Sabtu lalu memang hari hilang akal. dari pagi sampai malam buat kerja tak jadi jadi. ada je tak puas hatinya. kalau cakap kat Luca macam ni, mesti dia cakap alasan punya. kehkehkeh.
Hari dah pukul 10 malam.. aku dah semakin sesak dari pagi tak melepak. tiada pula sebarang sms berbau jemputan melepak malam..
Kumprinx senyap.
Ata sejak bertemu rusuk kiri, semakin hilang zahirnya diserap alam cinta tanpa titik.
Budak Egpyt ke kuantan menemani rakan katanya.
Dan harapan aku hanya lah Fadil. ye, Fadil. harap harap dia tak tengok gusti..
setelah membuat perjanjian melalui sms, kami setuju keluar pada pukul 11.30 malam. dan tepat pada 11.30 malam juga dia sampai. aku masih lagi tak berbaju depan komputer. Zaaaassss!!! sepantas harimau bintang aku bersiap.
Fadil kata malas lepak bandar. cari kedai dekat dekat je.
No2 dekat dari rumah aku kedai makan Mat Rani.
Aku dari tadi rasa ada benda tak kena.. rasa ketat, rasa padat.
tapi aku buat rilek je. sampai pulak mms gambar orang kuat The Chalatchalat sedang lepak santai di ibu kota. lagi lah aku cemburu tak melepak bersama.
samar samar lampu pijar datang seorang akak mahu mengambil oder..
"ye minum apa?" ringkas seperti kedai kedai lain soalannya.
Tarik nafas dan pasang niat nak mintak milo kosong. sekali terpandang bawah di antara dua peha aku.. ye, aku dah kenal pasti ketidakselesaan dari tadi.
"bagi saya milo kosong satu!!" sambil betulkan kasut aku yang terbalik.
4 comments:
ata tu jumpa rusuk kanan ke rusuk kiri?
aih aok mael..tadi kanan..skrg kiri..laju je aok ejas ye..keh3
jangan britau orang.. kehkehkeh
mail mail.. hehehe.. comel
Post a Comment