Saturday, December 31, 2011

Beberapa minit sembang pasal minat

Siap aku cuci tandas kat pejabat markas batalion ada sorang brade askar tegur,

"mat rok, kau selalu malam malam lepak mana?"

"saya saya.. biasa lepak kat bastand lama kat kedai kuning tu.."

"Hahahaha. apalah kau ni. takda tempat best sikit ke kat lipis ni? cucuk lampu lah sikit!"

"situ je bang yang saya biasa lepak.."

"lagi apa aktiviti kau kat lipis ni?"

"saya suka jamming, bang."

"ahh.. itu jelah kau tau, mat rok. cucuk lampu tau?"

"apa? repair lampu?"

"hahahahhaha apa lah kau ni mat rok!. hahaha cucuk lampu?!" hampir satu pejabat gelak. down gila rasa.. gampaa

"apa? ? ?"

"cucuk lampu lah! disko disko! hahahaha" meletop satu pejabat gelak.

"saya tak minat, bang.."

"kau kena belajar, mat rok" Abang askar jawab dengan semput semput gelak.



Aku cau macam tu je sambil tinggalkan senyuman sebesar dosa 2011 dan sesaat pahala yang kabur depan mata. Gelak tawa yang tadi kuat dah makin perlahan dipisahkan oleh langkah seorang hamba yang kosong dadanya. Baldi basah dengan mop adalah cinta kerja sementara. Aku kerja dengan minat, kamu kerja dengan minat. Jadi, baiklah aku pergi makan nasik dah pukul 9.30 rupanya..

Saturday, December 24, 2011

Beberapa minggu kebelakangan ini

Asik tak lepas je nak jamming haihh. nak ketuk drum kat rumah ni memang tak larat dah. last last aku pasang lagu kuat, menyanyi.

"Pow pow pow pow!!!! bla bla bla bla!!! lalalalala!!~~~~"

Tengah sedap menyanyi mak aku masuk tanpa ketuk pintu.

"menyanyi?" kata mak aku.

"Aaaa haah.." jawab aku sambil pegang talipon bimbit sebagai mic.

takdan mak aku jawab, aku dah sambung..

"Sebenarnya orang memang nak jadi penyanyi bila besar nanti." jawab sambil angkat kening.

"Gila"

kakakaka!! mak, ko, ko, ko, support lah sikit!

Friday, December 16, 2011

Beberapa minit ketawa

Dah lama aku tak ketawa sebenarnya. Last tahun 2003. Akhirnya semalam aku ketawa. Feel dia sama macam 2003 dulu. Terus jadi lega rasanya. lapang dada. kehkehkeh gampaa. entah mende mende entri.

Beberapa patah perkataan

Apa benda yang kamu rasa buang masa?. cuba beritau.

Aaaa..

Buat lah sesuatu tu kerana Allah, baru betul tempat masa tu dibuang.

Ooo..

Mak, ko, ko, ko memang power.

Thursday, December 8, 2011

Beberapa fighter masa kini

Dah tiga hari aku tengok abang ni isap rokok suria dengan minun kopi susu. ntah bila minun air kosongnya. risau juga. Abang, ko memang fighter.

Tuesday, December 6, 2011

Beberapa minggu lepas


Anak sedara aku yang kembar ni dah balik johor. setahun duduk kat lipis ni. hari hari aku sakat sampai menangis. setahun rumah ni bising bising sekarang dah senyap. setahun aku bukak pintu bilik kuca kacir budak kat luar, sekarang buka pintu bilik nampak mak aku tengah cuci daun pisang nak buat kueh koci. setahun budak bising malam, sekarang dah bunyi cengkerik. kehkehkehkheh keadaan, ko memang pawer.

Beberapa persamaan

Aku mula Aku akhir Aku lemah Aku kuat Aku hodoh Aku cantik Aku serius Aku komedi Aku rendah Aku tinggi Aku hitam Aku puteh Aku lapar Aku kenyang Aku perlahan Aku laju Aku bodoh Aku cerdik Aku miskin Aku kaya Aku hidup Aku mati Aku punya kau kau punya Aku. Takda beza sebenarnya kita ni kalau kamu baca. kadang kadang lupa saja. kehkehkeh. pawer juga ulam pucuk ubi tadi rupanya. minat makan pucuk ubi?

