Thursday, December 24, 2009

Biasa

Hari tu aku pegi tolong kawan aku buat wiring rumah kat benta kampung apa aku pun dah lupa. kami memandu miksubisi pacuan 4 roda yang biasa aku naiki kalau ada tugas wiring. lipis ke benta makan masa setengah jam lebih kurang.
Selalu ikut kawan aku buat wiring belah belah kampung ni, rumah dorang bukan main. kalau tambah semeter lagi, banglo lah namanya. masin masin stail rumah besar dalam hutan. suka aku bila masuk kampung jauh jauh ni. ada warung kopi, budak budak main lastik burung. menda klasik lah. kadang kadang makwe mandi sungai pun ada.orang cakap aku bukan nampak makwe, tapi nampak hantu. mana nak dapat makwe mandi sungai sekarang ni. zaman P. Ramlie dulu pun dah kira rare. kat kampung tempoyang ni pun budak budak dah tak true. masin masin duduk cerita download lagu, talipon bimbit model terkini, makwe hot dalam myspace, seluar levis golok. emmmmm.. takdenya cerita nak buat jerat burang macam mana.

Setelah 15 minit perjalanan. kawan aku memperlahankan volume radio yang sedang memainkan CD "pujaan jalan jauh" yang baru saja aku burn pagi tu.
dia mula sembang seperti biasa

"mail, ko takde plan masa depan ke?. kumpul duit beli kereta, rumah. umur dah berapa dah."

"ada lah simpan sikit sikit."

"tak teringin nak kawin ke?."

"errrr.."

"makwe ada?"

"errr.."

"simpan lah duit sikit. kawin awal macam aku ni. aku hari tu kawin umur 22. sekarang anak dah 3. yang paling tua dah masuk tadika tahun ni. bukan apa, kalau panjang umur dan lah kita tengok anak kita besar. sekolah tinggi, masuk U, kerja sedak.. ye dak?. nanti kawin lewat, anak baru masuk tadika, ko dah umur 50 lebih. nak pegi mesyurat PIBG pun takde mood ye dak?."

"tau..."
Bedebar juga dalam hati sebenarnya.. ingat ingat duit dalam bank baru ada RM350. ciss..

"ko kena rancang benda ni dengan betul. taklah kucar kacir nanti. bukan apa, kita kawan kawan biarlah selalu tegur menegur ni."

"betul lah tu.."

"ko kerja sekarang macam mana? ok ke? dengar gaji lambat kerja cuci tandas tu?"

"biasa lah tu. kadang cepat, kadang lambat. tapi bulan ni dia tak buat hal pulak, 30hb terus dapat."

"oooo.. macam ni, mail. pinjam rm200. siap projet aku ni aku bayarlah.."

Wednesday, November 25, 2009

kami anti onani.

selain aku kerja cuci tandas, ada juga aku buat part time kat kedai printing sekitar lipis ni. tolong tolong edit gambar, design runcit runcit je. hujung hujung tahun ni, tak ingat punya dia sibuk. balik je cuci tandas pukul 12, siap siap apa yang patut, pukul 3 masuk kerja pulak sampai pukul 12 malam. kalau hari cuti, sampai pukul 6 pagi lah jawabnya.buat baju kelas budak sekolah lah, baju prasekolah lah, medal sukan lah macam macam lah.. kalau yang logo sekolah tu, cikgu dia bagi logo besar kuku kaki je. naik juling mata aku melukisnya balik.

ada satu hari tu, aku tengah syok layan berita jam 1.30, dapat satu panggilan.

"mail, datang kedai ada job untuk ko ni." jelas jamal dengan suara serak basah.

"macam biasalah, pukul 3 keh datang.." cakap sambil makan karipap.

siap siap aku pecut ke kedai. sampai sampai, semua orang tengah gelak macam ada sesuatu yang rare belaku..

"mende hal ni?! main je taunya." sergah aku.

"keh,keh,keh..! ambil ni pegi lukis balik. jamal gelak sambil cakap.

aku sentap dari tangan jamal. terus tengok..



















design baju kelas budak sekolah mana aku tak tau.



ni yang dah siap lukis.


kalau korang nak aku boleh email yang saiz besar sikit.ke nak baju terus?.

Tuesday, November 3, 2009

Kembali

Selalu aku balik kerja dalam pukul 12.30, siap siap apa yang patut. aku masuk tidur. bangun balik dalam pukul 4 pukul 5 macam tu. dan kerja pagi tu aku anggap macam mimpi je. sedar sedar cukup bulan masuk gaji. steady betul kerja separuh hari ni. macam tulah kebiasaan nya putaran hidup sekarang ni. tapi tadi tidur aku terganggu..

sayup sayup kedengaran deruman enjin motosikal 4 lenjang menghampiri perkarangan rumah. aku masih mamai. mungkin kerana roh belum meresap habis kedalam badan. dan aku pula sudah mahu bangun. terburu buru, tak sabar adalah salah satu dari sifat manusia.

kedengaran suara dari luar. "makcik, mail ada?" suara yang tak selantang murai petang bertanya.

"tido dalam bilik, ngape?" steady jawab mak aku yang tengah memotong perca kain.

cepat cepat aku tukar jeans ketat yang tadinya kain pelekat. ini semua demi mengekalkan image rockers 24 jam. aku keluar bilik buat buat segar. jenguk ke luar rumah. aku memang tak jangka dia boleh datang rumah.
dulu repotasi dia buruk, 12 jam sehari dibawah pengaruh bahan yang tak berapa terlarang. gam cap senapang.. tapi sekarang dia dah khawin, bini putih, anak sorang, takkan dia nak buat hal lagi, bisik hati aku.

muka baik budak ni, makcik makcik memang percaya habis lah kalau dia cakap dia kerja bawah belia dan sukan. takde gaya remaja tak bermoral pun orangnya.

aku mula sembang,

"menda halnya aok ni?."

"ha!, nampak ni aku bawak gitar suruh ko tune. ni gitar pakcik aku punya, dia permain gitar kumpulan rock terkenal dulu."

"ooo"

"eh, mail, drum ko ada lagi kan?. jom jamming? ajor lah aku main drum, ajor lah aku. bini aku nak jamming lagu yuna ni. jom lah masuk bilik ko, jamming kejap je."

"mana nak boleh, pukul 4 baru ni, jap lagi orang nak asar"

dia jenis degil. terus dia pecut masuk bilik aku. aku ikut sebagai langkah berjaga jaga. terus dia capai kayu drum kumprinx. ketuk ikut suka. pung pang!, pung pang!. aku dah risau. mampos lah aku kena tiaw dengan mak aku ni kang.

belum apa apa mak aku dah masuk bilik. "weh, berhenti berhenti. orang dah nak sembayang dah ni!." tegas mak aku. peh lega. ada orang tolong sound. aku memang tak reti nak buat menda dah kalau orang tak reti bahasa ni. tersengeh sengeh bangun dari seat drum. lepas tu boleh pulak dia landing atas tilam aku! sambil baring dia pegang kocek seluar belah kanan.

"ha, nampak ni mail?. teka apa ni?."

"tin gam" aku jawab ringkas.

"betul. yang ni pulak(kocek kiri)?

"plastik gam.."

