Tuesday, November 3, 2009

Kembali

Selalu aku balik kerja dalam pukul 12.30, siap siap apa yang patut. aku masuk tidur. bangun balik dalam pukul 4 pukul 5 macam tu. dan kerja pagi tu aku anggap macam mimpi je. sedar sedar cukup bulan masuk gaji. steady betul kerja separuh hari ni. macam tulah kebiasaan nya putaran hidup sekarang ni. tapi tadi tidur aku terganggu..

sayup sayup kedengaran deruman enjin motosikal 4 lenjang menghampiri perkarangan rumah. aku masih mamai. mungkin kerana roh belum meresap habis kedalam badan. dan aku pula sudah mahu bangun. terburu buru, tak sabar adalah salah satu dari sifat manusia.

kedengaran suara dari luar. "makcik, mail ada?" suara yang tak selantang murai petang bertanya.

"tido dalam bilik, ngape?" steady jawab mak aku yang tengah memotong perca kain.

cepat cepat aku tukar jeans ketat yang tadinya kain pelekat. ini semua demi mengekalkan image rockers 24 jam. aku keluar bilik buat buat segar. jenguk ke luar rumah. aku memang tak jangka dia boleh datang rumah.
dulu repotasi dia buruk, 12 jam sehari dibawah pengaruh bahan yang tak berapa terlarang. gam cap senapang.. tapi sekarang dia dah khawin, bini putih, anak sorang, takkan dia nak buat hal lagi, bisik hati aku.

muka baik budak ni, makcik makcik memang percaya habis lah kalau dia cakap dia kerja bawah belia dan sukan. takde gaya remaja tak bermoral pun orangnya.

aku mula sembang,

"menda halnya aok ni?."

"ha!, nampak ni aku bawak gitar suruh ko tune. ni gitar pakcik aku punya, dia permain gitar kumpulan rock terkenal dulu."

"ooo"

"eh, mail, drum ko ada lagi kan?. jom jamming? ajor lah aku main drum, ajor lah aku. bini aku nak jamming lagu yuna ni. jom lah masuk bilik ko, jamming kejap je."

"mana nak boleh, pukul 4 baru ni, jap lagi orang nak asar"

dia jenis degil. terus dia pecut masuk bilik aku. aku ikut sebagai langkah berjaga jaga. terus dia capai kayu drum kumprinx. ketuk ikut suka. pung pang!, pung pang!. aku dah risau. mampos lah aku kena tiaw dengan mak aku ni kang.

belum apa apa mak aku dah masuk bilik. "weh, berhenti berhenti. orang dah nak sembayang dah ni!." tegas mak aku. peh lega. ada orang tolong sound. aku memang tak reti nak buat menda dah kalau orang tak reti bahasa ni. tersengeh sengeh bangun dari seat drum. lepas tu boleh pulak dia landing atas tilam aku! sambil baring dia pegang kocek seluar belah kanan.

"ha, nampak ni mail?. teka apa ni?."

"tin gam" aku jawab ringkas.

"betul. yang ni pulak(kocek kiri)?

"plastik gam.."

"ko memang terer mail! aku tengah stim ni.. shhhh. jangan cakap kuat kuat"

terus dia membebel bukan bukan. mak aku lalu usyar je.
tak lama lepas tu dia dapat panggilan dari bini. katanya suruh beli pencuci muka. lega dalam hati aku blah juga akhirnya.

peh! aku rasa macam nak tusuk je dengan sikat dekat perut dia ni.

mati mati aku ingat dia dah insaf. yelah dah beranak pinak takkan isap gam lagi. kalau pekena cocaine ke, steady sikit. sebab tulah pipi bila balik lipis asik nak lempang budak je.

ingin aku ingatkan kepada diri aku dan korang semua. dari pada isap gam, baik curi duit tabung masjid. nak buat jahat buat lah. jangan nak libatkan aku. bukannya aku tak kabo sorang sorang. jenis nak kena lempang terus agaknya.

rumah aku bukan lah port mat rempit yang lari dari polis, bukan port isap gam, bukan port isap dadah, bukan port romen, bukan port lah senang kata.

nak jamming datang molek molek. mak aku boleh buatkan milo ais. ok?

Wednesday, October 21, 2009

Nostalgia anak anak watan kampung tempoyang(bukan jamuan raya anjuran parti politik)

Laporan dan gambar gambar berpiksel rendah sekitar majlis.