Beberapa sms lepas jam 12 tengah malam

Aku tak angkat panggilan. talipon rosak. jadi, aku hantar sms. "sms saja, talipon rosak" Dia reply. "Talipon boleh rosak. yang tak rosak lagi binasa, apa ya?"


Ok, ni maksudnya masa untuk travel satu malaya dah dekat.

Saturday, November 26, 2011

Beberapa perkara yang kita kena enjoy

Mak buat kueh koci hantar kat kedai hari hari. katanya modal RM16. dapat balik RM13. macam tak pulang modal tu. aku tanya,

"Lah pasal pulak macam tu? tak pulang modal langsung. dah lah tepung pulut hitam takda di pasaran sekarang ni. nak kena beli beras pulut hitam, blender sendiri lagi. haih.. tak boleh lah macam ni, mak.."

"Dah tu kamu tu buat kerja kompiter kompiter tu.design design tu. orang tak bayar kamu diam je. kadang kadang buat tolong tolong orang je. kamu bukan tak bayar bil elektrik, internet semua. bayar kan? untung?."

"Lahhh dah orang minat kerja ni. tak bayar takpa. janji puas je. enjoy"

"Habis mak ni? nak enjoy juga macam kamu juga."

"Ok, fine"

Salam maal hijrah 1433 buat semua. Dan selamat tahun baru. semoga kamu terus enjoy dan benkrap macam kami sekeluarga.

Wednesday, November 23, 2011

Beberapa perkara yang nak menyampaikan hujang bulan

"Ada duit tak?" steady mak tanya.

"Ada ada.."

"Ye ke ni?"

"Ye.."

"Ambik jelah kalau nak pakai"

"ye, ada lagi duit ni. takpa takpa. simpan buat beli barang"

zaaasssss!!!! aku keluar lepak.

tengah sedap melapak satu panggilan masuk.

"kamu ambik ke duit mak atas TV ni tadi?"

"aaaa"

Monday, November 21, 2011

Beberapa kata kata pemberi semangat

"sunat? haaa.. bukan sakit pun, macam kena gigit semut je"

Berapa puluh tahun lah agaknya kata kata semangat ni dah orang guna.

Friday, November 18, 2011

Beberapa perkara sebelum tidur

Orang kata islam ni berasaskan kasih dan sayang. sekarang ni kita memeluk islam, kalau islam duk keras je, tak sampai feel lah ye dak?. kena lah sampai islam tu peluk kita balik, baru lah sampai feel maha pengasih dan maha penyayang tu. amboi cleaner cakap macam cikgu maktab ni yang kerajaan marah ni. kakakakkaka.

ok ok keh lapar tengah malam ni sebenarnya. tu merepek tu. kalau masak meggi ni kang macam tak logik pulak.. ok, fine. kita cuba masak meggi.

Tuesday, November 15, 2011

Beberapa minit tadi baru tersedar

"mail mail!! makan sekali lah. malas mak menghidang sekali lagi karang!" jerit mak dari dapur.

Kat rumah aku jarang makan sekali dengan keluarga. selalu makan sebelum atau selepas orang makan. taktau lah pasal. tapi tadi aku boleh joint sekali. semua dah ambil gulai ayam masak tempoyak dengan bahagian kesukaan masing masing. tengah tengah makan aku mula nak menyakat. cubit sikit ayam anak sedara aku masuk pinggan. lepas tu aku senyum..

Semua anak sedara aku pandang tepat ke arah aku..

Seorang bersuara.

"Wan, wan. pakcik senyum?"

Seorang lagi.

"Wan, kenapa pakcik senyum macam tu?"

Lagi seorang.

"Wan, kenapa pakcik senyum besar sangat?"

Aku kembali serius dan sambung makan laju laju lepas tu terus pecut masuk bilik tengok cermin.

Dan baru tersedar.. selama ni aku memang garang bila kat rumah.

garang.. garang.. garang.. kah kah kah kah kah kah!!! aku ni seorang yang garang rupanya!!



kah kah kah!! garang macam cikgu jasmani!

Friday, November 11, 2011

Beberapa pihak yang kecoh pasal tarikh 11/11/11



seakan akan yang satu, ye dak?

Keh tangkap masa tengah melepak petang tadi. terus rasa bermakna lepak petang.

