Thursday, December 20, 2012

Beberapa pekara yang tak perlu cakap

Aku rasa nak mula membaca lah.. kali ni betul betul punya. selalu aku tipu je.

Wednesday, December 12, 2012

Beberapa perkara indah pada 12/12/12



Jaga jaga, esok aku dah tak boleh masuk kem..

Kepada Acik, safwan dan arif. Esok abang cuti. Harap adik adk semua dapat mms ini.

(Apply cuti guna mms)

Wednesday, November 28, 2012

Beberapa bulan tak berjaga malam

Lama juga aku tak berjaga buat kerja malam ni sebenarnya. Sementara tak mengatuk ni, update blog sekali, layan perut lapar sekali dan buka tingkap layan angin sepertiga malam sekali.

Sunday, November 11, 2012

Beberapa pekara steady setelah bergelar pakcik

"Tepi tepi, biar pakcik bawak motor ni. kau masih muda untuk bawak pakcik. lagi lagi jalan lipis ni." tegur aku ke anak sesdara sambil pakai helmet.

Dia diam mengikut kata.

"Kau lock tak handle moto ni?"

"Tak, jalan kuantan sesak, payah nak cilok.."

"Bagus.. pakcik tak suka kau lock lock handle ni.."

"Ye.."

Walaupun jarang sangat bawak moto EX Five ni, aku tenang. Gear tiga aku tarik sampai 90km/j. masuk gear empat, aku terus usyar anak sedara kat cermin sisi. sambil angkat kening.

"Amacam gaya pemanduan pakcik?!!" sampai tegang tegang urat tekak bertanya soalan macam ni atas motor..

"Ok.."

"Ha,ha,ha,ha,!!!.." gelak sambil pulas minyak..

Setelah sampai dan habis shopping kat kedai dua ringgit, kami pun menuju ke tempat parking. seperti selalu, aku parking depan depan kedai dua ringgit ni.

"Nak bawak? No, no,no," Aku acah sambil pusing pusing kunci..

"yelah.." tenang anak sedara menjawab.

Aku masuk kunci laju laju. tepat pulak tu ke lubang kunci. teras bangga kejap. Angkat kening lagi sekali ke anak sesdara..

Aku start..

Iyahhh!!! Iyah!!!!...   Apa ketat sangat ni! tempik aku dalam hati..

Iyahhhaaaarrrrr!!    takkan jamm panas pulak motor ni.. Debaran dalam hati..

Aku toleh ke anak sedara aku, dia buat buat pandang tempat lain..

Iyahh!! Iyah!!  tak boleh juga..

Aku cuba tarik nafas dan bertenang..

Tengok dekat meter motor.. Cahaya Top gear memancar ke horizon!!

Yess!! "Pap!!" tepuk sekali ke meter motor.

"Pakcik memang suka start motor tengah top gear ni!!" sambil tekan free gear guna tumik.

Anak sedara aku gelak sambil tutup mulut (Ini memang tak patut!).

Tuesday, October 2, 2012

Beberapa bulan, minggu, hari yang lepas

Kaver buku. ok, ada lah aku cuba buat kaver untuk neon. tapi banyak kali juga kena cekit leher dengan Pipi baru lulus. takpa perlahan lahan orang kabo. Ha, Sapa nak beli Mat Tiara ni, boleh jumpa secara terus dengan aku. Orang Hodoh Cantik ni, habis dah aku rasa.



Drum sellotape. Emm, makan 3,4 bulan juga tak bersukan dengan drum ni. jadi tempoh hari aku sellotape, lap cantik cantik, susun kat bilik sebelah. boleh juga buat keluar peluh petang. Ni rakaman bunyi amatur selepas di sellotape ikut perasaan, memang macam ular bunyinya. Ingat nanti nak angkat drum head sedak sikit. Emmm..


Buat kad pengenalan baru. Oleh kerana aku tak pernah buat kad, aku buat. ntah mende mende, tu pun nak cerita (tak sabor tunggu siap sebenarnya)


Melawat anak sedara dan JB readers & writers festival. Power juga lama tak naik keretapi ke johor ni, mabuk juga 2,3 hari mak aku dibuatnya. Ok, Ni gambar anak sedara dulu. 




