Monday, July 6, 2009

Bundle

Aku dari kecil dah di ajar pakai bundle. bukan stail ke apa, duit takde. setiap jumaat malam sabtu aku mesti tidur lambat. tunggu abang long aku balik meniaga buger kat pasar. selalu dia ada belikan baju rare dari bundle bundle kat pasar tu. hari ahad dah boleh pakai, buat tunjuk kat kawan kawan. "weh mail aok beli kat mana baju ni?. tak jumpa pun keh cari kat bando." memang takde ayat lain lah keluar, "ha!" satu kali,terus blah. sampia lah sekarang aku into bundle. murah, rare dan dekat di hati. tapi bundle yang ratus ratus tu memang aku tak belilah(seluar dalam aku beli baru).

seperti biasa jumaat lepas aku ke pasar malam layan bundle. mana tau ada bukak baru ke, baju kulit buaya silap letak harga ke. untung juga. sedang sedak sedak aku memilih, bahu aku ditepuk oleh seseorang. siapakah orang itu? aku pusing belakang, emm dia ni. kenalan sekolah aku dulu rupanya. nama pun aku dah lupa sebab tak berkawan sangat dengan dia.

aku sekadar senyum sahaja. tiba tiba dia ber kata, "hai mail, pilih kain lap kaki ke?" aku senyap. dia tanya lagi soalan sama dengan nada yang lebih kuat. aku diam juga. dia lepaskan bahu aku dan blah.

hidup dah senang sikit belagak.

faking..

10 comments:

Baby Tiger said...

eii nyampah lak dengan kawan kau tu. hampeh! bundle paling mahal aku pernah beli adalah sweater DKNY yang berharga dekat RM100..

nak beli baru tak mampu..

adrie said...

siak tol kawan mail ni

citahrudin said...

kawan ko tu pesakit mental ke?

gunx said...

bundle mana sedak kat lipis ?

Ismail Othman said...

tiger; beli mahal janji puas hati takpe. ye dak?

adrie; lantak dia lah. jangan lebih sudah

citah; jenis cakap dulu baru fikir agaknya.

ahmad rizal; ikut keh pagi sabtu ni!!

Baby Tiger said...

bundle paling best area kl kat ner ekkk

Pipiyapong said...

Lu kabor sikit brader mana tu? Gua dah lama tak mengamuk kat Lipis ni...

phish said...

ala..biase la idop..kadang2 kt atas dan kdg2 kt atas..kalo die kt bwh suruh die jilat kaki ko..jgn lpe 2...

Ismail Othman said...

tiger; tepat skali!

pipi; balik nanti kata pg jumpa dia.

phish; sudah pasti!

langkasuke said...

peh, tak lamala kawan lu tu..
nanti sok2 dia kena la balik..