"ko memang terer mail! aku tengah stim ni.. shhhh. jangan cakap kuat kuat"

terus dia membebel bukan bukan. mak aku lalu usyar je.
tak lama lepas tu dia dapat panggilan dari bini. katanya suruh beli pencuci muka. lega dalam hati aku blah juga akhirnya.

peh! aku rasa macam nak tusuk je dengan sikat dekat perut dia ni.

mati mati aku ingat dia dah insaf. yelah dah beranak pinak takkan isap gam lagi. kalau pekena cocaine ke, steady sikit. sebab tulah pipi bila balik lipis asik nak lempang budak je.

ingin aku ingatkan kepada diri aku dan korang semua. dari pada isap gam, baik curi duit tabung masjid. nak buat jahat buat lah. jangan nak libatkan aku. bukannya aku tak kabo sorang sorang. jenis nak kena lempang terus agaknya.

rumah aku bukan lah port mat rempit yang lari dari polis, bukan port isap gam, bukan port isap dadah, bukan port romen, bukan port lah senang kata.

nak jamming datang molek molek. mak aku boleh buatkan milo ais. ok?

Thursday, October 22, 2009

Nostalgia anak anak watan kampung tempoyang(bukan jamuan raya anjuran parti politik)

Laporan dan gambar gambar berpiksel rendah sekitar majlis.

17 oktober

jam 4.30 petang.
Bermula dengan perlawanan persahabatan bola sepak mantan belia di padang tembak.
pasukan kampung tempoyang menang 5-3 mengalahkan pasukan taman sri tempoyang.


Aku dengan amir tak main bukan sebab tak reti. yang veteran veteran je fight petang tu. aku bagi peluang lah pulak. habis main bola semua balik mandi ready nak ke masjid.

Jam 7.15 petang
Semua orang solat maghrib di masjid kampung tempoyang. diteruskan dengan majlis tahlil dan solat isyak.
siap solat isyak makan nasik pulak.kat masjid jugak. aku makan sikit je. stanby nak buat kacau kat dewan. kalau perut kenyang kang tak sedap pulak.


siap makan dan basuh pinggan, semua diberi pelepasan balik rumah untuk tukar baju yang mengamik kenangan silam.
aku dengan amir pun tak lepaskan peluang balik tukar baju. pada awalnya aku gayakan kemeja dan seluar slek, tapi bila tengok gunx pakai singlet sex pistol dan jeans ketat ala punk rockes 70'an. aku balik tukar jeans dan tshirt hitam."barulah mengamik kenangan!. tak gitu?" jelas gunx sambil mendukung anak sulungnya.


Acara yang ditunggu tunggu "malam nostalgia(matan ahli belia dulu dan kini)" di dewan kampung tempoyang.
selama 25 tahun aku hidup takde sorang pun yang cerita kat aku yang tempoyang ni "kampung jamming" tak kira laki perempuan semua kaki jamming. malam tu semua kantoi. sorang sorang di petik naik pentas. masing masing suara bukan main. boleh di katakan aku gan gunx je yang tak menyanyi pada malam tu. patut lah aku ada studio kat rumah semua orang buat rilek je. dari awal 50'an lagi dorang dah didedahkan benda benda muzik ni. kalau kira kira aku ni dah generasi kelima yang buat bising kat tempoyang ni.dorang dah lali bising petang petang hari rupanya.. cuma genre muzik je yang berubah tempoyang tetap sama. peralatan muzik pada malam tu disponser oleh pakitam/mertua gunx.
"keh ni pangkat aki dengan aok tu. lepas ni jangan panggil pak itam, panggil aki, tau?" jelas pak itam ke aku berberapa kali. aku tau dia kecewa sebab aku tak jamm sekali malam tu.. ampun aki, ampun.


jam 1.00 pagi, majlis 50% selesai. semua bersepai balik tidur.

18 oktober

Jam 9.00 pagi.
majlis perjumpaan anak anak watan kampung tempoyang(penglibatan semua anak anak watan dan ahli kelaurga) juga di dewan.
aku datang pukul 10. lewat sikit sebab semalam terlanjur lepak maplay. tapi gunx tak datang datang lagi. orang semua dah risau jurufoto takde. cuba juga aku tenangkan dorang dengan mengambil gambar guna talifon bimbit, tak jalan. dorang mahukan DSLR juga. tak lama kemudian, jam 11.30 pagi, gunx pun tiba dengan DLSR belensa panjang. maka bersorak lah hadirin dan hadirat sambil menlagakan gelas sirap masing masing.




aku dibekalkan ilmu didada dan sebijik handycam."ni pakai hardisk bukan pakai tape." kata gunx. aku pun menganguk.
"kau masuk ikut belakang, aku masuk ikut depan dewan!. ingat?!, jangan sampai terambil gambar sesama sendiri pulak nanti?" peringatan keras gunx. aku pun menganguk lagi.

sebenarnya aku dan gunx ditugaskan untuk merakamkan detik detik yang agak bersejarah pada dua hari tersebut. "takde lagi kat kampung kampung lain buat macam ni" kata pengajur. kat lipis yelah kot.kat tempat lain tak taulah aku.

acara di mulakan dengan bacaan do'a. seturusya aluan pengerusi sambutan.
"ok! hari ni sape yang bergelar dato, datin, penyanyi handalan, pelukis handalan, YB, profesor, doktor dan apa jadah pangkat dan darjat, sila tinggalkan dalam kereta anda masing masing. kita dalam dewan hari ni. semuanya setaraf, sama tinggi sama rendah.bla,bla,bla.."
jadi gunx sorang lah yang berpangkat dalam dewan pada hari tu(jurufoto).

ada juga makcik makcik yang ingatkan aku, "aok mail, rakam tu, biar balance. biar semua orang ada. daripada wan sampailah ke budak kecik. jangan nak fokus makwe je tau."

ada pulak ucaptama anak anak watan yang berjaya.
biasalah cerita cerita klise lah yang keluar. makan ubi, lepas tu bila besar, berjaya, jalan kaki pegi sekolah, akhir tahun lulus exam, anak yatim bila besar jadi kaya. lah, macam macam lagi lah. tak lupa juga sejarah sejarah yang tak keluar dalam buku sejarah tingkatan tiga. kagum juga aku mendengar orang cerdik pandai berceloteh.

diteruskan pulak dengan pengenalan ahli ahli keluarga anak watan.
maka berkenalan lah sesama sendiri. ada satu poster gergasi susur galur keluarga yang di tampal di dinding dewan dan gambar gambar klasik seawal 30'an sekitar tempoyang untuk tatapan umum. aku nak rembat, tapi dorang cabut balik rupanya.

Jam 12.30 tengah hari.
"sampai lah kita ke akhir majlis ye suadara suadari semua. di jemput semua makan ye. kat luar ada nasi dan lauk pauk yang tak berapa mewah. tapi alhamdulillah ada juga rezeki kita hari ni." tak habis sembang lagi tuan setiausaha kita cakap, dah laju orang keluar dewan..
list makanan.
nasik, kari daging segar, ayam masak merah, ikan masin, kacang goreng, air sirap.





Jam 1.00 tengah hari.
kalau ikut jadual ada solat zuhur kat masjid. tapi banyak orang balik rumah je aku tengok, aku pun sama. balik juga. ye! tepat tekaan korang aku solat kat rumah je.
-----------------------------------------

tapi mana pegi belia beliawanis kampung ni. tak nampak muke langsung. sapot lah lah sikit weh. aku time masak je tak datang, time enjoy ada..

