Monday, October 11, 2010

Beberapa saat sebelum jawab, "bagi saya milo kosong satu!"

Sabtu lalu memang hari hilang akal. dari pagi sampai malam buat kerja tak jadi jadi. ada je tak puas hatinya. kalau cakap kat Luca macam ni, mesti dia cakap alasan punya. kehkehkeh.

Hari dah pukul 10 malam.. aku dah semakin sesak dari pagi tak melepak. tiada pula sebarang sms berbau jemputan melepak malam..

Kumprinx senyap.
Ata sejak bertemu rusuk kiri, semakin hilang zahirnya diserap alam cinta tanpa titik.
Budak Egpyt ke kuantan menemani rakan katanya.
Dan harapan aku hanya lah Fadil. ye, Fadil. harap harap dia tak tengok gusti..

setelah membuat perjanjian melalui sms, kami setuju keluar pada pukul 11.30 malam. dan tepat pada 11.30 malam juga dia sampai. aku masih lagi tak berbaju depan komputer. Zaaaassss!!! sepantas harimau bintang aku bersiap.
Fadil kata malas lepak bandar. cari kedai dekat dekat je.
No2 dekat dari rumah aku kedai makan Mat Rani.

Aku dari tadi rasa ada benda tak kena.. rasa ketat, rasa padat.
tapi aku buat rilek je. sampai pulak mms gambar orang kuat The Chalatchalat sedang lepak santai di ibu kota. lagi lah aku cemburu tak melepak bersama.

samar samar lampu pijar datang seorang akak mahu mengambil oder..

"ye minum apa?" ringkas seperti kedai kedai lain soalannya.

Tarik nafas dan pasang niat nak mintak milo kosong. sekali terpandang bawah di antara dua peha aku.. ye, aku dah kenal pasti ketidakselesaan dari tadi.

"bagi saya milo kosong satu!!" sambil betulkan kasut aku yang terbalik.

Saturday, October 9, 2010

Beberapa minit sebelum 1:02 pm

"peh teringat masa muda muda. nak kembali ke sana memang tak boleh, ye dak?"

"haah.. tapi kita cuba."

Aku mainkan lagu alternative masa muda muda di komputer.

"sekarang macam mana? dah rasa muda semula?"

Dia senyum lebar dan kembali ke mesin masa tanpa sepatah kata.

---------------------------------------------------------------

"Zohor dah.. dah lah pasang lagu kuat kuatnya, mail!" - mak

kehkehkeh!

Tuesday, October 5, 2010

Beberapa tahun sebelum aku ke Mesir.

"nanti balik jangan lupa ambik gambo awan banyak banyak kat sana." pesan aku ke budak Egypt.

"kat Mesir takde awan, Mail.." jawab dia sambil pandang langit merah.

"oo.." balas aku sambil search gambar mesir kat talifon bimbit.

Takde awan pun ada dia punya cantik, mail.. kalau tengok dia punya matahari terbenam. peh.. nampak sebijik betul matahari tu. sikit pun awan tak cemburu. jelas dia serba sedikt perihal matahari di mesir.

"oo..." jawab aku setelah tau credit tak mencukupi untuk search gambar mengunakan talifon bimbit..


Akhirnya kami diam. maka yang bersuara itu hanya semua insan di pasar malam.

langit kuning ke oren orenan tanda bala mahu datang mengikut kepercayaan melayu lama. aku tak tau cuma dengar orang kata.

kami khayal seketika dengan cahaya matahari yang menzahirkan siang di mata manusia.

Dan aku berkata,

"yang cantik hanyalah RASA bukan orkid mahupun gambar kereta BMW dalam folder kompiter kamu.."

"faking mail!!! dah dah! jom balik!." tegas budak Egypt yang terlepas asar dan maghrib..