17 oktober

jam 4.30 petang.
Bermula dengan perlawanan persahabatan bola sepak mantan belia di padang tembak.
pasukan kampung tempoyang menang 5-3 mengalahkan pasukan taman sri tempoyang.


Aku dengan amir tak main bukan sebab tak reti. yang veteran veteran je fight petang tu. aku bagi peluang lah pulak. habis main bola semua balik mandi ready nak ke masjid.

Jam 7.15 petang
Semua orang solat maghrib di masjid kampung tempoyang. diteruskan dengan majlis tahlil dan solat isyak.
siap solat isyak makan nasik pulak.kat masjid jugak. aku makan sikit je. stanby nak buat kacau kat dewan. kalau perut kenyang kang tak sedap pulak.


siap makan dan basuh pinggan, semua diberi pelepasan balik rumah untuk tukar baju yang mengamik kenangan silam.
aku dengan amir pun tak lepaskan peluang balik tukar baju. pada awalnya aku gayakan kemeja dan seluar slek, tapi bila tengok gunx pakai singlet sex pistol dan jeans ketat ala punk rockes 70'an. aku balik tukar jeans dan tshirt hitam."barulah mengamik kenangan!. tak gitu?" jelas gunx sambil mendukung anak sulungnya.


Acara yang ditunggu tunggu "malam nostalgia(matan ahli belia dulu dan kini)" di dewan kampung tempoyang.
selama 25 tahun aku hidup takde sorang pun yang cerita kat aku yang tempoyang ni "kampung jamming" tak kira laki perempuan semua kaki jamming. malam tu semua kantoi. sorang sorang di petik naik pentas. masing masing suara bukan main. boleh di katakan aku gan gunx je yang tak menyanyi pada malam tu. patut lah aku ada studio kat rumah semua orang buat rilek je. dari awal 50'an lagi dorang dah didedahkan benda benda muzik ni. kalau kira kira aku ni dah generasi kelima yang buat bising kat tempoyang ni.dorang dah lali bising petang petang hari rupanya.. cuma genre muzik je yang berubah tempoyang tetap sama. peralatan muzik pada malam tu disponser oleh pakitam/mertua gunx.
"keh ni pangkat aki dengan aok tu. lepas ni jangan panggil pak itam, panggil aki, tau?" jelas pak itam ke aku berberapa kali. aku tau dia kecewa sebab aku tak jamm sekali malam tu.. ampun aki, ampun.


jam 1.00 pagi, majlis 50% selesai. semua bersepai balik tidur.

18 oktober

Jam 9.00 pagi.
majlis perjumpaan anak anak watan kampung tempoyang(penglibatan semua anak anak watan dan ahli kelaurga) juga di dewan.
aku datang pukul 10. lewat sikit sebab semalam terlanjur lepak maplay. tapi gunx tak datang datang lagi. orang semua dah risau jurufoto takde. cuba juga aku tenangkan dorang dengan mengambil gambar guna talifon bimbit, tak jalan. dorang mahukan DSLR juga. tak lama kemudian, jam 11.30 pagi, gunx pun tiba dengan DLSR belensa panjang. maka bersorak lah hadirin dan hadirat sambil menlagakan gelas sirap masing masing.




aku dibekalkan ilmu didada dan sebijik handycam."ni pakai hardisk bukan pakai tape." kata gunx. aku pun menganguk.
"kau masuk ikut belakang, aku masuk ikut depan dewan!. ingat?!, jangan sampai terambil gambar sesama sendiri pulak nanti?" peringatan keras gunx. aku pun menganguk lagi.

sebenarnya aku dan gunx ditugaskan untuk merakamkan detik detik yang agak bersejarah pada dua hari tersebut. "takde lagi kat kampung kampung lain buat macam ni" kata pengajur. kat lipis yelah kot.kat tempat lain tak taulah aku.

acara di mulakan dengan bacaan do'a. seturusya aluan pengerusi sambutan.
"ok! hari ni sape yang bergelar dato, datin, penyanyi handalan, pelukis handalan, YB, profesor, doktor dan apa jadah pangkat dan darjat, sila tinggalkan dalam kereta anda masing masing. kita dalam dewan hari ni. semuanya setaraf, sama tinggi sama rendah.bla,bla,bla.."
jadi gunx sorang lah yang berpangkat dalam dewan pada hari tu(jurufoto).

ada juga makcik makcik yang ingatkan aku, "aok mail, rakam tu, biar balance. biar semua orang ada. daripada wan sampailah ke budak kecik. jangan nak fokus makwe je tau."