90% menjadi juga lah majlis ni aku tengok. cuma feel klasik tu tak sampai ke aku. mungkin aku sibuk ambik gambar kot. tak banyak duduk sembang dengan orang pun satu hal.

Saturday, October 10, 2009

syawal yang macam macam.

sesi bergambar bersama en.ben anjuran gunx.


kali ni gunx pakse aku pakai baju melayu. jadi, aku pakai.
tokey kedai cakap, kalau tambah lagi lengan baju tu, tambah RM50. aku jenis takde duit. jadi, macam tulah baju melayu aku tahun ni.

tak cuba tak tau.


macam gampang juga berdebar nak buat persembahan solo ni rupanya. tapi tak boleh fight berdebar masa interviewe jkr aritu..
dah lah aku tak cukup latihan. bulan depan aku buat lagi hal macam ni. aku harap otam boleh turun sekali. kita sambung keretapi.

kemas tempat kerja.


baru lah laju buat kerja kalau meja kemas. selalu kucing pun ada tidur atas meja ni. aku rasa tahan 3 hari je kalau kemas macam ni. bersepah balik lepas tu.

orkid harimau.


orang kabor orkid ni payah nak berbunga. tapi rilek je berbunga kat rumah aku ni. boleh tahan tinggi dia punya menaik. pakai tangga juga aku ambil gambar. macam hantu mata satu pun ada rupanya..

kucing kat rumah aku beranak bersepadu.


tak tau nak isi nama mende dah.. siapa siapa yang berkenan, aku boleh poskan.

tolong kawan kawan.



aku beli talipon ni RM100 kat seorang kenalan yang terdesak nak pakai duit.


-------------------------

mak; sibuk gayanya bulan ni?

aku; biase je..

mak; dah nak habis syawal ni, pose 6 bila nak buat? main je taunya!!?.

aku; errr...

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Peh, pejam celik pejam celik dah nak raya rupanya. sadar sedar mak aku dah suruh cuci sawang kat kipas, bayar zakat, sembelih ayam kampung, cari kayu api kat hutan, mesin rumput, masuk duit dalam ampau untuk pass kat budak datang rumah dan macam macam lagi lah. aku tak kisah, raya punya pasal kan? apa apahal pun datang lah rumah raya ni. makan sedap sedap takde lah, makan runcit runcit je. tapi kalau nak satey kijang aku boleh tembak kijang kat belakang rumah ni?, ikan kap kukus? tangkap dengan tangan je kat kolam depan rumah. amacam?

ha, ni kad raya untuk korang.




Aku puasa penuh tahun ni. korang?

Thursday, September 10, 2009

Hangus






hangus. filem pendek arahan deansham..

Apa apa hal kalau aku belakon macam gampang, terus je salah kan padeli.
aku biasa belakon sebagai orang yang puasa pada bulan ramadhan ni, belakon betul betul macam ni tak pernah lagi.. Dah lah semua handal handal belaka. aku sorang je jenis tak tahu apa apa. yelah, tak cuba tak tau, kan?. sekarang aku baru tahu perasaan faizal husin tu belakon drama bersiri sembilu tu macam mana dia punya letih.

Filem pendek ini akan ditayangkan di Maskara Shorties pada 3 Oktober di Rumah PENA.

notapucat: semua gambar aku rembat kat fesbuk vovin

Monday, August 31, 2009

Ramadhan



malam kelmarin aku layan budak budak kat taman sri tempoyang main daun terup. main pangkah gayanya. ada sorang ni dah berair mata dua kali kalah berturut turut. main juga lagi, kalah lagi. lepas tu dia buka cerita pasal berjudi, main nombor. hoo...dia punya cerita, macam tak ingat bulan ramadan.

"aku ni, masa belajar kat raub hari tu, kalau main 4D, kalau tak kena?, jangan panggil aku Axxx lah!" dengan nada menaik.

"semua orang orang sana kalau nak beli nombor, mintak nasihat aku dulu.." cakap sambil pandang member kiri kanan.

aku memang malas nak percaya mula mula. tapi semua orang diam kaku mendengar cerita dia. aku mula tak sedap hati. kejap kejap orang tanya,

"ye ke ni Axxx?"

"peh! handal nya aok Axxx."

dalam hati aku dah mula bertanya, ye tak ye juga.. talipon bimbit model terkini, gelang tangan perak sebesar ibu jari, selipar jenama terkemuka, tayar motor pun cap mahal.. dia sembang lagi..

"aku biasa kena besar. kecil kecil tak main lah weh.." sambil angkat kenin kat aku.

aku tak tahan...

last last aku tanya juga..

"kena berepa ratus Axxx?"

"ooo? RM30 je paling besar.."

memang faking!! macam mana aku boleh layan cerita dia dari tadi!

tulah orang kabor, bulan ramadhan ni elok baca Quran. jangan buat menda menda yang tak elok. aku yang tak main ni pun terkena tempias dia. sepatunya aku datang tadi beritau kat dorang, tak payah main lah weh, bulan bulan pose ni, tak elok orang tengok. kalau dorang semua bersurai tadi? takde lah aku sakit hati kena tipu..

Apa apa pun, masih belum terlambat aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua..

Thursday, August 20, 2009

Senyum mu itu adalah rindu. (sure pekat final)


Aku nak tengok macam mana pandangan orang orang\pemuzik lipis lepas sure pekat final ni. adakah ianya hanya musim ataupun satu permulaan baru bagi industri muzik di kuala lipis. aku beharap ianya satu permulaan.. ataupun aku hanya berangan angan?.

Selama beberapa tahun aku memerhatikan pergerakan muzik di kuala lipis ni. aku boleh katakan ianya satu pergerakan yang ego. mana yang metal, geng yang metal, yang rock kapak, geng rock kapak, yang punk, geng punk dan begitu lah yang lainnya. korang bukan duduk kat amerika nak berpuak puak dalam muzik. namun selepas adanya sure pekat, semuanya seakan bersatu. aku akui sure pekat adalah satu medan graviti muzik yang menarik segalanya tentang muzik di kuala lipis. nak main kompang pun sure pekat bagi.


Pasal tag krew sure pekat ni lama ke kecil. sure pekat 1, tag dia bahagi empat A4. sure pekat final, besar name tag je. kalau di renung baliklah ianya bukan lah semuanya sebab aku dengan kumprinx bankrap nak buat tag. tapi, ianya memberi maksud lagi ramai krew kebelakangan ni. dulu satu A4 empat krew sekarang satu A4 lapan belas krew. syukur.. dia orang semua tahu apa yang dia orang mahukan. kerana krew krew nilah semua barang lepas ke alamanda tu. bawak jalan kaki tau! bukan naik lori!