Upgrade wallet downgrade telefon bimbit. Mujur lah makwe bagi wallet baru kalau tak sampai sudah aku pakai wallet robocop tu. Jangan mengumpat, besi wallet robocop aku tu. Terima kasih makwe. Ko, ko, ko, ko, memang power. Telefon bimbit ni terpaksa aku downgrade. Dah 6 tahun pakai nokia petik tu.. Walaupun telefon baru tu kaler skrin dia tak pekat, aku redha.. Tak boleh aku kalau tak pekat ni sebenarnya. Cerita banyak pun tak jadi apa, aku pergi potong misai kejap.


Ok, dah potong misai. Tracing. Dah lama aku tak buat kerja menekap ni selepas kejadian kami anti onani beberapa tahun lepas sebenarnya. Tajam lagi mata pen photoshop aku ni..


Tido lah weh demeh, esok aku nak berjuang di 8 RAMD macam biasa. Demeh angkat senjata, keh angkat mop. Angry mob!!!

Friday, September 28, 2012

Beberapa jam cuba menulis tapi gagal

Ok, esok lah update. pukul 3.37 pagi dah ni.

Saturday, August 18, 2012

Beberapa Jam sebelum syawal menjelma

Sibuk betul malam raya gayanya. sampai takda azan kat masjid rumah aku ni. mujurlah ada rakaman azan kat dalam TV untuk panduan. Sebenarnya, tak baik bersangka buruk. mana tau kot kot speaker rosak ke apa, ye dak?.


Laju juga aku buat kad raya digital ni.. kehkehkeh. Ok, aku nak pergi cuci kipas kejap.

Wednesday, August 8, 2012

Beberapa hal tentang gaji minimum

Oleh kerana kerja cleaner tak kacip dengan gaji minimum, aku mula tanam sayur.. Buat makan sendiri. Maklum lah, harga barang tak naik untuk orang kerja cleaner agaknya.

"Adik manis, kira. Milo ais satu bihun satu.."

"Boleh tau tak, abang kerja apa ya?."

"Ha?. saya kerja cleaner.."

"Ooo.. kalau macam tu kita kira lain lah. Milo ais RM0.50, Bihun RM1.00.."





Wednesday, July 25, 2012

Beberapa buah buku yang aku tak habis baca tahun ini








Sepetik dari buku Mat Tiara.

"Dan aku rasa ramai orang Lipis pernah kena macam ni.


“Ooo... asal Lipis ke?”

“Ya, rumah mak ayah kat sana...”

“Saya ada sepupu/sedara/bekas makwe/kawan kat sana...”

“siapa?”

“Siti Nurhaliza... kenal tak?”

Aku rasa macam nak sigung."

Gampang Apek! kehkehkehkeh. Ego juga aku nak gelak bila baca buku ni. Try lah baca. sini sini

Friday, July 6, 2012

Beberapa keping gambar mak yang nampak telinga

Ni kalau mak aku tau gambar dia tersebar dalam internet siap terdedah aurat macam ni, memang kena libas ni.

,

Friday, June 15, 2012

Beberapa gambar rare versi telefon bimbit


Jaga jaga. Tebu telor tak jumpa, terjumpa gambar lama pula. Ada 45 keping lagi akan di muat naik. Apa apa hal pergi solat jumaat dulu.

Wednesday, May 16, 2012

Beberapa minit kecewa

Ku sangkakan telur tebu rupanya jagung muda..

Mana nak cari telur tebu ni? dah 3 tahun tak makan rasanya. Berasa juga tekak ni.

Tuesday, May 15, 2012

Beberapa pekara yang tertulis

Dulu banyak orang tanya, majalah opsyen ni aku buat ke.

Tak weh..


 Kalau aku buat, aku buat macam ni.


Keh keh keh

Thursday, May 10, 2012

Beberapa tahun lagi aku masih begini


Dah masuk 7 tahun aku kerja cuci tandas dekat kem lipis ni. Satu gambar pun takda. Jadi, inilah gambar pertama yang dimuat naik ke alam maya.

Masa mula kerja dulu, akar pokok tu tak boleh sandar lagi. sekarang, amboii selesa betul. rasa malas terus buat kerja lepas pekena akar sambil makan bekal.