Thursday, November 10, 2011

Beberapa hari dapat feel klasik

"Wah 2,3 hari asik masak dapur kayu je, mak? best lah rasa macam dulu dulu. ada feel kayu api.ayam, daging pun bakar bakar je. sihat lah gayanya kita ni. hari ni bakar daging lah mak. banyak lagi daging korban dalam peti tu."

"Kamu tau tak rumah ni dah 2 hari takda gas?"

"Ok, fine"

Wednesday, November 9, 2011

Beberapa bahasa yang aku kurang paham dewasa ini

"ohh dress pnjg ? xd lha ju nieyh . xli ag"

Ni dia tulis apa?. jangan jangan aku dah tua untuk paham..

Sunday, November 6, 2011

Beberapa jam sebelum raya korban

"Wah, buat lemang ke kita raya korban ni, mak. banyak buluh ni?"

"Tak. buat tabung untuk masa depan kamu."

"Ok, fine"

Selamat berkorban apa yang patut buat semua. semoga aku bangun pagi pergi sembahyang raya esok.

Friday, November 4, 2011

Beberapa kali

Bercium dengan sistem solar.

Monday, October 31, 2011

Beberapa minggu lepas hingga ke hari ini

Ambil gambar konvo Haan yusoff sabtu lepas. aku tak pernah pergi konvo ni sebenarnya. pawer juga dia punya lama. nasib baik ada Aloy dengan Ira sunny. tahan sikit ada org bercakap. kalau aku sorang hari tu, memang aku bertukar jadi ultraman. karate dewan tu, bawak keluar Haan hantar sekolah pondok. tapi apa apa pun kira oklah, aku pun tak pernah tengok kejadian konvo ni macam mana. terus rasa macam berjaya dalam hidup dapat pergi konvo orang. padahal orang lain yang berjaya. teruk betul aku ni.

Ambil gambar Najwa Latif. ni projek kumprinx. aku main ikut sebenarnya. selasa lepas Najwa ni ada main kat perasmian Karnival Lipis. sambil sambil tu panggil lah ambik gambar. Najwa ni dah setting senyum agaknya bila ambil gambar muka lain payah dapat. suruh buat muka garang tak jadi pulak.




Jumaat lepas. Pertandigan kugiran.. cari lineup kejap, lepas tu main redah je masuk. main bersepah juga dapatlah saguhati. Kira pulang modal lah. tapi sehari dua ni keluar bandar asik kena petik je..

"Kau Kena apa malam tu? sedap je dia punya pergi"

Haih demeh ni..

Sekali lagi saya nak ingatkan. saya tak main bawah pengaruh dadah. saya percaya pada tuhan. Bak kata orang bijak pandai ini hanya imitasi kehidupan.


Ok tadi seharian masak dodol. pedih betul mata, sampai kemalam sakit kepala. tapi oklah. puas hati makan sendiri, kalau beli kat kedai tu ada je yang tak kena rasanya.









Kalau nak di ikutkan semua pekara di atas adalah ujian. bukan time sakit dengan takda duit je ujian tu. kakakaak dah nak dekat pukul 4 ni weh!! kamon lah mata. kita dah kenal sejak dari dalam perut lagi. takkan tak boleh kautim?!. jom tido lah!. aku taknak esok cuci tandas sampai terlanggar pintu kaca.

Sunday, October 30, 2011

Beberapa jam selepas menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 27.

Makan tengah hari.

Mak;
Dah 27 tahun apa yang kamu sedar sekarang ni?

Aku;
emmm, saya sedar yang saya takda seluar santai untuk pakai dirumah.. semuanya seluar ketat dan jeans sahaja.

Mak;
...... (Diam dan sambung makan nasik)

Thursday, October 20, 2011

Beberapa perkara yang aku rasa perlukan ubat tidur. Korang ingat tak rabak ke mata pergi cuci tandas kat kem pagi² kalau time macam ni tak tidur lagi?

Ada orang kata rasa darah macam besi. ikut akal bengap yang tak boleh tidur lagi ni, kalau darah tu tak duduknya pada kita, maka ia merupa besi. begitu juga orang kata kulit lembut macam sutera. kalau tak duduknya pada kita maka ia merupa sutera. maksudnya kalau kita nak membongkar rahsia alam ni, elok lah mengenal diri dulu. InsyaAllah di permudahkan pengajian kita. tapi secara jujurnya aku memang minat mata pelajaran alam dan manusia masa sekolah dulu. kehehkehkeh dan asilnya sekarang, duduk tersengeh sengeh layan fesbuk. apa pun tarak.. dan rugi lah masa korang pulak baca entri merepek kali ni.