Aku nak ucapkan terima kasih kepada krew krew yang dari pagi sampai ke malam berkerja keras untuk menjayakan sure pekat final ni. tak lupa juga kepada semua kaki kaki yang hadir. kaki rocking, kaki komplen, kaki kaut untung, kaki bodek, kaki lepak, kaki judi, kaki mabuk dan segala kaki. kalau korang tak datang, takde lah sampai 8000 kehadiran hari tu, kan?. terima kasih sekali lagi.

letup via sms (gaya Gunx)

mula kat sini.

macam mana ni? nak balas tak senyuman dia ni?. aku start bertanya.

cuba aok tukar perkataan "aok" kepada "ana" baru nampak macam lepasan jorden sikit. reply gunx bersahaja.

cilakak. rupa rupanya gunx lebih handal lagi bab bab mengorat ustazah ni rupanya. skang nama gunx aku dah masuk senarai 8pax.

selama 4 tahun aku kerja kat kem ni, dah 3 kali tukar ustazah. status bujang. umur 20-25. memang kena kacau habis lah, tau jelah kat kem ni semuanya lelaki. selagi tak masuk perjabat/rumah, ada je siulan dan suara suara nakal mengusik. aku ni mengenangkan kasut pa chu kang ni je, kalau tak, berkerut juga dahi ni angkat kenin..

ustazah pertama.ustazah ni, masa aku baru masuk kerja dulu dia dah pangkat kopral.setahun aku kerja, dia dah naikkan pangkat sarjan. dua tiga bulah lepas tu, dia tukar ke unit lain. aku tak tau banyak cerita sangat pasal ustazah ni.dah takde ustazah enam bulan.. ustaz pun kelihatan murung keseorangan menguruskan surau.

ustazah kedua.umur 21 tahun.dengar dengar gosip, dia nilah paling hot sekali dalam sejarah ustazah kat kem lipis ni.. pernah satu hari tu, aku tengah lepak layan makanan ringan, nampak dia turun dari pejabat. gayanya dah habis kerja. aku usyar bersahaja(bukan aku sorang je usyarnya).Dia terus menuju ke motosikal. mana mana askar yang tengah menebas tu, habis tebas ke member. yang tengah trim bunga tu, bunga ntah ke mana, pasu ntah ke mana. ada yang tengah repair timing motor tu, sampai melecur betis terkena exzos. aku tenang layan bersila bawah pokok bersebelahan perkampungan semut api. kelihatan ustazah tadi mengalami kesukaran. kalau skuter tak jadi masalah aku rasa, duduk terus pecut je. tapi kalau motor ex5? jauh sikit lah di kena langkah. dia angkat sikit kain, tak pergi juga dia punya langkah. angkat lagi, tak pergi lagi. ustazah tu seakan akan tak tau dia sedang diperhatikan. aku dah buka bungkusan kedua makan ringan kegemaran. dan masih tak tebuk lagi air kotak merigo menggo. orang kata makan dulu baru minum. tiba tiba ustazah tadi membuat tindakan drastik. dia punya angkat kain tu lain macam. sampai nampak paha! cilakak, bersembur kueh super ring aku dari mulut. tak puas hati aku dibuatnya.
biasa lah, keseronokkan macam tu tak dapat kekal lama.. gempar secara senyap senyap ustazah tu di tangkap basah.. aku pun terkejut. gayanya macam kuat iman. nak dekat setahun jugalah tiada ustazah. baru baru ni kelihatan kelibat seorang makwe masuk pejabat agama. tak lain tak bukan, dia lah ustazah ketiga..

saja je aku ke bakar gunx tu. bukan serius pun.

nota pucat: kepada abang abang dan adik adik askar yang kat lipis ni terbaca repektan aku ni, rilek.. aku bukan ancaman dan saingan kepada korang. aku masuk kem tu nak cari rezeki halal je. takdenya nak buat kacau. ok?

Monday, August 10, 2009

Zaidi sudah berjaya.

"hari ni Aku dapat bawak motor!!" jeritan lantang dari zaidi(bukan nama sebenar) selepas sembayang raya.

lantas Aku dan kawan kawan bersorak menari ala potugis meraikan "lesen" pelepasan motor dari bapa Zaidi di hari raya pertama..

bapa Zaidi terkenal dengan sikap garang, tegas, bengis, dan menakutkan(dikalangan kanak kanak). Zaidi memang jarang di beri kebenaran keluar rumah bermain dengan aku dan rakan rakan. mungkin bapanya melihat kami seperti budak budak jahat yang mencongten dinding, mengangtikan ganggang talifon awam dengan bangkai biawak, memcuri penutup tiub kereta YB, mencuri duit tabung masjid, pembakar reban ayam bersiri, membuat panggilan palsu dan menyakat. Aku dan kawan kawan tak lah sejahat ni. sekadar budak budak nakal yang ingin tahu saja.

"Aku kena balik rumah sebelum zohor ni" jelas Zaidi lagi.

"Oklah tu, moh kita gerak, karang tak habis rumah kita beraya!" rakan A. rakan rakan yang lain mengi"ya"kan saja.

"apa kata kita beri perhormatan kepada zaidi untuk mengepalai rombongan raya kita tahun ni?. sempena 5 hour free of zaidi!" kata kata semangat dari rakan B.

Menuju Zaidi ke arah motor yahmaha spot bapanya sambil menanggalkan kopiah putih seputih hatinya itu.. setelah melakukan beberapa pemeriksaan ringkas sebelum memulakan perjalanan seperti, memeriksa cermin sisi supaya dapat melihat jelas apa yang sedang berlaku di belakang dan nya bukan menghala ke muka pemandu.

"ok geng!!" tanya Zaidi dengan hati yang berbunga.

"ok!" jawab semua rakan serentak.

"i can't hear you!!" tanya zaidi macam nak kena lempang.

"OK!!!" jawab rakan rakan dengan nada yang lebih Jekkling Vikter.

"ayuh semua!!"

Haru biru lah sekejap kawasan tempat letak kenderaan masjid tempoyang masa tu dengan pelbagai jenis motor. ada yang 2 lenjang, ada yang 4 lenjang, ada yang exzos "perang", ada yang exzos biasa, ada yang cc tinggi ada juga yang cc rendah. Aku naik basikal je masa tu.

Memang habis semua rumah kat tempoyang kami kunjungi. maklum lah, satu syawal.. itu jam tali perut aku dah kaler merah. asyik telan sirap je dari pagi.

Ziadi kelihatan dewasa tak tentu hala, habis gadis gadis kampung di usiknya. bukan setakat siulan, kenyitan mata menawan, lambaiyan mengoda, habis dicubanya.

Tanpa di sedari, jam dah menunjukkan pukul 6.30 petang. zaidi dan rakan rakan yang lain macam tak perasan hari dah nak magrib. aku follow jelah.

"ok geng, kita dan sampai kat rumah Abg Man. ni rumah last!" kata rakan C.

budak budak ni macam kena rasuk hantu raya, dari pagi beraya.. badan aku ni dah rasa macam nak kena air kolah je dah. raya punya pasal, aku kuat kan juga.

semua dah ready nak bagi salam serentak, dari kiraan 5, 4, 3, du..

"jap2!. ayah ko lah Zaidi!" peh! masa tu, aku sekali pucat!

"mana2!" tanya zaidi dengan nada gelisah

"tu,tu, kat depan rumah pakcik hamid tu!" rakan B

"woi!, ayah ko bawa kayu nampaknya!" rakan A

"penyapu lidi lah!" rakan C"

pelbagai andaian yang membuatkan Zaidi tak sedap hati.

"Ayah ko nak dekat dah tu Zaidi!. pergi menyorok kat semak tu!! bawa moto ko ni skali!" rakan C buat buat licik

Dengan tak berkasutnya, cepat cepat Zaidi menolak motor ke semak berduri semalu yang disarankan.
hampir sempurna.. ziadi seakan akan tiada di situ..

bapa Zaidi pun sampai..

Semua panik.. rupa rupanya ayah Zaidi bawa selaras senapang patah!!!
lilitan peluru di pinggang ayah zaidi saja sudah mengambarkan kami semua ibarat tupai di kebun buah buahan..

