Sunday, July 31, 2011

Beberapa jam rasa tersisih

Semalam seharian aku tak keluar rumah. konon konon tolong kemas rumah lah apa. padahal banyak baring layan movie je. pagi bawak ke tengah hari, tengah hari bawak ke petang, petang bawak ke malam, malam bawak ke sikit lagi nak ke tengah malam. aku naik hairan, satu sms ajak lepak pun takda.. kenapa dengan dia orang semua ni. senyap je. sibuk sangat ke. keluh juga dalam hati sikit sikit. last last aku online fesbuk. jamal tegur kat chat box ajak lepak. azman pun ada balak lipis katanya. memeng rare lah lepak dengan azman dewangga sakti kalau kat lipis ni, kalau kat kolumpor tu, biasa lah.

Talifon masih lagi diam seribu ringtone.. aku gerak ke bandar. kata jamal, dia dah sampai kedai pade hardkore. aku pecut ke situ. pade hardkore ni memang satu satunya kedai yang bukak sampai 4 pagi kat lipis ni, jadi elok lah bukak disko kat lipis satu baru ramai orang lepak sampai pagi. ah,apahal pulak nak bukak disko?

Jap misai aku dah panjang. serabut juga rasanya. aku pergi potong kejap..

Ok, dah siap potong semat sikit rasanya bila menaip bila misai pendek.

Sampai ke Padehardkore aku nampak Apak(rakan sekerja)tengah melepak, amboi tak mengajak langsung melepak dia orang ni, selalu ada juga petang petang ajak melepak. kumprinx pun senyap takda juga sms ajak melepak.. ah, aku buat taktau saja. terus ke table. Aku, Jamal, Azman dan Atan(Atan ni muka biasa nampak, tapi tak pernah melepak sama).

Aku masih tak puas hati lagi kenapa dia orang tak ajak aku melepak. aku renung je sorang sorang malam tu. kampik betul.apa yang tak kena ni!.

Malas nak cerita panjang.. aku balik rumah, pasang kipas kuat kuat, tido. pagi tadi aku bangun, talifon bimbit masih diam seribu ringtone.. korang memang power kata aku dalam hati. tapi dalam kabur mata pagi, aku renung brtul betul skrin talifon..

kecik je tulis.. MY MAXIS. sori kawan kawan.. aku lupa tukar simkad. nombor meksis ni aku jarang pakai. sebab takut kena potong, aku topup lah sekali sekala..

Saturday, July 30, 2011

Beberapa perkara di hujung bulan syaaban

Aku tak pasti siapa hantar lemang ke rumah kejap tadi. ok, terima kasih. tapi yang pasti pekena kepala lemang di penghujung bulan syaaban memang power. peh, manis buah orang kata dia punya rasa.

Friday, July 29, 2011

Beberapa..

kenapa kenapa aku takda akal nak tulis ni. ko memang power sebab boleh update blog hari hari. bagi sikit power tu

Friday, July 8, 2011

Beberapa hari terputus bekalan internet

"Ha Mail, rajin kamu jogging seminggu dua ni?. kumpul stamina nak pergi perhimpunan bersih ke?"

Tangan kanan aku pegang bahu pakcik tu dan tangan kiri tunjuk isyarat Rock ke langit.

"Pakcik.. saya nak kumpul stamina untuk ke konsert Loudness 25hb ni"

Aku sambung jogging selangkah dua sambil toleh kepala kebelakang lalu kening diangkat dan aku berkata,

"Jumpa pakcik di mesyuarat JKK akan datang.."

Aku tambah kelajuan larian ala ala sylvester stallone dalam filem rocky.