Sunday, October 16, 2011

Beberapa menu sarapan pagi yang bagus

Pagi tadi dalam lebih kurang jam 9, aku ke dapur. ada roti keras je 3 keping. ini kalau makan macam tu saja memang naik marah di buatnya. tengok kesan kesan orang terdahulu, makan dengan serunding. tekak aku takda mood pulak nak makan serunding pagi pagi ni.

ok, roti keras; tepung gaul dengan air isi garam sikit. penyek penyek goreng sampai kuning\masak. (lupa nak ambil gambar)

tiba tiba tekak dapat satu akal. aku pergi ambik telor ayam kampung belakang rumah. ok, lebih tepat lagi tepi rumah. sebab belakang rumah aku bukit. atas bukit ada pembangunan sedang dijalankan. harap bukak mega mall satu. senang nak pergi tolak hasil tanian. tapi kalau dah ada megamall kat atas ni nanti tak boleh lah aku berkemban sidai baju. apa pulak kata makwe makwe tengah shoping nanti.

ok lepas tu aku goreng telor tu separuh masak, taruk kicap sikit, lada sulah sikit, kacau sampai timbul selera makan. aku ambik roti keras tadi, cicah. peh, kenyang sampai ke petang. bugus menu ni bagus. tapi aku terliur juga tengok gulai ayam masak tempoyak dalam periuk ni sebenarnya. ni dah pukul 4 lebih dah. nak makan kenyang lagi ni!!

Beberapa minggu yang kuca kacir


seminggu dua ni memang tak tido. banyak juga nak pakai akal buat kerja. tapi alhamdulillah. dapat juga tambah duit belanja. tapi habis minyak tengah jalan memang tak lari. semalam habis lagi, haih.. nasib baik bawak kamera boleh juga kaver malu buat ambil gambar alam.


balik balik akustik nak juga kena karan sekali dua. peh tak sabar pulak nak roking rasanya. seksa primary dah lepas minggu lepas. debor dah hilang sekarang tinggal siapkan lagu sahaja.band ni memang slow, tapi status laju. terima kasih brade Spyz kerana kasi pinjam gitar. gitar brade memang champion.

ok, akal pun tak berapa ada nak menulis. baik pekena cendol pulut kejap.

Beberapa entri merepek

Lahirkan Syaitan:
Jangan daftarkan kelahirannya supaya pihak berkuasa tidak dapat kesan perbuatan jahatnya kelak. Ajarkan ia segala perilaku jahat dunia. sampai semua orang gentar kepadanya.

Lahirkan Malaikat:
Ajarkan ia segala syariat dunia. tujukkan ia segala perilaku baik dunia. sampai semua manusia hormat kepadanya.

Lahirkan Insan:
Lupa.

Monday, October 10, 2011

Beberapa hari menjalani latihan musik

test, test.. laju juga internet kat damansara ni. patut lah pipi tak mahu balik lipis.

Friday, October 7, 2011

Beberapa hari tak tidur

sebenarnya kan.. aku ni dah se... jap, jap, aku ada rasa macam nak tidur ni. payah nak dapat ni. ok ni tak boleh lepaskan peluang ni, ok, keh tidur dulu.

keluar juga "keh" last sekali!

Beberapa kali minyak motor habis di tepian jalan.

Hari tu motor aku habis minyak lagi.. semenjak harga minyak naik ni, tune isi minyak aku dah lari jauh. dulu boleh agak agak bila nak isi minyak, sekarang dah tak boleh. haih.. memang bayak kali dah tolak motor tahun ni. ye, meter minyak ni rosak, nak tukar baru karang, bekira sangat.

kali ni motor habis minyak betul betul dekat dengan rumah. jadi tak malu sangat dengan orang kampung tolak motor rambut mengerebang. pinjam motor anak sedara dan terus pecut ke stesen minyak. tak berapa jauh dari stesen minyak aku nampak satu makwe mintak derma. ni biasa kelihatan ni. stail derma untuk anak yatim, buat masjid, buat sekolah agama macam tulah. tapi menawan juga susuk tubuh makwe kali ni. takkan lah aku nak tutup mata guna tangan kalau nampak makwe, ye dah? kehkehkeh.