"ZaiDII MANA!!.." kalau korang tak tengok bapa Zaidi ni masa dia tanya, mesti korang ingat Malik Nor yang tanya.

takdan apa apa yang belaku pun..

"zaidi ada dalam semak tu, pakcik.." jawab rakan A..

mata bapa Zaidi merenung tajam ke arah semak persembunyi Zaidi.. mata pisau jilet pun tak tajam ni. sunguh mengerunkan.

Dengan secara logiknya zaidi pun keluar dari tempat persembunyiannya. perlahan lahan menolak motosikal sambil memikirkan apa yang bakal berlaku di rumah nanti. gayanya lah.

"balek!! balek aku kata!!!" tegas bapanya lagi..

Alhamdulilah.. semua bersurai dengan selamat. tiada kemalangan jiwa berlaku..

Itu cerita tahun 1996, sekarang ni dah lain..
Atas jagaan rapi bapa dia, zaidi sekarang diantara belia belia berjaya di tempoyang. Sudah berumah tangga pun. memiliki sebuah motorsikal EX5 dan sebuah kereta produa kancil. apa yang penting, dua dua kerendaan tersebut dah habis bayar. ziadi juga gemar memancing di laut dalam. Dua, tiga bulan sekali follow Abg aku ke terengganu. memancing laut dalam katanya. celah mana peginya, aku tak tau. Tiga tahun lepas zaidi dengan makwe dia(masa ni tak kawin lagi) pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. kereta terbabas je. Agak parah juga keadaan dia. tapi umur dorang panjang. gosip mengatakan, punca kemalangan adalah disebabkan makwe Zaidi pegang pangkal paha Zaidi masa dia dengah ambil coner.. lepas kedua mereka sembuh dari kecederaan, bapa zaidi terus kawinkan dorang.
zaidi, zaidi...

Bapa Ziadi pun dah lain sekarang.. Hari tu tegur aku kat masjid, "mengapa tak pakai kopiah?. kopia banyak kat belakang tu." kalau korang tak tengok bapa Zaidi ni masa dia tanya, mesti korang ingat Nateli Pokman yang tanya..

Tuesday, July 21, 2009

Hamas


"kalau baju ni habis jual, aku sendiri pergi palestin tu! bagi duit ni kat anak anak yatim." gunx.

Epik..



Aku syak gunx nak pecah pecahkan persekutuan..

Epik di fesbuk.

Monday, July 6, 2009

Bundle

Aku dari kecil dah di ajar pakai bundle. bukan stail ke apa, duit takde. setiap jumaat malam sabtu aku mesti tidur lambat. tunggu abang long aku balik meniaga buger kat pasar. selalu dia ada belikan baju rare dari bundle bundle kat pasar tu. hari ahad dah boleh pakai, buat tunjuk kat kawan kawan. "weh mail aok beli kat mana baju ni?. tak jumpa pun keh cari kat bando." memang takde ayat lain lah keluar, "ha!" satu kali,terus blah. sampia lah sekarang aku into bundle. murah, rare dan dekat di hati. tapi bundle yang ratus ratus tu memang aku tak belilah(seluar dalam aku beli baru).

seperti biasa jumaat lepas aku ke pasar malam layan bundle. mana tau ada bukak baru ke, baju kulit buaya silap letak harga ke. untung juga. sedang sedak sedak aku memilih, bahu aku ditepuk oleh seseorang. siapakah orang itu? aku pusing belakang, emm dia ni. kenalan sekolah aku dulu rupanya. nama pun aku dah lupa sebab tak berkawan sangat dengan dia.

aku sekadar senyum sahaja. tiba tiba dia ber kata, "hai mail, pilih kain lap kaki ke?" aku senyap. dia tanya lagi soalan sama dengan nada yang lebih kuat. aku diam juga. dia lepaskan bahu aku dan blah.

hidup dah senang sikit belagak.

faking..

letop padeli

Ada satu malam(sesi melepak) aku dengan kumprinx tengah sibuk bergosip pasal manson, obama,amerika. tiba tiba padeli menyampuk,

"apa hal pulak obama pergi jumpa mansun?! dah lah mansun tu letop satu lagu je ari tu!" aku dah tak sedap hati..

"bukan mansun padeli!" aku cuba membetulkan keadaan.

"dah tu?! marlin manson?"

Dengan selamba padeli sambung pergi sambung nyanyi lagu wide open space dari mansun. malas dah aku nak terangkan.

letop terdahulu oleh padeli.

Wednesday, June 24, 2009

Di sebalik tabir



ni gambor di sebalik tabir perkelahian epik di bikit bius kat fesbuk Gunx tu.

seliter dua petrol untuk Gunx

Thursday, June 4, 2009

Bertemuduga bergurau senda 8 tahun dulu masih terasa.

Masa muda muda dulu aku ada pergi interview kerja gomen.. kebanyakan soalan yang di tanya, aku tak tau jawapan. Jadi, aku jawab, "saya tak tau.." sampai minit ke 20, dia suruh aku nyanyi lagu negaraku. Aku jawab, "saya tak boleh nyanyi kat sini encik.."

Nasib baik dorang tak suruh aku pumping. Sambil tu, salah sorang dari dorang ambil ikan patin, letak bawah perut. Kalau letih, dan tak dapat kekal kan ketinggian maksimum, secara dramatiknya tertusuk sengat ikan patin tu ke perut aku.
ke interview komando ada buat macam tu?

Mentang mentang lah demeh pangkat besar, boleh buat apa apa je kat orang kebanyakan macam aku ni. Tak layak, cakap tak layak, jangan nak suruh aku buat menda bukan bukan!

"saya cakap betul"

brade askar; umur ko berapa?(sambil menyalakan rokok)

aku; 24..

brade askar; ooo, ye ke?. tak macam 24 pun?. kalau ko cakap 20 tadi pun, aku percaya.(hisap rokok, hembus buat asap bulat..)

aku; ye, 24.

brade askar; aku ada macam 24 tak?(angkat kening + ejas koler)

aku; ada gaya..

brade askar; eh!, ye ke?. aku cakap kat orang umur aku 20, orang percaya apa?!.(muka masam blah masuk bilik + hisap rokok laju laju macam budak sekolah hisap rokok dalam tandas)

aku; (senyap) rasa macam nak mintak maaf pulak.

Wednesday, May 13, 2009

Siapa yang mempermainkan perasaan perokok? Syarikat pembuat rokok atau penjual rokok?

Malam semalam aku ke Bandar dengan Amir, tengok tengok majalah kat kedai kuning(pakcik Hashim Zabidi panggil kedai ni, candy shop).

Pandangan aku tertarik ke majalah mange. Artis artis berpakain menjolok mata.. semuanya seksi seksi belaka.emm.. baik aku beli majalah playboy kalau macam ni..
tengah aku ralik melayan majalah secara pecuma, bahu kanan aku di langar oleh seorang brade yang tak di kenali. Lagak macam permain bolah daerah.

Apu(tokey) kelihatan sedang asyik melayan panggil talifon. Ye, nilah peluang aku untuk membelek majalah lain pulak. Baru aku pegang majalah kerata,

“Bos, rokok sembilu 20 satu”

Aku ingatkan dia nak kata,

“bos, dia baca majalah!”

Jelas kedengaran sebab dia pekit sebelah telinga aku. Tapi tidak pada Apu.