Ok, takda apa juga nak cakap sebenarnya. Power ke tak kasut pachukang aku ni?!! keh keh keh.


Wednesday, May 9, 2012

Beberapa hari meniaga air minuman

Dairi seorang penjual air minuman yang garang.






Hari pertama.

Bunyi cengkerik berbisik..



Hari kedua.

"Bang, jual lah benda makan sikit."

"Abang ingat nak jual satey.."



Hari ketiga.

Power juga goalkeeper pakai selipar ni.. Dengan seluar slack lipat paras betisnya macam menyapu sawang je menepis bola..



Hari keempat.

"Banyak juga kelkatu dekat spotlight ni ye abang? Bersilat jugalah kami menepis kekatu sambil berlari.. memang  hari hari macam ni ke, bang"

"Ni kira oklah kelkatu.. kadang kadang Lebah."



Hari kelima.

Aku ingat, bila orang dah kenal aku jual air kat sini, bolehlah usahankan batik pula tepi court futsal ni.. lukis sendiri. Aku bagi nama, Batik Pahang Barat. Baru lah ada sentuhan Najib dan alam sekitar.




Adik adik dan abang abang futsal jangan risau. Esok aku jual sosej.


Tuesday, May 8, 2012

Beberapa button badge sedak

Button badge beli kat fesbuk.
Smartshop betul rasanya.
power power. pasal entri ni macam ni? keh keh keh.

Beberapa saat terdiam

Aku merasakan tuhan merenung tepat kearah aku.

Perasaan itu. sangatlah tiada tandingannya.

Pada masa itu, semua perasann datang serentak. semua perasaan yang aku rasa tak pernah singgah atau belum masa untuk aku rasakan, datang.

Datangnya perasaan itu ntah dari mana. memaksa hati berkata sendiri dan terpacul dari mulut "ALLAH meha besar, ALLAH maha besar"


Ianya bermula masa aku tengah berkerja dan seorang tentera mula bertanya.

"Apa yang kau nak dalam hidup kau?"

"saya nak tenang tenang saja"

"apa? senang?"

"tenang tenang."

"cuba kau fikir, macam mana kau nak tenang kalau nak makan pun takda duit. itu, ini, sekarang semua nak duit. tau?"

Aku senyum saja.

Brade tu kelihatan tergamam sendiri. muka dia berubah terus lepas berkata macam tu. dia seolah olah berfikir panjang. mulutnya terbuka sedikit. Selama aku berkerja, tak pernah aku lihat wajahnya bergitu. Tak. memang lain sungguh. Sebenarnya aku tak terfikir pun nak jawab macam tu. Aku tak jawab pun soalan dia. Aku merasakan seolah olah menyaksikan satu perbualan. Aku tak menjawab, aku hanya menyaksikan detik mulut aku berkata..

"Tenang Tenang"

Thursday, May 3, 2012

Beberapa gambar himpunan hijau Lynas 3.0

Aku dapat rasakan kucar kacir akan berlaku sebentar lagi apabila roti canai banjir aku jatuh dari suapan ke seluar jeans levis golok kaki kiri.
Dan sekali lagi rusuhan itu menjadi sajak sajak yang tidak didengar.

Sunday, April 22, 2012

Beberapa hari ke Kuala Terengganu

"Apa kata kalau kita ke Kuala Terengganu?"

Kata makwe lepas pekena neskafe panas serentak dengan letakkan gelas ke meja. perkataan "Apa kata" aku tak berapa dengar sebab bunyinya serentak dengan bunyi gelas yang terhentak kuat ke meja. Jadi, macam biasa. aku tanya semula.

"Apa?"

"Apa kata.. kalau kita ke Kuala Terengganu? ada kawan joint festival pelamin. boleh jalan jalan tolong tolong dia sikit."

Macam pahlawan zaman dulu, aku pantang di cabar. Dengan lantang aku menjawab.

"Boleh. Nak naik kuda atau naik train?


Ok kami naik bas.. tiket ni pun, kira nasib je dapat. sebabnya semua tiket ke Kuala Terangganu habis malam tu. Dah 18 minit terpusing pusing dalam hentian putra. rasa putus asa sampai nak overnight kat Bukit Bintang tengok budak shuffle dah rasanya.

