Tuesday, December 23, 2008

whammy. kaoss pad.



Digitech whammy ni aku baru pakai dua bulan(april - jun), masuk hari pertama bulan ke tiga, rosak.
baru baru ni aku pegi ambil. dua tiga kali talifon suruh datang ambil, macam dah siap sangat gayanya.
masuk ni, dah tiga kali aku hantar repair. dua kali dalam jaminan, satu kali tiada jaminan. RM60 kena kali ni.
dah elok. suka. tadi, rosak balik! aku dah mula tertekan.. macam kena tipu pun ada rasanya. dah lah beli RM800 lebih. pakai dua bulan je?
effect effect yang lain semua RM500 ke bawah je tapi, elok je sampai hari ni!. aduh..
bulan depan kena pegi KL balik. kali ni gaduh pun tak kisah. janji puas hati.



nasib baiklah aku beli korg mini kaoss pad ni, sejuk sikit hati. takde la pikir sangat ke whammy tu.

Thursday, December 18, 2008

makanan jepun

Tengah hari tadi tekak aku rasa macam nak pekena makanan jepun.. Kadang kadang tekak aku ni banyak juga ragamnya. Tak layan karang, tekak sendiri. Layan karang, banyak pula ragamnya.. Nak pekena air sarsi lah, mekdi lah, donat j co lah, mee goreng mapley lah, buger daging buatan sendiri lah, macam lah. Buat hal betul. Sedang aku mencari kunci motor yang lupa letaknya dimana, mak aku tegur,

" ha? Kunci moto? Ni dia. "

" campak mak, campak. " kata aku masih dalam keadaan
panik. Ingatkan kunci hilang.
Aku menyambut balingan Mak seperti kucing di bagi ikan. Guna tangan ye. Bukan mulut.

Terus belari ke motosikal dan melompat bagaikan filem aksi dari barat. Keadaan menjadi laju seperti angin menerbangkan layang layang kertas semasa kecil dulu. Memang tak boleh ni nafikan kepantasanya..Sedar sedar dah sampai depan mini market. Aku terus ke sudut makanan. Aku renung makanan jepun tersebut sambil cekap pingang. Dalam kepala dah sett perasa yang akan aku dibeli.
Keadaan menjadi laju seperti tadi. Sedar sedar aku kat ruang dapur rumah. Aku ikut arahan cara memasak di atas penutup..

Siap,

Sedia dimakan,

habis..

"Errkk.." sedawa kecil.

Peh! Sedap juga meggi cup ni!!.

Wednesday, December 17, 2008

senyap


semuanya senyap.

senyap,

senyap,

senyap,

dan senyap..

Saturday, December 13, 2008

akob 2

Pesang Kumprinx kali terakhir sebelum dia "berehat", " Mail aok pegi lah perpustakaan 10-11hb ni, ada program mari belajar IT. sambil menimba ilmu, boleh usyar makwe. free tau. jangan tak pegi." aku nyaris nyaris tak ingat sebenarnya, nasib baik ada banner besar depan perpustakaan tu. aku pergi sahut cabaran tu dengan Amir.
kami berjaya menamatkan krusus tanpa rasa sakit perut. tak boleh harap juga sebenarnya orang yang mengajar tu, menda yang aku tak tau, menda tu lah yang dia tak tau. kejap kejap"errr, errr.."
sedang aku menunggu sijil di cetak keluar, tiba tiba aku dapat satu mesej pesanan ringkas. " kena ke? " dari Pipi. aku balas, " jap2. aku ontheway dari bando ni. aku singgah umah ko trus jap lg. " Amir hantar aku kat rumah Pipi. dia tak boleh lepak katanya, kena balik tidur untuk simpan tenaga. dia bertugas malam.
kami merancang untuk ke rapishop, tapi tuhan merancang rapishop tutup hari tu.

" ha, goneh ni?. " tanya pipi kepada aku.

" Aji lah kite, aok? " cadangan aku.

" jam dah pukul berapa ni? " Pipi.