“apa itu!?” Apu blur.

“rokok sembilu 20 satu” brade tu ulang.

“apa rokok?” Apu seakan akan buat tak dengar..

“SEMBILU, SEMBILU!” mata brade tu dah berkaca. Orang semua padang serong kat dia..


Kalau aku memang tak beli dah rokok tu. Apa gila jerit sembilu kuat kuat tengah Bandar.


---------------------------------------------------------------------------------
Pelik aku nama rokok sekarang ni. Sepang lah, sembilu lah, saat lah, texes lah, bola lah. Apa lagi nama rokok yang pelik pelik?. Sekarang ni kita biasa dengar kat kedai kedai mamak orang order rokok macam ni,

“bos!!, dunhel 20 satu!”

Tak mustahil tiga empat tahun lagi macam ni,

“bos!! Penis 20 satu!”

Sunday, April 26, 2009

“pakcik!, pakcik nak saya mencarut dalam bahasa apa sekarang ni!?”

semalam abang aku suruh pergi beli satey. Di kabo beli jelah kat mana mana. Aku memang biasa ambil oder. Pusing punya pusing, ada jumpa satu kedai. Baru nak beroperasi gayanya ni, orang first lah aku malam ni.. bisik hati aku.
“ha, baru start makcik ye?” aku buat buat peramah. mana tau, dapat lebih tiga empat batang.

Kelihatan si suami sedang setting api kasi ngam.. aku ukirkan senyuman dan terus bagi kat si suami. Harap harap dapat lebih tiga empat batang lagi.. kurang kurang dengan sikap peramah aku tadi, dapat lah lebih sepuluh batang, kan?.
“makcik, satey ayam tujuh ringgit ye?. Jap lagi saya datang balik.” Aku terus hulur duit. Senang. Karang bawak motor laju laju, terus capai je. Tak payah susah susah berhenti..

makcik tu renung aku, aku renung balik makcik tu, makcik tu renung aku balik, pakcik tu pulak renung aku.. ooo, baru aku perasan. Dorang nak cam muka aku rupanya. Takut karang tersilap bagi ke bilai masjid ke , pemandu lori ke, pemuda parti politik ke..

Aku terus ke Bandar untuk pergi beli asam masin(mak aku buat ais krim). Pergi ke pasar raya aktif, pergi ke kedai abang Mie. Kat pasar raya aktif takde, kedai abang Mie tutup. Aku menuju ke kedai satey tu balik. Harap harap dah standby satey atas meja, senang aku capai je terus karang.

rasa macam dah 120km/j kelajuan motor ni. Meter tak hidup. Tukar putus, tukar lagi putus. Dah bawak motor asik out meter je, mana taknya..
aku sampai.. satey takde atas meja.. tak kan tak siap lagi. Keluh hati aku. kelihatan ada dua tiga pelangan lagi yang sedang menunggu. Aku buat buat rilek. Takpe, siap ni, mesti dia bagi aku dulu..

kedengaran.. “bagi yang kat orang yang 70 cucuk tu dulu” kata pakcik tu.
Aku dah tak sedap hati.. sape yang oder dulu ni?..
Kedengaran lagi, “ha, bagi yang 50 puluh tu dulu” kata pakcik tu lagi.
Nak dekat 10 minit aku tunggu..

Dari sudut hati yang paling dalam, dah sayup sayup kedengaran carutan yang datang dari berbagai jenis bahasa..





“pakcik!, pakcik nak saya mencarut dalam bahasa apa sekarang ni!?”










kata hati aku masa atas motor on the way balik rumah. Kalau tadi lah aku cakap macam ni,pasti dapat satey tu dulu.

fuzzface


Fuzz ni, 2 tahun lebih ayat tuan dia suruh jual. Kalau tuan dia makwe, dah boleh bawak pegi beli baju pengantin dah..

Saturday, March 21, 2009

Bergambar di tempat larangan.


(Minggu lepas) tengah aku melayan budak budak yang tengah rekod kat rumah, tiba tiba pipi talipon..

“haji haji!!” jeritan pipi yang keluar dari speaker talipon.

“ada budak kat rumah ni, petang sket lah. Tak pun aok pegi dulu.”

“ aaa!! Ok, ok..”

Aku dah mula sesak, jam dah menunjukkan pukul 5.30 petang.. budak ni tak siap siap.

Aku tengok jam 5.35

Tengok lagi 5.45

Lagi 5.55

Lagi 5.57

“tit…” bunyi sms.

“ha, bila nak datang ni? Nak start ambik gambo dah ni..” kumprinx.

“okeh semua!! Keh nak pegi melepak dah ni. Kita sambung hari lain pulak ye??”
Dua kali kelip mata je, semua balik. Selalu bukan main liat. Mungkin dah lemau agaknya. Dari pukul 2.30 dia orang kat rumah aku ni.

Aku sms kumprinx.

“mana lokasi?”

“rumah tetamu bukit bius..”

Dalam kepala dah terbayang.. bukit bius.. sama dengan, zoo, rumah rumah seram peninggalan penjajah, tempat senaman dan port tak puasa remaja remaja bermasalah..

Gunx pun ada balik juga minggu lepas. Sempat juga dia ke zoo tu. Katanya ada binatang pelik.. ada juga dia tunjuk gambar. Kepala beruk, badan tikus dan saiznya sebesar penumbuk… nama dia tak tulis. Kata gunx dengan muka seram. Aku nak bagi nama TIRUK kat binatang tu. Macam mana gunx?.

Aku dengan amir sampai ke rumah tetamu bukit bius.. kereta pipi ada, orangnya takde.
Dah kena tangkap dengan polis ke pipi dengan kumprinx ni.. kata aku dalam hati. Aku sms kumprinx sekali lagi.

“ha, mana? Kereta ada.”

“ko Nampak jalan kecik bersemak samun tu?. Ikut jalan tu.”

Aku Nampak.. memang naik kutu babi punya kalau semak macam.. Memang tak semudah yang di sangkakan.. 15 minit aku mendaki bukit semak tu.

Mula mula aku Nampak papan kenyataan. “ini tempat simpan nuclear. Di larang masuk. Kalau masuk juga? Kena tembak!”

lebih kurang macam tulah papan kenyataan bahasa ingeris tu kata. Kat atas tangki nuclear tu, dah Nampak kumprinx tengah posing. Aku terus terajang pintu pagar sambil jerit, “tunggu aku! Woii woii!! Tunggu!”

Ni 4 daripada 275 gambar yang di ambil. Gambar gambar lain tak boleh tunjuk, nanti tangkap di FBI.



Persekutuan rasa, inilah tempat paling tinggi kat lipis. Pipi, rambut ko gugur lagi tak?. Aku syak ko terkena radiasi..

Thursday, March 12, 2009

Tekun.


petang semalam tiba tiba rasa nak buat lagu. Macam gampang pun ada rasanya. Apahal tiba tiba nak buat lagu?. Terus aku capai gitar dengan bukak kompiter..

