Tadi petang aku tolong orang cari pucuk ubi.. dia bagi RM5 buat isi minyak motor katanya.
aku senyum dalam hati. tengah duit takde ni, rasa terharu juga di buatnya.
Duit tu aku isi dalam poket belakang seperti kebiasan..
Dari petang sampai ke malam hati aku terpanggil panggil nak suruh dibelanjakan duit tu.
Aku pantang ada duit, makan je kerjanya. last last aku sms fadil dengan kumprinx ajak ke Alamanda pekena nasik goreng kedai Din. bayar asing asing.
Tengah siap siap, aku ternampak jaket kulit macam Joseph Gordon-Levitt pakai dalam cerita Inception bersangkut elok dihiasi sawang belakang pintu bilik..
ni kalau pakai memang nampak macam gengster ni.. kena pulak sikat rambut ke belakang. peh macam nak kena terajang laju laju.. sembang aku dalam hati.
Aku keluar bilik sambil sapu habuk sawang di lengan jaket.
"Ha, nak kemana tu?" tanya mak dengan tenang.
"Lepak jap" jawab aku macam orang senang.
Keluar je rumah, dah nampak kelibat fadil. tanpa tunggu Fadil memberi salam, aku dah sampuk.
"Ayuh kita!!!"
Aku macam biasa. naik motor. Fadil naik kereta. Dia follow belakang aku dengan hemah.
tak sampai separuh jalan, hujan turun.. Peh memang tak sampai mood bawa motor berjaket kulit hari ni.
Fadil dengan perasaan separa marah pusing ikut aku hantar motor..
Malas nak cakap banyak, Kami sampai.. parkir bawah Alamanda. teduh dari hujan tapi tempatnya gelap sikit. Setakat ni takde lagi kes pow, rogol, simbah asid, langar lari atau kes jenayah berat kat bawah ni. paling jenayah pun, Kumprinx main skateboard je.
Naik atas tengok kumprinx dah makan separuh pinggan. aku pun oder laju laju. jaket memang dah tanggal awal awal. yelah, kalau makan pakai jaket, berpeluh jawabnya..
Oklah senang cerita macam nilah, settle makan kita orang gerak. aku dengan yakin menyarung jaket kulit Inception. lalu balik ikut jalan gelap bawah Alamanda tadi.. aku jalan macam gangster. sebab lever confident naik sikt malam ni. cilakak.
"Wo, wo!!. mail!!" suara tak dikenali.
Faking, siapa pulak ni.. runggut dalam hati. fadil dah jalan laju laju pergi kat kereta.
"Mail, mail ke tu?." suara dalam gelap yang makin palat tu bertanya lagi..
"Ye saya.." jawab sopan
Maka keluar lah seorang insan yang sangat dikenali.. dari piksal piksal hitam yang dipanggil gelap..
"Mail, ko kena tolong komeh ni.. nak pinjam seringgit. budak budak ni tak cukup nak beli rokok.(dua tiga orang member yang lain mengaguk)"
"Peh! aku seringgit pun takde ni, weh.."
"Awok.. setahun sekali pun takde." soalan dah macam merepek. apa jadah nak mintak seringgit dekat aku setahun sekali.
"Takde betul. aku baru lepas makan kat atas tadi" fadil dah dalam kereta tunggu aku nak kena tikam baru nak tolong gamaknya.
"Dah tu!? berapa aok ada? berapa?"
"Adeh.. tiga posen je ni."
faking jaket inception ni memang tak boleh pakai! nampak je macam gengster!. bersepah kena pow! tempik aku dalam hati..
Tiga posen pun nak?. Aku petang tadi pergi cari pucuk ubi, tau!. Nak dapat duit buat enjoy punya pasal..
4 comments:
haha
like like like
next time jangan pakai smart smart kang diorang ingat lu dah kaya..
WTH.....
Post a Comment