Tuesday, June 14, 2011

Beberapa hari mengambil gambar

Jumaat, sabtu, ahad. aku ikut Kumprinx pergi ambil gambar orang kahwin. macam askar dia punya letih rupanya ambil gambar orang kahwin ni. ini first time aku buat. selalu letih ambil gambar tak tentu hala je.

Hari ahad tu menyambut menantu. dekat kampung bertang. jauh juga masuk kedalam. tapi best, makan berhidang lagi. makanan pun sedap. macam kenduri dulu dulu. rumah pun tepi sungai. emmm rindu juga suasana kampung macam dulu dulu. sekarang ni kat tempoyang ni, habis semua sodok sana sodok ni. pokok pun dah tak banyak pontianak pun lepak atas atap rumah je kesudahannya. kejap kejap mintak nasik. amboi, makan nasik kau pontianak, bukan main lagi.

aku tak boleh sambung tulis, nanti merepek. ha, lagi satu, tadi aku dengan fadil pergi lah keluar makan, kononnya nak cari kedai makan yang jarang lepak lah. nak cari tempat makan sedap. habis semua hotel semua cafe aku naik. satu pun tak tak bukak. gampang. last last lepak tempat biasa juga. takpe nanti ada masa aku ronda cari makan lagi. kalau kedai tu makanan tak sedap, aku panggil tukang masak dia, suruh karate makanan yang dia masak tu depan khalayak ramai.


Wednesday, June 8, 2011

Beberapa minit teringat perihal kerja


Jangan jangan, dah 6 tahun aku kerja cuci tandas rupanya.. peh.(termenung pandang keluar tingkap(inception)sambil menongkat dagu)ini yang ahli politik tak suka ni. Gaji pun murah je. tapi alhamdulillah.. tak pernah sesak sampai kena makan siput babi. selama 6 tahun ni, cukup je semuanya. tapi, sejak harga barang naik, minyak naik, darah naik, naik sakit, apa apa semua naik ni, dah terasa juga sebenarnya. macam tahun ni, aku selalu juga tolak motor. biasa 2,3 ringgit tahan 3,4 hari, ni karang tak cukup hari, minyak dah habis. maksudnya isi minyak motor 2,3 ringgit ni macam mencurah air ke daun keladi je.

Ha, yang sebenarnya aku dapat kerja baru ni, part time lah tapinya. buat batu nisan kat hujung kampung. nanti orang tanya, haih Mail, berjubah hitam bercelak bagai sampai helmet pun tak pakai, buat kerja apa sekarang?.

"Gravestone maker.." (suara parau)

Friday, June 3, 2011

Beberapa jam lepak dengan Gunx


peh, dah jumaat rupanya.. minggu lepas Gunx balik lipis, sampai isnin cuti. macam biasa, semua aktivi nak melepak ambik gambar tak berapa nak menjadi.

isnin pagi tu Gunx ambil aku dengan hilman, nak pekena pulut katanya..ada 2 kedai pulut kat lipis ni yang biasa aku pergi, satu kat medan tangga, satu lagi kat bandar betul, kat bastand lama. tak tau nama tempatnya apa nak sebut.. kedua dua kedai ni anak beranak je kalau tak silap aku. tapi rasa pulut rendang dia ada ego masing masing. sepatunya aku isi gambar pulut, tapi takpa lah. itu kita cerita dalam Lipislicious nanti..

Gunx tak pernah pekena pulut kat medan tangga ni, jadi dia ingatkan aku dengan hilman ajak pekena kat bandar tu.. silap silap.. ko silap Gunx. sampai terlajak memandu!. bersilat masuk parking kat medan tangga. nasib baik pakai tali pinggang keselamatan, kalau tak memang terhantuk kepala kat dashboard kereta.

jam pukul 7.30 pagi. aku cepat cepat turun dari kereta takut pulut habis di baham orang. Gunx sampai berpusing pusing. "kamera aku kamera aku!. ha, dalam kereta! aku pergi ambik jap!" aku sampai dulu depan kedai. "amacam?" tanya aku sambil menujukan isyarat bagus. "habis dah.. demeh lambat." aku telan air liur ketat.. aku toleh ke kanan dongak kepala keatas sikit, nampak Gunx dengan Hilman baru nak turun tangga. aku tunjuk isyarat habis ke dia orang. Gunx muka blur hilman muka terima hakikat.

