Sunday, April 12, 2020

Beberapa Tahun Lagi

Semasa aku di masa depan dulu, keadaan dunia ini amatlah teruk. Bukan indah seperti yang kamu bayangkan. Tidak perlu nak diceritakan. Aku kembali ke masa silam(sekarang) bukan untuk mengubah apa apa, sekadar untuk mengulang nikmat yang pada masa akan datang hanya tinggal bualan.

Marilah bersama-sama menuju kehancuran.

November 2015 - Kampung Tempoyang

Friday, December 30, 2016

Beberapa Hal Tentang Hiking 2016

Aduhhh. Tak sempat nak tulis ni dah nak masuk 2017. Aku edit kendian lah.

Sunday, July 19, 2015

Beberapa hari tak keluar beraya

Hari ni aku pergi beraya juga akhirnya!

Mandi laju laju, pakai minyak wangi sikit je sebab dah nak habis. kena sembur hari hari penting je ni. Setting baju masuk dalam, pakai jam jarum, pakai stokin, jeling kat cermin sikit, ok siap!.

Aku tengok jam dah lewat. pukul 5 dah rupanya. Aku pecut naik moto ke rumah Brade Ubi . Janji dengan Rizal dan Apak, haram tak sampai lagi rupanya. Dia orang masih kat rumah pipi makan mee kari lagi(agaknya).

Aku layan borak jelah dengan Brade Ubi. Pung pang, pung pang, pung pang. Pukul 6 lebih dia orang baru sampai. Borak lagi, Pung pang, pung pang, pung pang, nak dekat magrib dah. Aku pun berkata,

"Kawan kawan, inilah masanya. masanya kita ambil gambar raya"



Menjadi juga lah sikit sikit dressing gambar kodak ni.

Saturday, July 18, 2015

Beberapa jam tidur petang

Tahun ni aku tak pergi lagi kubur. Lama juga aku tak pergi kubur ayah aku ni. Takpalah. Sedekah Al-fatihah jelah.

Tadi Pagi pagi lagi Brandon dah datang rumah ambil Photobook dia. Ok, settle satu kerja. lega. Bila dah siap kerja ni, hati lega sikit. Hari ni ada lah juga budak budak ni ajak beraya macam biasa. Tapi aku tak pergi lah. Takda orang kat rumah. Berdua dengan mak saja. kot kot ada orang datang, takda siapa nak buat air pulak.

Aku tengok line clear je. mandi kasi sejuk badan, aku tidur. Power juga tidur sampai petang ni.

Sekali pukul 6 mak aku kejut. Siapa pulak nak merasa aku buat air ni. kata aku perlahan. mulut rasa macam nak kena gosok gigi. Aku pecut masuk tandas. Gosok laju laju, masuk bilik semua cari seluar baju yang kelihatan remaja, baru aku keluar jenguk siapa.

Abang Azam rupanya. Terima kasih datang raya ke rumah, Bradeee




Lain, muka muka biasa. Apa apahal kasi group photo satu kali.


Friday, July 17, 2015

Beberapa jam selepas masuk bulan syawal

1 syawal. Tak pernah seboring ini. Janji nak ambil gambar mak posing posing kat bunga pun tak menjadi. Adik beradik pun tak jadi balik hari ni. Semalam sampai pagi tadi aku tak tidur. Kemas rumah. Mak pun tak daya sangat, jadi aku sapu bersih sorang. Solat sunat hari raya pun aku tak pergi tadi. mengantuk gila. Jadi aku pakai boxer saja kat rumah hari ni. Layan peha dan betis sendiri. Mak pun nampak boring. Kejap kejap lepak mecangkung kat luar bercakap dengan bunga dia.

Tapi aku tenang. Tidak letih badan. Skrol instagram, skrol facebook. Juga merayakan bersama hari yang indah bersama korang. 

Ok sekarang dah nak dekat pukul 11 malam. Macam biasa lepas subuh baru terlelap mata. 