Seperti biasa, aku susun beat drum dulu(susun yang senang senang je, nanti tak lah pucat nak main) langkah ke dua, aku masuk part gitar 2/rhythm. Tambah sedikit efek chorus untuk kasi cepat siket dapat mood bagi gitar utama dan vocal. Senang betul buat lagu sekarang ni, patutlah amuk keluar album setahun sekali.. Langkah ketiga, dengan bersahaja aku masukkan bass line. Sekarang hanya tinggal part gitar utama dan sedikit penambah perisa kaoss pad. Kali ni aku guna efek volume dan delay untuk riff utama. Baru macam lagu wings! Tak gitu Jedi?(gitaris primary). Aku bagi solo paling berperasaan sekali untuk. Sampai dahaga tekak di buatnya..

memandangkan hari pun nak magrib, aku ambil keputusan untuk rehat sambil minum air bio aura macam dalam TV. Dalam TV cakap minum 8 gelas sehari. Tapi aku baru minum segelas.. 7 gelas lagi tu, neskepi tarik, teh o’ suam, sirap limau, air asam masin, air buah naga, air kotak anggur dan horlik..

Bismillah.. satu teguk, dua teguk, tiga teguk..

Pling!!...

Gelap…

Aku pitam…

Tak. Aku masih dengar riuh rendah anak sedara aku kat luar rumah..

Blackout rupanya…

Air mata macam nak keluar.. aku dongak ke atas supaya dia bertakung.

Masih tak boleh terima hakikat yang aku tak save lagu tadi!!...
Semuanya hilang.. kalau zaman walkman dulu, takde cerita tak save ni macam ni!.

Macam mana lineup primary semua!?? Bukan apa pun aku lambat e-mail lagu, karan terputus..

Sunday, March 1, 2009

Cinta bukan sekadar kata

“pegi beli jagung ayam kat mini market jap. Jagung dah habis ni, kang mengamuk pulak ayam pagi esok tak dapat makan.” Jelas mak. Aku ambil keputusan untuk pergi petang sikit. Maklum lah Skang ni kat lipis pepaleh lah panasnya(dunia).
Petang pun tiba, janji pun perlu di kota, aku pergi tanpa sebarang kata. Nampaknya, stok jagung habis kat mini market batu 2... Aku teruskan pencarian ke sebuah lagi mini market berhampiran Bandar.

“tokey jagung ayam ada?”

“mesti ada punya.. u tunggu sini.”

Kelihatan anak dara(barangkali) tokey ni kedai sedang berusaha mengambil stok rokok atas rak barang yang tingginya kena susun lima buah kerusi plastic baru boleh capai. Tapi masih lagi tertenjik tenjik. pakai seluar pendek ketat dan t-shirt ketat.. rambut hitam, t-shirt hitam, seluar pendek hitam dan kulit cerah sekata.. Jarak kami, 2 meter lebih..

kesian aku tengok. Jatuh pulak dia ni kang.. keluar kata kata tu dari sudut hati yang paling dalam.

Ye, ini lah masanya aku akan tunjukkan kejantanan aku..
Sedia…



Aku mengambil posisi yang paling cun..



Lalu aku pun terus usyar…

Usyar.

Usyar..

Usyar…

Dan usyar…

Rupa rupanya aku tak keseorangan.. kelihatan di belakang aku ada seorang brade yang berkain pelekat dan berkopiah putih…

Ke saf depan kita ustaz?.. kata aku dalam hati..

Aku pulang sambil tersenyum..

“mak, orang dah setaraf dengan ustaz..”

“???”

Thursday, February 26, 2009

rockers

Kelmarin ada seorang askar tempat aku kerja sudah tegur aras kepanjagan rambut aku..
“wah, rambut dah panjang macam penyanyi rockers Nampaknya..”
Aku tersenyum sambil mengangkat kening. Dalam kepala dah teringatkan gaya rambut Dave Grohl. Senyum lagi..

Semalam aku selongkar tape tape lama dari zaman abang aku(lewat 80an) hinggalah tape yang aku pernah beli, pinjam tak pulang dan tape rekod masa jamming. Sekali jumpa tape yang bertajuk, “RUSTY BLADE VS ROCKERS” klasik betul..


Tapi…

(dengan echo yang sangat kuat sekali.) “wah, rambut dah panjang macam penyanyi ROCKERS Nampaknya..”

Adakah rambut aku kelihatan seperti ini?!!..



INFO:
RUSTY BLADE VS ROCKERS.

MUKA 1;
ALI BABA(rusty blade), BESI BERACUN(rockers), KENANGAN CINTA PERTAMA(rockers), JASA TOK JANGGUT(rusty blade), JARUM YANG HALUS(rusty blade).

MUKA 2;
ZAILEHA(rockers), LAGU KEDAMAIAN(rusty blade), KENANGAN CINTA(rusty blade), KAKI LIMA(rockers), KISAH CINTA DUA INSAN(rockers).

Edaran Hup Hup Sdn Bhd(Life Rekod), 66-68 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur, Malaysia. Life Rekod Industries Pte Ltd, 232 Serangoon Rd, Singapore 0821. Di cetak oleh King Musical Industries Sdn Bhd, 5 Jalan 13\2, 46200 Petaling Jaya. Design by Kelly chua.
1988 Life Rekod Ind Pte Ltd, Singapore.

Saturday, February 21, 2009

politik juga mainan perasaan


Sekarang bukan masa untuk menbuktikan mana pihak salah mana pihak betul dan mana pihak telus manapihak tak telus.
Ok, contoh. “haji, Nescafe tarik 1!” tak sampai 5 minit sampai. Ketelusan haji pun tergugat di sini.. takdenya haji nak cakap, “dik, kami tak jual air air yahudi ni, Minum kat kedai lain lah ye.” Itu perniagaan kecil? Perniagaan besar? Politik Negara? Ha? Tak gitu?
Yang penting sekarang pujuk rakyat, set kan balik kepala rakyat tu.
“kenapa ko lintas jalan guna jejantas?”
“takut kena langar kereta lah weh!”
Tengok, macam mana? Handal tak orang yang reka jejantas tu untuk melancarkan keadaan lalu lintas..
Pujuk lah rakyat sebelum kertas undi cukup banyak untuk buat salji palsu yang memutihkan tempat pembuangan sampah. Maka sejuk lah lalat lalat di sana..

Macam mana?.
Kalau aku sembang macam ni masa aku pergi interview jadi ketua kampung, dapat tak?

Wednesday, February 18, 2009

kod lagu hidup bersama kau ingat!??

petang semalam aku menikmati bunyi distortion MXR dengan petikan riff gitar yang tak tentu hala dan sekali gus membingitkan telinga mak aku yang tengah menonton drama suasta..
khayalan aku tadi terputus kerana satu panggilan talifon telah di sambungkan kepada aku.

"pakngah memanggil..." tetera di skrin talifon.

"Mail, tolong belikan nasi ayam kat batu 2(medan selera)."

"Yelah, kejap." takde alasan, memang aku kena pergi..

Aku terus buat panggilan ke akak aku mana tau nak pesan apa apa. kang buat kerja dua kali pulak.

"orana nak pergi batu 2 ni. ada nak pesan?"

"boleh juga, beli lah nasik ayam 2. kang datang rumah ambil duit."

Aku terus menyemat tanpa ragu dan memecut laju.
pakngah aku dah standby tepi pagar rumah nak pass duit. gaya dia macam orang kerja KTMB nak pass beg, barang, ntah aku pun tak tau menda yang orang KTMB tu pass kat driver keretapi tu.

Aku pun mengambil pesanan..

"Nasik ayam 1,rojak ayam 3. ok, ingat?."

"Ingat punya.."

Terus ke rumah akak aku pulak.

Aku pun mengambil pesanan lagi..