ada pulak ucaptama anak anak watan yang berjaya.
biasalah cerita cerita klise lah yang keluar. makan ubi, lepas tu bila besar, berjaya, jalan kaki pegi sekolah, akhir tahun lulus exam, anak yatim bila besar jadi kaya. lah, macam macam lagi lah. tak lupa juga sejarah sejarah yang tak keluar dalam buku sejarah tingkatan tiga. kagum juga aku mendengar orang cerdik pandai berceloteh.

diteruskan pulak dengan pengenalan ahli ahli keluarga anak watan.
maka berkenalan lah sesama sendiri. ada satu poster gergasi susur galur keluarga yang di tampal di dinding dewan dan gambar gambar klasik seawal 30'an sekitar tempoyang untuk tatapan umum. aku nak rembat, tapi dorang cabut balik rupanya.

Jam 12.30 tengah hari.
"sampai lah kita ke akhir majlis ye suadara suadari semua. di jemput semua makan ye. kat luar ada nasi dan lauk pauk yang tak berapa mewah. tapi alhamdulillah ada juga rezeki kita hari ni." tak habis sembang lagi tuan setiausaha kita cakap, dah laju orang keluar dewan..
list makanan.
nasik, kari daging segar, ayam masak merah, ikan masin, kacang goreng, air sirap.





Jam 1.00 tengah hari.
kalau ikut jadual ada solat zuhur kat masjid. tapi banyak orang balik rumah je aku tengok, aku pun sama. balik juga. ye! tepat tekaan korang aku solat kat rumah je.
-----------------------------------------

tapi mana pegi belia beliawanis kampung ni. tak nampak muke langsung. sapot lah lah sikit weh. aku time masak je tak datang, time enjoy ada..

90% menjadi juga lah majlis ni aku tengok. cuma feel klasik tu tak sampai ke aku. mungkin aku sibuk ambik gambar kot. tak banyak duduk sembang dengan orang pun satu hal.

Saturday, October 10, 2009

syawal yang macam macam.

sesi bergambar bersama en.ben anjuran gunx.


kali ni gunx pakse aku pakai baju melayu. jadi, aku pakai.
tokey kedai cakap, kalau tambah lagi lengan baju tu, tambah RM50. aku jenis takde duit. jadi, macam tulah baju melayu aku tahun ni.

tak cuba tak tau.


macam gampang juga berdebar nak buat persembahan solo ni rupanya. tapi tak boleh fight berdebar masa interviewe jkr aritu..
dah lah aku tak cukup latihan. bulan depan aku buat lagi hal macam ni. aku harap otam boleh turun sekali. kita sambung keretapi.

kemas tempat kerja.


baru lah laju buat kerja kalau meja kemas. selalu kucing pun ada tidur atas meja ni. aku rasa tahan 3 hari je kalau kemas macam ni. bersepah balik lepas tu.

orkid harimau.


orang kabor orkid ni payah nak berbunga. tapi rilek je berbunga kat rumah aku ni. boleh tahan tinggi dia punya menaik. pakai tangga juga aku ambil gambar. macam hantu mata satu pun ada rupanya..

kucing kat rumah aku beranak bersepadu.


tak tau nak isi nama mende dah.. siapa siapa yang berkenan, aku boleh poskan.

tolong kawan kawan.



aku beli talipon ni RM100 kat seorang kenalan yang terdesak nak pakai duit.


-------------------------

mak; sibuk gayanya bulan ni?

aku; biase je..

mak; dah nak habis syawal ni, pose 6 bila nak buat? main je taunya!!?.

aku; errr...

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Peh, pejam celik pejam celik dah nak raya rupanya. sadar sedar mak aku dah suruh cuci sawang kat kipas, bayar zakat, sembelih ayam kampung, cari kayu api kat hutan, mesin rumput, masuk duit dalam ampau untuk pass kat budak datang rumah dan macam macam lagi lah. aku tak kisah, raya punya pasal kan? apa apahal pun datang lah rumah raya ni. makan sedap sedap takde lah, makan runcit runcit je. tapi kalau nak satey kijang aku boleh tembak kijang kat belakang rumah ni?, ikan kap kukus? tangkap dengan tangan je kat kolam depan rumah. amacam?

ha, ni kad raya untuk korang.




Aku puasa penuh tahun ni. korang?

Wednesday, September 9, 2009

Hangus






hangus. filem pendek arahan deansham..