kami terus ke bandar layan pulut kat sana je. masing masing muka ketat. Gunx tak ketat sangat sebab dia tak pernah pekena pulut kat medan tangga tu. kumprinx pun sampai dengan seluar pendek cuti sakit katanya. ok, pagi tu pagi yang ketat.

macam gampang cerita.

malam sebelum tu ada Gunx ajak pergi show XPDC kat funfair. buat ambik ambik gambar katanya. hujan pulak.. tapi Gunx tetap pergi. dengar cerita peminat merusuh show tak jadi kerana hujan lebat.

sebelum malam tu kami lepak aji.. ada meeting aaa.. ah, apahal cerita reverse ni. gampang.

Khamis baru ni aku pecut naik bas ke kolumpor kejap, bawak anak sedara pergi pendaftaran terbuka mara apantah. sambung belajar ke apa macam tulah. bersepah usyar peta malam tu. kehkehkeh aku mana pernah jalan kolumpor bawak orang. biasa ikut je. bedebor juga takut kena simbah asid. tapi solid juga lah perjalanan hari tu. gerak pukul pergi 8 pagi sampai lipis pukul 8 malam. peh dah pukul 11.44 rupanya. aku tak makan makan nasik lagi. berapa kali dah mak panggil tadi rasanya. karang makan tudung saji. berbuih mulut kunyah plastik.

di suruh posing, mereka posing, Di suruh makan kat maply mereka tak mau..


Bandaraya dan anda. Radio 9. Din beramboi. Ujang.

Tuesday, May 24, 2011

Beberapa minit teringat perihal tidur


keadaan tidur aku sekarang ni boleh tahan teruk. ikut dan je tidurnya. kadang kadang tengah tunggu load file. "ah, baring lah kejap.." pling! dah pagi. mak dengan akak dah bising kejutkan anak sedara pergi sekolah. teruk teruk.. kadang kadang separuh badan je atas tilam separuh lagi dalam bass drum. malam tadi paling teruk.. tengah edit edit gambar. tunggu load file juga. baring kejap. jam baru pukul 10. baring.. pling! pukul 8.45. gampang. kompiter tak tutup, lampu tak tutup, kipas tala ke dinding, fesbuk tak logout.(kalau kat rumah pipi tak logout memang keluar status pelik pelik lah) macam mana nak sahut seruan kerajaan suruh jimat elektrik kalau macam ni. tak lama lagi nak bukak kilang nuclear, elektrik nak pakai banyak..

ha, satu lagi. aku baru dapat adaptor untuk lens Jupiter 9. lens ni amir punya dan kumprinx tolong beli adaptor. gambar jadi macam ni. ni kalau otai kamera memang tak pelik gambar gambar macam ni. aku je stail jakun sikit baru dapat gambar macam ni..


macam biasa model lelaki. payah nak cari makwe kat lipis ni buat ambil gambar.
gampang tengah tengah taip keluar pulak lagu Travis - Writing To Reach You. sedap betul! ok berhenti taip layan lagu dulu.

Friday, May 20, 2011

Beberapa hari di kolumpor 3 (shooting Lambaian Marmara)

Jumaat lepas aku pecut ke kolumpo dengan hilman. oo lupa sorang lagi, jamal. cadangnya nak meeting sikit sebelum shooting shoot short film gunx sabtu tu. apa ke tajuknya tadi... aaa, Lambaian Marmara. dapat dapat sms, "kita jumpa esok je lah.." apa jadah lagi nak meeting dah pukul 11 malam dia pun kat damasara lagi. mesti panas gunx. kehkehkeh.

kita orang terus pecut ke belakang wangsa walk tempat bertapaknya stall buger rokes. sampai sampai tengok pipi dengan brade pyan je ada. ingat ramai sangat melepak situ. last last brade pyan pun balik. habis 2,3 batang suria pipi pun tutup stall. arrr aku tak makan lagi buger rokes.

