Friday, March 25, 2011

Beberapa minit berbual serius

minggu ni agak serius sikit. kenapa serius? sebab takde geng nak melepak. nak borak kat fesbuk je, tak larat weh. Kumprinx ke langkawi, Jamal dah start meniaga burger rokes, Hilman lepak kolumpor. Fadil dengan braden memang susah sikit lah nak lepak. masing masing dah ada komitmen lah katakan. tapi takpe, kamera Vovin ada.

Nak dijadikan cerita, semalam pagi aku pekena lepak sebelum pergi kerja. tengok tengok jam dah pukul 9. kecik kecik je gate kem askar tu, macam tak muat je aku nak masuk kerja hari ni. kata aku dalam hati.

"Pakjak, apa kata kita cuti hari ni?. saya takde mood lah nak kerja. esok esok lah kerjanya. tak lari tandas tu dikejar."

"apa?! cuti hari ni?. boleh lah.. aku pun macam tak berapa sedap badan nak kerja ni.."

"ok, jom balik!. apa apa hal, settle teh tarik saya dulu. dapat gaji nanti saya settle kan minyak hitam motor Pakjak."

"?!!"

macam tulah lebih kurang sembangnya sebelum aku balik tukar jean ketat dan capai kamera.

Aku kebandar baru. cadangnya nak ambil gambar kat pasar tani. tapi macam dah lewat. pukul 9 lebih orang macam dah takde je. Aku pergi juga. dapat lah 2,3 keping gambar.

pusing pusing nampak pakcik Hashim Zabidi. Aku rasa tahun ni tak melepak lagi dengan dia. kata lagi dalam hati. ha, yelah memang minggu ni banyak kata dalam hati je. takde geng nak melepak.

Aku pergi dekat.

"Aok ambik gambo keh tadi?!"

"Eh, eh.. tak tak. saya ambil gambo pasar ni. gambo pasar tani takde lagi ni."

"dah tu kemana lagi ni?"

"takde kemana dah rasanya"

"Aok tunggu kat kedai tangga biasa tu. keh hantar makcik aok balik kejap. kang keh datang"
---------------------------------------------------------------------------------
peh nak dekat pukul 3 pagi rupanya. malas dah tulis. ni gambo lepak.






kalau pakcik Hashim Zabidi kuat bercerita kat blog dia, lepak dengar dia cerita, lagi real. serius tak tipu.

Tuesday, March 22, 2011

Beberapa minit merepek

Dan setiap kali warna jatuh di permukaan kertas pada 7 tahun lepas maka terbentang lah permaidani untuk aku hari ini. makin hari makin lupa hadir aku di sini.
kita semua mencari yang satu, maka dia ada lawan dan ada kawan. pandai pandai lah menyelak buku dan berguru harap jangan kita tertipu.
tak mudah untuk kita selarikan sekarang dan masa hadapan. apa yang jadi sekarang itu semua isyarat. dan apa yang berlaku sekarang adalah lukisan masa depan yang satu sudah siapkan.

Friday, March 18, 2011

Beberapa saat mak masuk bilik

"Ingat bilik kamu ni boleh jadi salah satu dari 7 keajaiban dunia?"

"errrr, errr.."

"kemas sekarang!"

ok. minggu ni aku tak kelumpor. jadi, kemas bilik!!!

Tuesday, March 15, 2011

Beberapa hari di kolumpor 2

jumaat; sampai sampai, terus ambil pipi dengan vovin. lepas tu pecut ke Limkokwing layan Naif dan The Trees and The Wild. lagi satu band aku lupa nama apa..
lama tak layan amp kuat. puas juga rasanya. ni ada sikit gambar persembahan pentas dari mereka. yang lain lain nanti aku buat album kat fesbuk.












Sabtu; seharian jalan jalan sampai pitam. terima kasih kat marini atas sesi lepak siang dan terima kasih nora sesi lepak malam. kalau aku ada makwe aku beli baju kalau ko je nanti. kehkehkeh.








ok, urut kaki pekara yang menggelikan. bukan sakit. pegang je kaki aku gelak pegang je kaki aku gelak. naik rimas orang puteh kat sebelah. sumpah aku taknak buat dah.


Ahad; last last aku terpaksa layan bola (EPL 2011). sebab taknak tinggal kat rumah sorang sorang. ntah nak ambil gambar sapa. semuanya aku tak kenal. teruk teruk..




Monday, March 14, 2011

Beberapa pekara yang perlu berharap

Kalau betul betul aku nak, aku cakap. tak payah paksa paksa. sebab hal macam ni payah sikit. kalau tak boleh tahan, nak jugak, baru aku berterus terang. kalau was was, boleh kawal lagi. baik diam je..

"Mak.. ada jual telur ayam kampung kan dua hari lepas?."

"pasal?"

"pinjam duit sikit. nak buat belanja. lama sangat duduk kolumpor. duit habis.."

"Reban ayam tu muat lagi buat mencangkung untuk sorang dewasa macam kamu."

Walaupun tipis. aku tetap berharap..

Friday, March 4, 2011

Beberapa hari di kolumpor.

Minggu lepas aku ke kolumpor. ada duit sikit jalan, ada duit sikit jalan.macam tu jelah aku. dan lah pergi layan teater merocok rocok dengan maskara 25. aku nak cerita panjang pun tak reti. nak komen pasal teater lagi lah pulak. buat sakit hati orang dengar je.

"apa pendapat kamu tentang merocok rocok? ada komen?"

"errr..saya, saya, saya..."

"macam mana maskara kali ni?"

"saya, saya, saya..."

tapi gambar kat maskara kali ni aku pilih TAHEERA ROSHEENA MOHAMED. dia memang power. dah lah berbadan dua, suara pun auto jadi dua!.


Merocok rocok yang seksi!