Saturday, March 13, 2010
Jangan main main.
tadi petang macam biasa aku ke kedai. hari mendung dan hujan renyai renyai dari pagi
sedikit menghasut aku untuk kekal di tilam bujang dan berselimut toto.. tapi duit punya pasal aku kuatkan juga.
10 minit perjalan aku habiskan masa dengan menyanyi. sampai kat padang majlis aku
perlahankan sedikit motorsikal usyar kenopi dah kemah kemah bersaiz raksasa sedang
dipasang. siap ada penghawa dingin lagi. dengar cerita ada orang kerajaan nak datang
lipis. aku rasa event ni boleh fight kawin siti hari tu kot.
Hari jumaat macam ni time budak asrama balik kampung, jadi ramai lah bersepah kat
centrepoint ni. dan macam macam berlaku kat tangga dia, mana yang isap rokok tu sibuk lah berkira dua pump sorang, mana yang beromen tu, merebas lari. kalau yang putus cinta pulak baling talipon ke dinding. budak dadah kurang kat sini mungkin Feng shui tak mengizinkan kot. mana yang macam gampang tu, kencing tepi tangga. adoh...
Sampai kedai bos dari jauh dah tegur, "lambat!". "hujan" lawan aku balik.
kerani buat muka datang bulan, abang jamal pulak tertekan depan komputer. cikgu sekolah dah duduk tepi tunggu design medal sukan siap. semua sibuk gayanya, aku cau ke studio kot kot ada band musang berjanggut buat latihan untuk rentak juara ke, boleh aku headbanging sekali. tengok tengok islah buat cop baju dalam studio. lain macam semangat dia buat kerja sambil diperhatikan makwe baru..
Aku kembali ke kedai untuk buat apa yang patut. kelihatan abang jamal menguyah sesuatu. aku tak tanya, terus aku capai botol pada tangan dia. ooo, jeruk. lama juga tak kena jeruk kata hati aku. kalau ikan bilis goreng tadi pikir dua kali juga aku nak makan.
sambil buat kerja sambil makan. kejap makan, kejap makan, kejap kang usyar kerani. macam boleh juara ratu kebaya juga potongan badan kerani baru ni rupanya. ini yang jadi lambat buat kerja ni..
Secara tidak sedar, jeruk dah nak habis aku makan. perut tiba tiba terasa sesuatu yang tak kena. cilakak, dah terlebih dos rupanya. nak kena ketandas ni. "jangan usik komputer! aku nak ke tandas kejap!" beri peringatan dengan muka garang. aku terus berlari ke arah pintu lift.naik tangga kang kena berlari pulak. mujurlah sekumpulan budak nakal naik tingkat 3, tak payah tunggu lama lama."keluar keluar tertinggal bas pulak aku nikang!" tipu aku ke budak budak tu.
Centrepoint ni ada 7 tingkat, aku berada di tingkat 3 dan mahu ke tandas awam tingkat 1. dalam kepala dah sett, kang masuk lift tekan butang nombor 1 laju laju kemudian butang tersebut akan menyala warna oren dan lift pula turun.
Aku masuk dalam ke lift laju laju dan akan melakukun pekara di atas. aku tekan butang 1, keluar kaler oren. betul.. tapi aku tak perasan nombor 4,5,6,7 dah menyala dari tadi!
ini bermakna lift akan naik ke tingkat 7 baru turun ke tingkat 1! aku tekan butang buka pintu, tapi dah terlambat!. "YES!!!" aku jerit macam juventus menang malam tadi. madefaker punya budak nakal! jangan main lift! ini bukan hutan lipur mahupun taman riadah. ini lift lah!!!
Aku rasa nak bukak je syiling lift ni macam kebanyakan cerita barat tu! nasib baik orang jaga tandas tu tak banyak cerita. kalau tak habis aku libas dengan getah paip.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
islah dan makwe baru..tidak dpt dipisahkan
betul-betul tak tahan aok yerk,,,mael
kehkehkeh
keh3...sempt x lu berak???hahahahhaa
Post a Comment