Tuesday, August 10, 2010
Beberapa jam sebelum ramadhan
Tadi aku di kejutkan dengan satu panggilan kecemasan..
"weh mail, aok kena datang rumah makcik kejap! lampu dapur ni dah tak hidup.. tadi masa pakciknya nak tukar mentol, patoh mende lampu ni!. aok kena datang juga kalau tak gelap lah komeh malam ni. datang tau?"
"yelah makcik.." jawab aku sambil tukar siaran TV.
orang kampung biasanya kena tipu aku dulu, baru aku datang. kalau stail cakap terus terang, memang aku buat sambil lewa je. contohnya kalau mintak tolong turunkan kucing atas pokok, sakit leher lah dia menunggu.
memandangkan aku tengah takde duit tahap orang duduk bawah jambatan kat amerika, aku pergi juga. takde lah aku harap sangat duitnya. kalau dapat boleh juga lepak Aji dengan Ata.
sampai rumah makcik tu kami buat meeting ringan. makcik tu setujuh nak tukar lampu kalimantang baru. pada awalnya dia nak tukar lampu bulat je. terpaksa aku buat nasihat ringan.
"makcik.. kalau pakai lampu bulat ni, buat sakit mata je kat dapur macam ni. lagi lagi potong bawang, mata pedih, nak bidik bawang lagi, kan?"
"you are the man, mail.."
Tak. aku reka je perbualan ni sebenarnya. takde pun aku sembang lebat macam ni tadi.
jam menujukan pukul 2.30 petang. dan masa yang sama untuk aku ambil anak sedara aku balik sekolah.
sekarang jadual dia macam ni, pergi ambil anak sedara aku balik sekolah, dalam perjalan balik, singgah mini market beli lampu, lepas tu hantar anak sedara aku balik dan terus kerumah makcik.
aku pun pecut ke sekolah.. nampak gayanya tak keluar lagi. mungkin awal lima minit gamaknya. ni yang buat aku kena parking motor dan lepak kat bastand. orang sekeling dah usyar macam aku nak rosakkan anak dara orang. pantang rambut panjang sikit, kelain terus akalnya.cis..
Aetelah beberapa minit menunggu, anak sedara aku pun keluar. terkedek kedek mendukung ilmu menghampiri aku.
Aku terus kedestinasi seterusnya. mini market. tiada banyak masalah, semuanya lancar.begitu juga dengan menhantar anak sedara aku balik rumah, semuanya lancar.
Aku pun kerumah makcik tu. tukar apa yang putut, pusing sana, pusing ni, usyar biskut biskut maries dalam tin, dan tak lupa juga buat tingkah laku remaja ada masa depan..
Semua kerja selesai..
"ha, brape ringget, mail?"
"ikut lah nak bagi brape pun, keh ok je." dalam hati dah pikir lepas mee gorang kat kedai Rapi petang karang.
"lah jangan gitu, cakap lah brape?. aok buat kerja ni."
"bagi lah 10 makcik..." dalam hati ayat dah berlapis. "rapi!, mee gorang satu!!!"
"ha, kang senang gitu. aok ni,.. payoh."
"terima kasih makcik ye.."
"sama, mail"
Bila aku nak start motor je. teringat satu benda..
yes.. duit lebih beli lampu tadi masih ada RM20 dalam poket.. faking.. macam mana ni?. makcik tu macam tak ingat dah.. peh peluang baik ni, mee goreng boleh jadi ayam KFC..
memang payah nak buat keputusan kalau tengah duit takde ni.
aku buat keputusan untuk toleh sekejap ke makcik tu. makcik tu senyum.. aku pun balas balik senyuman dia dengan perasaan serba salah. aduh..iklas betul senyuman makcik ni..
Aku syak setan semua dah start kena ikat kot. setan runcit runcit je yang tinggal sekarang ni. jadi dugaan pun dah kurang.
oklah, selamat berpuasa buat SEMUA. ye, semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
ye, aku pulang balik duit makcik tu..
kawan baik saya memang sangat baik ..=)
Selamat berpuasa Mael.
^_^
*jangan lupa satay Makngah!!
fuck yeah~~ :P
kira buleh diklasifikasikan senyuman ikhlas makcik tu umpama art yg menyentuh jiwa raga lh ye
huhuhu nanti Tuhan kasik ko rezeki ber dabel dabel. insya allah. amin.
ade duit... segalenye boleh bertukor..
bukan setakat mee.
Salam ramadhan.. Semoga ramadhan kali ini menjadi antara yang terbaik. Amin.
bainun; yelah2..
kmx; yes~~~
citah; lebih kurang lah.
tiger; ke kamu juga.
meor; hahaha betul2
schalfyzcha; ye, terbaik buat semua.
Post a Comment