sampai ukay sepatutnya aku tolong kemas rumah sebab nak shoot kat rumah tu sikit esoknya, tapi.. dan separuh badan je atas tilam. separuh lagi atas lantai. terus tidur. thanks pipi and abang jamal kerana tolong kemas. lain kali tak buat dah. ni mesti kena kutuk belakang ni. kehkehkeh.

bangun pagi pun lambat juga.. aduhh. gunx dengan yang lain dah standby kat Alima. itu ini, itu ini. pukul 12 juga start shooting. aku tukang ambil gambar The making Of je. guna kamera gunx, canon, kekok juga kalau dah biasa nikon ni sebenarnya.

untuk hari sabtu tu, shooting habis petang, jadi malam aku ke Aotor Studio kat Lot 10. yes! layan band kegemaran. Akta Angkasa. tapi sound kecewa sikit. tak tau lah soundman ke apa..

ok, ahad sambung shooting. lambat juga startnya. pagi shoot dekat ukay. petang gerak ke kelana jaya pulak. sampai sampai, hujan lebat. peh gunx muka dah ketat macam nak karate kereta. lepak lah makan nasik dekat Sudut Selara Taman Bandaran Kelana Jaya tu.. pukul 5 lebih juga hujan baru berhenti. tapi lega lah dapat settle juga scene dekat tepi tasik tu. kami terus pecut ke kota damansara. apa? "kami"? jarang guna tu. selalu guna "kita orang". ok, takpa. sambung.. dekat area rumah gunx. shoot kat satu pejabat. pejabat kawan kawan dia juga rasanya. siap ada orang mesir lagi. Rm500 juga gunx bayar rasanya.

shooting melarat ke pukul 10, 11, 12 malam. memang.. ok dah malas taip. ni ada gambar sikit.


yes~~~ beli cd!!


ok, dah dapat satu pedal case. boleh simpan efek dengan selamat.

dah dah!. esok kena bangun pagi! apa apa hal pekena pulut dulu, lepas tu jumpa kat sini


tapi kan, rindu bulan ramadhan sebenarnya.. gampang ni pun nak tulis memang sakit lah macam ni.

Saturday, May 7, 2011

Beberapa jam memancing

Nak dekat tiga jam aku duduk tepi kolam depan rumah ni. saja nak cuba memacing dapat ikan boleh goreng goreng. lagi satu saja nak cuba bersatu dengan alam. asik bersatu dengan moniter je, sakit lama lama di buatnya.

Panas, ok bersatu dengan panas. letih, ok bersatu dengan letih. marah, bersatu dengan marah. habis dah semua bersatu, masih tak dapat ikan. mak aku rilek je layan pokok bunga dia kat atas. mungkin dia tengah bersatu dengan bunga, kata aku dalam hati. pada aku bersatu kira macam proses mengenal diri jugalah. kalau orang tanya macam mana, memang aku tak boleh jawab punya. gagap je jadinya."errr.. saya, saya, saya.."
bersatu ni kira macam kita cuba memahami satu keadaan. satu perasaan. lebih kurang macam tu lah. paling banyak orang cakap memahami cinta. cinta satu anugerah. marah pun anugerah juga. ada yang cuba memahami marah?. tak pasti. ok, berhenti merepek.

Hari dah dekat pukul 6. mak aku dah start angkat jemuran. aku masih bersatu dengan pancing buatan kilang. sedang aku cuba bersabar lagi, terdengar suara mak.

"ko tunggu. ko tunggu situ."

Aku diam sambil buat muka macam orang dalam rancangan river monster.

Mak aku turun ke tebing kolam bawak penyauk. dia berdiri di tepi kolam dengan keadaan tenang.. bersatu mungkin. aku perhati je.

"Zaaasss~~~!!!" sekali dia sauk.

Gampang dapat ikan lampam sekor!!

Mak, ko, ko, ko, jangan lupa hari ibu. ko memang power..