
Rokes ada aku bawak balik sikit untuk jual kat lipis ni. takda orang nak beli ke? aduh.. kamon lah lipis, pendekar laut beli pulak. kita bukan kenal sangat Wan Yat Leung pelukis dia ni. kehkehkeh. ikut demeh lah.. nak beli, beli. tak nak sudah.

tapi yang tak best, sesi jamming Primary tak lepas lepas lagi ni. studio semua penuh hujung minggu. lama betul tak jamm ni sebenarnya.

ni dah hujung bulan 6, nanti bulan 7 askar dah balik operasi. penat sikit lah kerja lepas ni. tapi takpa, sekarang kerja dah 4 orang sebelum ni aku kerja 2 orang je. harap harap 2 orang pekerja baru ni kerja betul betul lah. letih dah aku kena maki. nasib baik maki tu tak sakit macam kena libas. kenapa tiba tiba masuk pasal kerja ni?

ha ni lagi satu. sampai je rumah isnin malam, aku tengok surat ni ada atas meja dalam bilik. mesyuarat agong masjid saiyidina ali abi talib, kampung tempoyang katanya. aku memang jarang pergi mesyuarat mesyuarat ni sebenarnya. tapi dah tua tua ni mula dah pikir. hal hal kampung banyak aku tak ambik tau rupanya, rok sangat konon. rok tak rok, nanti mati orang kampung juga uruskan. mula dari sekarang baik aku tunjuk muka. sebelum masuk mastika keluar tajuk, "jenazah rokes diabai orang kampung". kehkehkehkeh.
satu hal lagi, agak agak syarikat printing manalah yang dapat print baju BERSIH nanti. senyum lah tokey printing ye,dak?.