Akhirnya kami bersibai di kuanter kuanter untuk ayat power. mana lah tau boleh duduk tepi driver ke.
Bersibai punya bersibai, sampai lah kami di persidaian terakhir mengikut takdir. Ke satu kuanter yang boleh tahan pekat cakap terengganu. Dan disitu juga kami ditemukan dengan seorang pelancong luar. Seorang Maksaleh.

Mengikut kata akak kuanter tu, maksaleh ni nak tolak tiket, jadi aku dengan makwe tak fikir panjang. Terus tarik Maksaleh tu ke tempat gelap.

"Ok, sekarang kita nak selesaikan macam mana?" kata kami serentak.

"Can you speak english?" kami pandang satu sama lain.

"Ok, sekarang kita nak selesaikan macam mana?"(dalam bahasa inggeris)

Setelah selesai urusniaga di tempat yang mencurigakan, kami kecewa harga tiket tak boleh runding. Maksaleh jeling. haih.. jenis kalah dengan pelancong luar.


Macam biasa, kerusi yang banyak kita buat letak beg. ibu ibu mengadung dan warga emas dibiarkan berlari setempat.


Secara jujurnya aku tak pernah naik bas dua tingkat dan duduk atas. Jadi, ambik gambar buat renungan. Mengeledak juga lah pinggang kami lepak hentian putra tu dari jam 9.00. bas kami bergerak jam 11.30 malam. Berdebar juga aku sebab tak pernah naik bas jalan jauh jauh. takut takut sakit perut dalam perjalan. Memang aku jerut je leher driver tu dengan tali kasut suruh berhenti. Janji lega. Tapi, Alhamdulillah takda apa apa. Tiba di Kuala Terengganu jam 4.30 pagi. kami dan penumpang lain sama letih dan bersepai. time ni kalau ibu jari kaki tersandung, mau bergaduh dengan prebet sapu di buatnya.

Tak lama lepas tu, kawan makwe pun sampai. Jiha dan suami, Fuazi.
kami dijanjikan penginapan dan sarapan pagi. Ok, kami lepak rumah Jiha. Kondo rakyat, Kuala Ibai.

Sampai rumah, Jiha terus buka cerita. lantang seperti srikandi dahulu kala.

"Ok, kita tidur dulu. sembang banyak pun tak guna time mengatuk macam ni"


hai makwe.


Dua hari aku lepak sini. Power juga kena pakai baju kaler kuning. Berdebar juga mula mula. kulit hitam, baju kuning. Biasa aku demam kalau pakai baju kaler pelik pelik ni. Tapi kali ni ok. Peh. ok, ni model baju.


Setelah 5 tahun tak jumpa, akhirnya jumpa juga. puluit antara orang kuat Primary di Amsterdam dulu. Sekarang menetap di Kuala Terengganu. sambung study sebagai ahli kaji langit. tak banyak sembang juga. dah tak jumpa. cerita pun benda benda lama saja. power tak power, dah ada isteri dan anak sorang. Aku harap ko tak kering akal untuk buat lagu.


Dan juga terlepak dengan Azura Abu yang bersenjatakan kamera kompek. lupa pulak nama tempat lepak. kat kedai makan banyak banyak Area TTC juga. Ok juga pekena roti bakar dengan neskafe. tapi dia kena teh O.

Setalah dua hari bertarung dengan pelamin. hari ke tiga, Jiha bawa kami berjalan jalan sikit. lupa dah nama tempat jalannya.


"Karim, ko, ko, ko tepi sikit. kecik kecik je api tu aku tengok."
paammm!!! dia tendang kayu api masuk bawak kawah keropok. handal.. handal..


Mula sampai, ikan goreng tepung. Aku dah berdebar. kalah sikit aku dengan ikan ni. lepas tu sampai lagi Udang, sotong, pari dan ketam. lega. ooo air kelapa.



ok,.. air kelapa power.




Jiha dan Fauzi. Ombak rindu katanya. Selamat menyambut kelahiran pertama buat mereka 8 bulan lagi. Terima kasih lagi buat mereka.



Ok, ni kali ke 3 aku ke Kuala Terengganu. Kuala Terengganu, Terengganu. ko, ko, ko memang Darul Iman.