Alamak, mak dah panggil makan. Bau macam panaskan rendang je tu. Macam biasalah mesti 3 hari makan lauk rendang. Korang raya dulu, mana yang dah nak rehat, rehat dulu. Aku makan nasi kejap!!!





Ok, INI gambar kegemaran aku hari ni.

Thursday, July 16, 2015

Beberapa minggu lepas buat Nasi Ulam
















Ok, tu dia bahan bahan dia. Daun maney tu aku taktau lah orang lain panggil/eja macam mana. Menu ni pun aku tak pasti orang lain panggil apa. Tapi ni salah satu menu kegemaran aku dan mak pada bulan ramadhan. Dan pada tahun ni, aku tolong buat. Manalah tau kot kot tahun depan tak sempat buat dah. Sibuk buat lemang pula.

Ok, ikan tenggiri tu bakar tak payah letak garam. Bakar ni takdalah kena panggang. Goreng dalam kuali tanpa minyak je sampai masak.

Semua daun daun kasi gulung dan hiris, potong nipis baik punya. Ikan bilis tumbuk pakai lesung, lada hitam pun sama. Kelapa parut yang di goreng kering tumbuk last sekali. Sebab dia keluar minyak sikit.

Layan gambar dulu. Kasi naik semangat nak hidup sampai ramadhan tahun depan.







Jangan lupa tangan kasi bersih, kuku pendek. Biasa kalau buat memang bagi satu kampung rasa.
lepas tu, Selawat keatas nabi 3 kali, gaulkan semua.

Ok, Go!!





 Siap!!


Aduhhh gambar makan dengan nasi takda pulak. Malas pulak aku nak transfer.
Makan dia dengan nasi panas je.

Apa apa pun selamat hari raya buat teman teman semua. Esok dah nak raya ni. mohon maaf lah semua.

Mak aku dah agak sembuh dari sakit pinggang ni. Sebulan juga dia tak boleh bangun. Esok pagi pagi aku nak paksa dia bergambar dengan bunga bunga dia.

Sedap juga lama tak menaip pakai keyboard ni rupanya. Cilake punya smartphone. Bagi aku tekan atas kaca.

Ok dah, mak aku dah bising ajak kemas rumah. Sedap betul menaip ni, sampai nak tulis macam macam.

Jangan lupa datang raya, aku handal buat teh o, tau.

Beberapa minggu lalu hingga sekarang

Sejak kebelakangan ni aku selalu nampak satu lembaga hitam. Macam biasa dulu dulu. Hujung mata saja. Bila dipadang tepat, hilang. Aku dah mula tak dapat tidur malam. Bukan ada perasaan takut ke apa. Memang jadi tak mengatuk. Mak aku dah mula perasan. Kerap dia nasihatkan suruh "tutup" semula, "Bela badan" Semula.. Dula masa kecil, bolehlah suruh itu ini. Tapi sekarang aku dah tua. Dan kali ni, aku akan lawan.

Kau nak keluar sangat, nanti aku lukis dan tuliskan. Nyatalah kau disitu.

Wednesday, May 27, 2015

Beberapa minit bermimpi

Semalam aku bermimpi.

Aku bangun dari tidur. Asing betul tempat ni kata aku dalam hati. Rasa macam dekat masa depan. Tak dapat aku katakan kemajuannya. Setelah aku penat meronda, terdengar azan berkumandang. Rasa macam nak solat tapi taktau kiblat.

Datang seorang wanita.

"Nampak macam tercari cari, boleh saya bantu?"

Kata wanita tu sambil tersenyum dan mencium anak yang didukungnya itu beberapa kali.

"Saya cari arah kiblat. Saya cari masjid tak jumpa. Waktu solat dah masuk."

"Ohh.. Dongaklah ke atas"

Aku pun mendongak tanpa rasa ragu.
Terkejut aku bila aku nampak bumi dilangit.

"Saya dimana sekarang!?"

"Kelak kamu akan tahu. Dahulu mana yang dulu.. Solatlah dimana mana. Disini semua tempat bersih.
Bumi hanya kiblat dan tempat menunaikan ibadah haji. Kita semua tinggal disini."

"Macam mana saya boleh berada disini?"