aku pakir jauh sikit dari pump minyak, supaya.. supaya.. gampang apa nama salur minyak tu? apahal tengah taip lupa pulak ni!. arrrr! hos? hos, ye kot. ha, kasi hos dia lurus sikit baru minyak menggelongsor habis kedalam tangki. lupa lagi, bukan tangki! botol. aku bawak botol kosong nak isi minyak!. macam biasa, pergi kaunter bayar dulu baru isi.

nozzel tu muat muat je masuk botol tu kan, jadi aku tumpu sepenuh hati. takut tak kena cara jadi mencurah air ke daun keladi kesudahannya nanti. kalau masa ni ada polis datang mintak urine, memang tak dapat lah.

tiba tiba, "abang.." tone suara macam lili alen nyanyi chorus lagu Chinese. apahal pulak bangla ni, time makwe nak je tolong isi minyak. kena time aku, elok je pergi sapu sampah lah, bagi makan kucing lah, cabut kemuncuk kat seluar lah.. umpat aku dalam hati. hati satu lagi berkata pula, apahal merdu pulak suara bangla ni? cilaka. sekali tengok tengok, makwe derma tadi rupanya. posisi aku masih dalam keadaan terkawal dengan memegang botol dan pump minyak secara perlahan. betul betul punya depan makwe ni bediri, ni kalau dalam cerita orang puteh ni, scene macam ni bercium dah kesudahannya. kalau drama melayu, dia bersambung.

"boleh abang beli buku ni? duit abang nanti akan di dermakan ke rumah anak yatim di sempadan tailen."

Aku cuma mampu geleng kepala dan berhenti mengepump. helmet longgar dan rambut nak masuk mulut.

"ok, kalau abang derma ikhlas saja boleh?"

"puh,puh,puh" aku tiub rambut yang nak masuk mulut sambil cakap.

"ehmm, emm,.. kalau derma boleh, tapi jap aaa, nak isi minyak ni dulu."

tumpuan yang teralih tadi kembila terkawal. aku sambung pump..

"pow! pow! pow!!" adaptasi bunyi petrol bersembur keluar.

keadaan menjadi kucar kacir, (keculi bangla yang sibuk cabut kemuncuk kat seluar tadi) makwe tadi bersepah cari air paip. last last dia ambil dari bekas siram bunga. ok, petrol tadi tepat masuk mata kanan aku. tepat! dia punya laju, macam gosip!, dia punya pedih masuk mata macam asic!.

siap siap basuh mata semua, aku selup poket. tarik, tengok ada RM4. aku bagi semua.

"ni je saya ada.." kata aku sambil mata sebelah tertutup.

"terima kasih ye.." tuhan pahatkan sedikit senyuman ke dia.

"ha, sama sama" kata aku macam pendekar mata satu.

aku nak start motor je,

"abang.. pergi basuh betul cepat. nanti.... nanti....... nanti kena kenser. bahaya tau."

faking!!!! aku terus pecut balik rumah basuh betul betul.. dalam kepal teriang iang.

~~nanti kena kenser~~ nanti kena kenser~~ nanti kena kenser~~~

amboi kau, kalau nak menyakat pun, runcik runcit sudah lah. aku ni dah lah lemah semangat. nasib baik search kat gugel tak jumpa kes macam ni.

cemburu tuhan puji\tengok orang lebih lebih ni, ambil ko, dah mata masuk petrol.

Beberapa patah perkataan

Aku meletakkan butir butir rasa di lidah mu. rasa yang tidak zahir ditelan kamu. meresap hingga ke akhir bertemu Aku.

bagan datoh 16/09/2011. 7.58.48 pm

Wednesday, September 21, 2011

Beberapa hari di Bagan Datoh dan beberapa tempat yang sama waktu dengannya





















makwe ni memang power


Ok, terimah kasih banyak banyak kat pozi kerana bagi bermalam kat rumah dia untuk beberapa hari. pozi ko memang power. Aku tak puas "makan" lagi kat sana. kehkehkeh. harap boleh ke sana lagi.