Apa apa hal kalau aku belakon macam gampang, terus je salah kan padeli.
aku biasa belakon sebagai orang yang puasa pada bulan ramadhan ni, belakon betul betul macam ni tak pernah lagi.. Dah lah semua handal handal belaka. aku sorang je jenis tak tahu apa apa. yelah, tak cuba tak tau, kan?. sekarang aku baru tahu perasaan faizal husin tu belakon drama bersiri sembilu tu macam mana dia punya letih.

Filem pendek ini akan ditayangkan di Maskara Shorties pada 3 Oktober di Rumah PENA.

notapucat: semua gambar aku rembat kat fesbuk vovin

Monday, August 31, 2009

Ramadhan



malam kelmarin aku layan budak budak kat taman sri tempoyang main daun terup. main pangkah gayanya. ada sorang ni dah berair mata dua kali kalah berturut turut. main juga lagi, kalah lagi. lepas tu dia buka cerita pasal berjudi, main nombor. hoo...dia punya cerita, macam tak ingat bulan ramadan.

"aku ni, masa belajar kat raub hari tu, kalau main 4D, kalau tak kena?, jangan panggil aku Axxx lah!" dengan nada menaik.

"semua orang orang sana kalau nak beli nombor, mintak nasihat aku dulu.." cakap sambil pandang member kiri kanan.

aku memang malas nak percaya mula mula. tapi semua orang diam kaku mendengar cerita dia. aku mula tak sedap hati. kejap kejap orang tanya,

"ye ke ni Axxx?"

"peh! handal nya aok Axxx."

dalam hati aku dah mula bertanya, ye tak ye juga.. talipon bimbit model terkini, gelang tangan perak sebesar ibu jari, selipar jenama terkemuka, tayar motor pun cap mahal.. dia sembang lagi..

"aku biasa kena besar. kecil kecil tak main lah weh.." sambil angkat kenin kat aku.

aku tak tahan...

last last aku tanya juga..

"kena berepa ratus Axxx?"

"ooo? RM30 je paling besar.."

memang faking!! macam mana aku boleh layan cerita dia dari tadi!

tulah orang kabor, bulan ramadhan ni elok baca Quran. jangan buat menda menda yang tak elok. aku yang tak main ni pun terkena tempias dia. sepatunya aku datang tadi beritau kat dorang, tak payah main lah weh, bulan bulan pose ni, tak elok orang tengok. kalau dorang semua bersurai tadi? takde lah aku sakit hati kena tipu..

Apa apa pun, masih belum terlambat aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua..

Thursday, August 20, 2009

Senyum mu itu adalah rindu. (sure pekat final)


Aku nak tengok macam mana pandangan orang orang\pemuzik lipis lepas sure pekat final ni. adakah ianya hanya musim ataupun satu permulaan baru bagi industri muzik di kuala lipis. aku beharap ianya satu permulaan.. ataupun aku hanya berangan angan?.

Selama beberapa tahun aku memerhatikan pergerakan muzik di kuala lipis ni. aku boleh katakan ianya satu pergerakan yang ego. mana yang metal, geng yang metal, yang rock kapak, geng rock kapak, yang punk, geng punk dan begitu lah yang lainnya. korang bukan duduk kat amerika nak berpuak puak dalam muzik. namun selepas adanya sure pekat, semuanya seakan bersatu. aku akui sure pekat adalah satu medan graviti muzik yang menarik segalanya tentang muzik di kuala lipis. nak main kompang pun sure pekat bagi.


Pasal tag krew sure pekat ni lama ke kecil. sure pekat 1, tag dia bahagi empat A4. sure pekat final, besar name tag je. kalau di renung baliklah ianya bukan lah semuanya sebab aku dengan kumprinx bankrap nak buat tag. tapi, ianya memberi maksud lagi ramai krew kebelakangan ni. dulu satu A4 empat krew sekarang satu A4 lapan belas krew. syukur.. dia orang semua tahu apa yang dia orang mahukan. kerana krew krew nilah semua barang lepas ke alamanda tu. bawak jalan kaki tau! bukan naik lori!

Aku nak ucapkan terima kasih kepada krew krew yang dari pagi sampai ke malam berkerja keras untuk menjayakan sure pekat final ni. tak lupa juga kepada semua kaki kaki yang hadir. kaki rocking, kaki komplen, kaki kaut untung, kaki bodek, kaki lepak, kaki judi, kaki mabuk dan segala kaki. kalau korang tak datang, takde lah sampai 8000 kehadiran hari tu, kan?. terima kasih sekali lagi.