"Kan kamu bermimpi?.

"Ye tak ye juga. lagi jauh lah kita nak menunaikan ibadah haji kalau macam tu? "

"Sekarang ni semuanya sekelip mata. Kita dah terokai wormhole, jadi semuanya ada jalan pintas. Kita cuma perlu kos minyak kapal sahaja. Sebab tu dizaman kamu bangunan tinggi tinggi mula di bina. Itu juga dapat menjimatkan kos minyak pada masa sekarang. Jadi kita tak perlu landing sampai ke permukaan bumi. Bila nak terbang semula, sikit saja dah sempai langit."

Tergamam aku mendengar pencerahan tersebut sambil mendongak melihat bumi..

"Eh, mana anak yang awak dukung tadi?"

Soal aku ke wanita itu.

"Ohh, tu dia. Dah besar. Yang tengah pakai kasut nak pergi kerja tu."


"!!!!!!"

Friday, March 7, 2014

Saturday, March 1, 2014

Beberapa minit yang lalu

Tempat aku berhalusinasi, tempat aku berimitasi. Disini. Dan kau diluar memerhati. Adakah aku didalam engkau wahai Sang Normal?

Thursday, February 27, 2014

Beberapa kali

Itu, itu, itu, ini, ini, ini, itu, itu, itu, ini, ini, ini.

Jangan arahkan itu, ini, kelak nanti jari itu akan menekan kamu terus jauh kedalam perut bumi.

Monday, February 24, 2014

Beberapa jam lepas

Semalam aku bemimpi lagi. Mendongak ke langit. Aku lihat tapak kaki aku sendiri. Aku di langit mendongak lagi. Kelihatan tapak kaki aku sendiri lagi. Dan apabila aku bersangka baik, aku yang lain pun akan begitu.

Tiada apa yang aku lihat selain rawak senda gurau pesona dunia ini.

Biarpun begitu, HarumMu membuatkan aku terpejam mendongak lagi.


Thursday, February 20, 2014

Beberapa puluh tahun lupa

Balik kerja, masuk bilik buat kerja, pergi kerja buat kerja, balik kerja masuk bilik buat kerja. Begitulah hari hari. Dan besok kalau tak mati. Sampai aku lupa dengan keadaan sekeliling rumah dan tanah.

Petang tadi ralik aku buat kerja dalam bilik, Mak aku sound.

"Gitar aok tu, pokok kayu, kalau tak besar berakar mencengkam tanah, tak mau ditebang orang dibuat gitar. Tau?"

Tanpa berkata apa apa, aku turun ke tanah bawa gitar tanpa berselipar merasa tanah dan lupur dengan kulit kaki. Ambil gambar satu. Dah. Esok akan berulang macam biasa lagi..

Friday, February 7, 2014

Beberapa hal pasal sekolah

Dulu masa kecik aku selalu tanya mak. Kebiasaannya aku tanya masa dalam perjalan ke sekolah. Sebab masa tu baru ingat pasal nama.

"Mak, kenapa nama orang takde Muhammah kat depan?. Semua kawan ada Muhammad, Mohd."

Selalu lah aku tanya. Tapi mak tak jawab. Sampailah aku paksa mak buatkan name tag lain. yang ada Muhammad kat depan. Jadilah Muhammad Ismail.

Last last sambil dia pakaikan name tag tu, dia cakap,

"Muhammad ni? mak tak letak sebab Muhammad ni aok akan cari sendiri. satu masa nanti."


Beberapa tahun lepas

Masih terbayang bayang dalam ingatan mimpi gelisah aku berberapa tahun sudah.

Aku berada di satu kawasan lapang seakan tiada penghujung. Tiada fokus hanya yang paling hampir dimata kasar. Bogel tidak berseluar baju, seluruh kawasan warnanya kelabu. Termasuk aku. Tidak tergerak walaupun selangkah. Hanya suara suara bingung ingin mengatur langkah. Semua ilmu yang dipelajari sudah tidak boleh digunakan lagi. Aku seakan sudah mati. Mati dan lupa hanya ingin mahu kembali.