Apa lagi nak tulis ni?. ok takda dah. sambung tengok gambo kat sini

Thursday, September 15, 2011

Beberapa jam sebelum ke Perak

Kalau ikut seperti yang di rancang, nak pergi, Bagan Datoh, Teluk Intan, Taipin, Kuala Kangsar, Ipoh.. emmm.. ok, jumpa di sana!

Foto:Kumprinx

Kemas juga rambut aku masa ni. Sejuk mata orang kerajaan tengok. kehkehkeh

Baik aku kemas kemas dulu kang tertinggal diri sendiri pulak. gampang pasal aku rasa macam nak pergi perang pulak ni, padahal nak pergi perak je!

Sunday, September 11, 2011

Beberapa orang kawan kolumpor dah datang beraya ke Kuala Lipis






Ok, terima kasih Lucius Maximus, Muhammad Zaini Sharudin, Bart Ahmad, luca de ketiak dan Haan Yusoff, kerana demeh datang beraya. kacip pulak dengan raya mak aku yang baru habis puasa 6. jadi power juga lah raya dia tahun ni. ok, bila lagi nak makan patin bakar tempoyak ni? (sebenarnya aku first time makan patin bakar tempoyak)

sepekara lagi sori sapa yang tak dapat naik pelampung.. nanti aku buat yang lebih power dan selamat.

Thursday, September 8, 2011

Beberapa orang kawan kolumpor nak datang beraya ke Kuala Lipis

Semalam Mutalib Uthman dan rakan rakan ada cakap nak datang beraya ke lipis hujung minggu ni. katanya suruh sediakan makanan sedap sedap. aku dah panik tak tau nak bagi makan apa. sekali balik kerja tadi aku nampak tiub lori transformers kat bengkel tepi jalan.

"tokey, ini tiub mau pakai lagi ka?"

"apa? itu tiub? talak pakai lah. jadi salang musang saja. lu mau lu kasi angkat lah"

ni kawan kawan punya pasal. gua kasi makan ikan kolam sama lu, Mut!



Foto: Amir

Saturday, September 3, 2011

Beberapa perkara yang mesti kembali

Tadi petang lepas aku beraya rumah Jamal dan Gunx aku beraya pulak rumah brade hasim. tapi aku berdua dengan hilman je. yang lain semua dah lemah. takda spirit raya langsung.

Brade hasim pun dah start puasa 6. aku ntah bila kehkehkeh. lepak sembang sembang macam biasa lah. bla,bla,bal,perak,bla,bla,bla,takda kereta,bla,bla,bla,mesir,bla,bla,bla,kamil,bla,bla,perak,bla,bla,bla,lukisan,bla,bla,bla... sampai lah pukul 6.30.

"nah lah hilman. ambil lah NUN ni." kata brade hasim ke hilman. aku kagum. lukisan ni baru siap 2 bulan lepas. power power. harap harap hilman tak jual nanti. tak lama lepas tu. "ha, mail ambil lah SIPUT ni." kata brade hasim lagi. aku sengeh.

Sebenarnya aku memang dari kecik suka lukis lukis ni tapi jenis tinggal.. sekarang apa pun tak dapat. seingat aku, last aku cakap nak jadi askar bila besar, masa darjah 3. darjah 4 aku dah cakap lain kat cikgu. "kamu nak jadi apa besar nanti?" soal cikgu bahasa melayu ke aku. "saya nak melukis cikgu" dari air muka cikgu, dah nampak masa depan aku gelap. kehkehkeh. dah lah masa sekolah dulu mata pelajaran yang selalu lulus hanya alam dan manusia dan pendidikan seni. yang lain bersepah!. tulah sedara mara tak berapa nak kawan agaknya. jenis bengap. kehkehkeh. ok ok dah merepek. ni ada gambar tadi dan beberapa lukisan aku yang masih dikesan berada dalam rumah. yang lain dah bersatu dengan alam agaknya. tak pun dah jadi masa depan.


Brade Hasim






masalahnya aku tak tau nak cakap apa bila orang tanya lukisan ni pasal apa. "ko melukis ko mesti kena tau apa yang ko lukis ni. kalau tak tak jadi apa lah." last last aku gulung simpan dalam kotak.kehkehkeh

ha, ni dah raya ke 5. ingat ingat sikit jangan minum air manis je tau. banyak minum air kosong juga.