"Beli lah nasi ayam 2" akak aku pass duit sambil mata pandang TV. Episod last gayanya..

"Ada siapa siapa mahu ikut?!" Ajak ajak ayam..

"orang nak ikut pakcik!" salah seorang anak sedara aku nak ikut ikut ayam."

"moh, moh,.."

Aku bawak motor dengan berhemah sebab bawak anak orang. kalau anak ayam?, 120km/j aku ambil kona.

sampai saja aku terus ke kedai yang di mark oleh pakngah dan akak aku.
tengah aku mengoder, anak sedara aku menyampuk.

"pakcik pakcik, orang nak pergi mini market kejap"

"Pergi jelah lah."
ringkas jawapannya. aku tak risau sebab mini market tu sebelah kedai ni je.

Kepala aku masih ke gitar.. merdu merdu je bunyinya amp karaoke yang pedal sedekah kan ke aku beberapa tahun lepas. dan di tambah pulak dengan distortion MXR.. peh... sound dia? macam black sabbath!
tak sabar nak balik rumah sambung main.

"siap!. RM25 semuanya." jelas pakcik ali ke aku.(persekutuan panggil, Alibajar.) Ben lah start panngil nama ni aku rasa. menda rumah alibajar ni dekat kat rumah dia..

aku jelaskan bayaran. terus pecut balik.
nasi ayam akak aku tu, ketok pintu dua tiga kali terus tinggal kat tempat kasut. nasib baik pakngah aku tunggu kat luar rumah, kalau tak, mau aku sangkut je je kat pagar luar.

sampai rumah aku terus berlari ke bilik, terus capai gitar, on suis, ready semua!!!. say yeahhh!!! jerit aku dalam hatilah..

"GRENNNGGG!!!!" strum yang pertama.

"GREE... tit tit, tit tit, tit,.." signal talifon sudah kasi kacau itu sound.. strum kedua tak menjadi, ni tandanya ada panggil akan masuk.

"09 3124xxx memanggil.." tak dikenali!








aku kasi talifon berdering lama sikit.








sementara tu aku cuba mengenal pasti nombor tersebut..








tak dapat dikenal pasti...







Ah! angkat jelah. aku bukan ada hutang dengan along pun....








"HELLo pakcik kat mana ni? pakcik kedai tu kabo, pakcik dah balik!. orang kat depan mini market ni!.."

"errrr..."

Tuesday, February 3, 2009

malaysia next top model?



"Ada 50 model dalam cd ni, sorang model ada 10 ke 20 gambar, ko pilih lah 5 keping gambar/model yang cantik bagi ko. buang bayang dia, cerahkan, muka jerawat kasi licin.., muka hitam bagi putih siket lah. kasi cantik lah pendek kata"

penjelasan ijah ke aku masa tahun baru cina aritu..

sebelah mata je buat ni. biasalah buang buang jerawat tu kan?

sekarang ni dah masuk 8 hari, baru siap 20 keping gambar bersamaan 4 orang model! nak kena hantar 7hb ni!
nak meletop dah kepala ni mengadap kompiter. tinggal lagi 210 keping!. masa aku di tawarkan kerja ni aritu, duit gaji belum masuk lagi.. "dapat duit ke?. boleh boleh!" laju je bolehnya. duit punya pasal lah ni.. lepas ni aku tak nak cari pasal lagi dengan duit.

Gerhana



Dalam perjalan balik dari bentong ke lipis(naik kereta mewah amar) aku dapat satu mesej pesanan ringkas dari Kumprinx.

"gerhana hari ni dowh.."

aku cakap kat Amar, dia tak percaya..

"tak gelap macam cerita heroes pun?" jawabnya.

jam menunjukkan pukul empat petang. peh, raub pun tak sampai lagi ni. dan ke sampai rumah sebelum matahari terbenam? tanya aku dalam hati. lepas dapat mesej dari kumprinx tadi, aku terus memasang niat nak ambil gambar gerhana tu. cuba juga aku tilik tilik dari tingkap kereta, pedih mata je dapatnya..

ni mau dua jam lebih lagi baru sampai lipis ni. keluh aku.
aku ambil jalan mudah nak kasi "cepat" sampai ke lipis. Amar mungkin tak berapa suka jalan ni, tapi aku terpaksa.

tidur..

zzz

zzz

zzz

zzz

zzz

memang "cepat" sekali jalan ni. sedar sedar dah keluar dari raub. aku cuba cepatkan lagi, tapi Amar dah mula ajak sembang.
sedang kami rancak beborak, kereta dari arah bertentangan pun rancak bagi lampu by pass. kalau malam, tak lain tak bukan, mesti ada pontianak atas kereta.. kalau siang siang macam ni, sekatan jalan raya lah jawapnya. mengelaba semua pakai tali pinggang keselamatan. pipi kat belakang lagi nak cepat sampai, masuk kereta terus tidur. sedar sedar dah kena picit ibu jari kaki baru nak terjaga pakai tali pinggang.

mula mula tanya lesen. lepas tu, ingatkan Amar lesen lagi sebulan nak mati. lepas tu, tanya dari mana nak ke mana. lepas tu, cakap selamat jalan dan pandulah dengan berhati hati. lepas tu, lambai tangan sambil mengukir senyuman. lepas tu lagi, Amar cakap, "baik betul makcik polis tu ye Mail?" sambil tekan butang lucut tali pinggang keselamatan.

kami selamat sampai ke kampung halaman.

aku berlari ke rumah sambil mendongak ke lagit tercari cari mana dia gerhana matahari. awan penuh menutupi langit, anggan aku tolak awan satu persatu untuk mencarinya. akhirnya angin juga yang menolaknya. maka, buat pertama kalinya aku melihat gerhana. berbunga bunga perasaan aku masa tu. aku tambah kelajuan berlari.

"lah, baru sehari tak balik dah rindu?" tanya mak aku yang tengah berkebun kat tepi kolam.

"tu!, tu!, gerhana" jawab aku.

terus ambil handycam kat dalam bilik, cari port yang paling baik, first time ni beb!.
hampir lima belas minit masa berlalu.. dapat lah 3,4 keping gambar. sekali lagi bahu aku di tepuk gaya tabigh tempoh hari.
tapi ni mak aku.

soalan number satu mak, "ok? dah puas tengok?."

"macam gini!" jelas aku sambil tunjuk isyarat bagus.

soalan number dua mak, "pegi lah buat solat gerhana pulak"

"errrr.. errr.."

Friday, January 23, 2009

Band handalan


persembahan secara langsung butterfingers di lambang seri, istana budaya.

"jangan ambil gambar masa show. kalau tak, kami ambil handset anda."

gambar orang bersalam jelah aku dapat ambil.
sepatutnya lantik gunx ambil gambar hari tu..

"kepada band band baru.. pengetahuan tentang muzik sangat penting.." - loque -
disudahi dengan ketawa kecil.

sepetang bersama tabligh


"suadara ni siapa nama?"

"...ismail.."

"pernah tak Ismail jamming sampai meremang bulu roma?.."

"err,.. pernah juga sekali sekala.."

"mesti best kan?.."

senyap

senyap

"nanti bila kita dekat syurga ALLAH, apa yang kita idamkan di dunia ini akan di tunaikan..
malah, apa saja yang terlintas dalam hati kita.."

bahu aku di tepuk sebanyak dua kali.

Mak aku hanya mampu mengangkat kening dari dapur..