" lima setegah baru.. " aku

" Aji tutup lambat, aok?. boleh lagi ni kita ni. " tanya pipi sambil tekan pedal minyak. aku macam nak tarik tali pingang keselamatan. tapi, tali keselamatan takde!.
sembang tadi melarat ke pekara bukan bukan. dari makwe kat station bas sampai ke harga minyak turun lagi.

sampai ke centerpoint, aku bangun dari seat separa empuk dari kereta Pipi, untuk sama sama ke ruang lepak kedai Aji kini disebut, " mengaji "
bila ahli persekutuan sebut,

" Mail, jom mengaji!!. "

" right!! " aku sahut tenang sambil mengangkat ke dua belah tangan dengan menunjukan isyarat " bagus ".
tapi, bila orang tak aku kenali sebut macam tu, hati dah mula nak salahkan ustaz kerana tak cukup kuat tarik telinga masa belajar mengaji dulu..

kami duduk sembang benda benda serius. semua part aku ambil serius, sampai kerut kerut dahi.
aku tahu, mulai minggu depan aku sorang sorang kat lipis ni. ahli ahli persekutuan yang lain tiada di kampung halaman mungkin dalam satu masa yang lama.
kami membincangkan hal hal seperti, lineup band, mengorat, kerja tetap, bila mau kawin, bola malaysia dan lain lain lagi perkara yang tak boleh ambil mudah masa sekarang ni. pembincangan semakin hangat. tiba tiba..

" Mail, tu, tu.. Akob, Akob. " Pipi cakap, tapi bibir tak bergerak.

tak dan aku nak bertanya balik, Akob dah capai bahu aku dari belakang. dia terus duduk semeja. ni part aku tak gemar..

Akob,
" bla, bla, bla, bla,.. "

Pipi,
senyap.

aku,
senyap.

Akob,
" bla, bla, bla, bla,.. "

Akob,
" bla, bla, bla, bla,.. "

Pipi,
senyap.

aku,
senyap.

Akob,
" bla, bla, bla, bla, bla, bla....."

pembincangan aku dengan Pipi tadi, mungkin bersambung. ataupun. tidak.

dah tiga kali dah Akob ni buat hal macam ni!!. tapi aku pegang janji dia.

" demeh jangan risau, walaupun demeh tak dapat hadir ke majlis kawin keh. keh akan belanja geng geng kita makan. orang orang tua kata apa tu?, jamu member?. semua!. demeh jangan risau. "

jadi sekarang, ahli ahli persekutuan semua, kita ada makan besar tak lama lagi. harap semua bersedia dengan kemeja polo masing masing. jangan pakai number sama pulak nanti..

Tuesday, December 2, 2008

Bila makwe nak pandang aku?

"boss! Gaji tak masuk lagi ke? Ni dah 2hb ni.." tanya aku sambil pakai
kasut dan bersedia untuk pulang.

"Pagi pagi dah keh pegi bank, takde masuk lagi.." kata boss.

"nak ke mana mail? Baru pukul 11 ni!" tegur boss.

Kelihatan aku sedang menuju ke motorsikal.

"balik lah, duit takde.. Tak semangat dah nak kerja ni."

raut wajah boss bertukar panik..

"err jap mail!, ko ambil kad bank ni. Tengok dah masuk ke tidak. Aok
macan tak percaya kat keh je?"

"bukan saya tak percaya.. Dah duit takde, macam mana nak kerja. Ah,
duit minyak sket?"

"bawak moto keh nilah!" aku terima tawaran tanpa pikir panjang dan
Terus pecut kebandar..

Boss aku memiliki dua buah motorsikal cap kriss110cc. Warna hitam
solid kedua duanya. Bezanya adalah, satu pakai penghidup biasa, satu
lagi pakai penghidup elektrik. Kedua duanya memang tak menjadi hal
untuk aku sebenarnya..

Aku masuk bandar ikut jalan belakang. Jaraknya 70% lebih dekat kalau
aku dari kem tentera ni.

Makwe kelihatan ramai daripada biasa hari ni, aku pun tak tau mengapa.
Aku hanya gayakan Jeans coklat dan t-shirt hitam lusuh. Memang tak
pandang lah makwe makwe ni kat aku.. Lain lah aku pakai kemeja polo
dengan kasut kulit. barulah pandang sebelah mata. Sebelah je lah..

Aku parking motor di tempat sepatunya sambil usyar makwe sekeliling.
Ada yang jalan dengan Mak, ada yang jalan dengan kawan, ada yang
jalan sorang, kalau yang jalan sorang aku pandang lama sikit lah, ada
yang jalan dengan pakwe. Dan, ada yang bawa kereta pergi jalan jalan.

Aku kembali ke motorsikal dengan muka ketat.. Duit satu sen pun tak dapat.
Makwe apatah lagi. Kunci dimasukkan. pulas kekanan. hanya tinggal di
hidupkan.. Mahu guna penghidup elektrik atau penghidup biasa? Aku
pilih penghidup elektrik.

Tekan..

"PINNN!!!"

sekarang, semua makwe pandang aku.

Start motor pun boleh silap! Cilakak punya gaji tak masuk..

--
Sent from Gmail for mobile | mobile.google.com