Jumaat lepas bahu aku ditepuk sambil berjalan oleh seorang pakcik yang sama sekali tidak aku kenali..
"hidup ni macam ni lah, kan.(senyum nipis. aku balas senyum tebal) Orang sibuk bertanya kau ada apa? aku ada ini, kau tiada.. pakcik ni tak kaya, orang tanya ada apa? pakcik cakap, saya tiada apa apa, nak.. cuma ada roh ini sahaja yang nak disampaikan ke syurga.."
Aku tunduk, dada berdebar nak lafas sepatah kata, tapi langkah kami dah tak sekata. bahu aku di tepuk sekali lagi, aku toleh ke arahnya. dia sama sekali sudah tiada..
Aku dan jemaah yang lain seperti biasa ke kederaan masing masing pulang dari solat jumaat dengan membawa cita cita.
Aku mengaku bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. dan bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
1 comment:
Aku mengaku bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. dan bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah
Post a Comment