

seminggu dua ni, macam ni lah hari hari. pagi kerja, petang lepak, malam kerja amal. fesbuk sambil sambil.
kumprinx pun takda kat lipis, ke kuantan, exam. entah bila baliknya. Padeli pun dah kawin. takde nak mengajak. Hilman pun dah start kerja kat kedai makan. Siti Hasmah pun dah potong bulu kucing. Kamera pada jo ghazali. keras juga aku. selalu boleh juga curi curi ambik gambar makwe kat bandar. aku pun pinjam lens dia juga selama ni kehkehkeh.
Apa lagi... ha, jumaat lepas ada buat photoshoot band. Radio Island nama. buat suka suka je pun. ni kira dalam list kerja amal lah ni. ni ada gambar sikit aku pun taktau nak tulis apa dah.




ha, lagi satu, aku ada buku ni. dengar kata ni buku blook, yang tulis dalam ni semua makwe. tak baca lagi sebenarnya. selak selak tak jumpa gambar. emmm, nanti lah baca. kehkehkeh

jauh juga lah citahrudin(salah sorang penulis) ni bawak buku. sampai ke lipis.

sebenarnya.. aku ni dah lama sangat tak jamming. nak kerjakan drum kat rumah ni sorang sorang, memang tak larat dah. tapi nasib baik lah makan nasik lauk sedap sikit 2,3 hari ni. tak lah ingat sangat nak jamming tu..
peh nak dekat pukul 2 pagi dah rupanya. ok ok, tido dulu.