aku kehairanan..
Ke En.Garik tak tanya pun kat anak dia.
Tapikan, aku syak sms tu macam ni.

Minat Video Minah Rempitku yang "Lampau" & "PANAS"? sila taip ON Ella
and hantar ke 33933. Cepat dan jangan biar saya menunggu, yang.
Pendaftaran FREE ;-)
Sent from Gmail for mobile | mobile.google.com