Aku terjaga, lalu terus ke dapur.

"Mak boleh tolong ajarkan masak gulai ayam masak tempoyak?"

Dahi mak berkerut sambil pegang sudip.

Friday, December 20, 2013

Beberapa minit sebelum tekan Enter

Aku nak lantik ko jadi pemerhati aku kalau aku mati sebelum ko ni. Ko ready tak ni?.

Wednesday, December 18, 2013

Beberapa minit selepas masuk waktu

"Tak habis cuci lagi ke Mat Rock?. dah azan zohor ni."

"Belum bang, lambat sikit hari ni. bawak Mak saya ke pasar pagi tadi."

"Ohh. Ko pernah dengar tak pasal masa azan, semua hantu setan lari masuk tandas tepat kotor macam ni?."

"Emm pernah juga rasanya."

"Dah tu, buat apa duduk sini lagi tak elok."

"Buat apa?. Kalau nak tahu, saya lah hantu setan tu sebenarnya."

Agak terkejut juga brade tu. Sibai tuala ke bahu terus gerak ke bilik sampai tak dan lap badan.

Sesetengah daripada kita yakin/beriman pada yang nyata.

Friday, December 13, 2013

Beberapa minit Mak bercerita

Sebenarnya dari kecil aku dengar orang kampung bercerita tentang Mak aku. Orang orang tua lah kebanyakannya. Katanya mereka masa arwah Ayah aku meninggal dulu(28 tahun yang lalu) dia paling rilek. Tak menangis ke apa ke. Dah macam orang kampung lain bukan macam Isteri dah. Katanya orang kampung dari dulu sampai tiga empat tahun lepas ke aku. Dan bukan sampai sekarang sebab kebanyakkan orang tua tua kampung ni dah meninggal dunia.

Aku pun takda lah ambil kisah sangat pun pasal cerita tu. Sebab tu antara Mak dengan Ayah aku. Kalau aku fikirkan pun, mungkin feel tak sampai juga. Aku pun tak pernah terfikir nak tanya Mak.

Sampailah ke hari ni. Lepas balik dari ziarah sedara meninggal dalam kemalangan jalan raya tengah hari tadi. Dia bercerita, 

....Masa arwah Ayoh aok pergi dulu..Ramai orang kampung tanya,
"Meknye(Kenapa) aok ni, Ziah? Laki aok ni. Aok tak sedeh ke?"
Ramai orang tanya Mak macam tu. Tapi mak tak jawab pun.
Sebenarnya, Sedih lah juga sebab dah tak boleh tengok dia, kan?. Tapi dalam satu permikiran yang lain pulak, Mak berfikir, Dia akan pergi ke tempat lebih baik dari kita semua. Cukuplah sedikit sahaja sedihnya. Mak dah jaga ayah Aok baik-baik. Dah taat sebagai isteri. Mak ikhlas menjadi isteri dia. Mak ikhlas menjaga dia selama hayat.

Jadi sebagai Cleaner Handalan dan Rokes dalam hati ada taman, aku jadikan cerita ini sebagai peringatan. 

"Mak, sebenarnya mak suka kaler apa?"

"I prefer Navy Blue. Sejak bergelar nenek untuk 20 tahun ni."

"Ok, fine."



"Dah 4 keping ni, Mak. Jangan lah keras sangat. Orang ambil gambar ni. Steady lah sikit."

"Ahh, aok apa tau, ni posing kegemaran sejak dari dulu lagi!.
Nak ambil, ambil cepat. Kalau tak nak tukar baju ni."

"'Ahhh"




Wednesday, December 11, 2013

Beberapa saat mati

Aku berhenti update blog ni sebab takda apa yang penting pun aku rasa nak tulis kat sini. Tulis pergi kedai tulis beli baju, tulis makan nasik, tulis sembang dengan mak. Benda benda runcit lah. Yang patutnya update kat fesbuk je. Tapi aku pikir semula lepas potong misai ni tadi, apa guna nama blog ni Opsyen kalau aku sendiri tak buat pilihan?