Tuesday, February 22, 2011

Beberapa jam lepak petang bersama vokalis Primary




makcik ni memang terer buat air.. kalau aku oder air kat kedai ni, mesti perhatikan siapa yang ke dapur. kalau orang lain, memang down moral 3 hari.


ok, kedai ni memang kuat tutup pukul 5.


portrait vokalis Primary..


lama dah aku tak naik bundle(bangunan mara)kat station keretapi ni. tadi nak kejap, dapat selai seluar. boleh lah buat pakai raya nanti..


"kecilkan sikit kaki ni, baru rok" -Amar



Apa apahal pun brade ni memang king of jahit jean kat lipis ni. aku tak risau bila hantar seluar nak alter kat sini. mesti kacip punya.



pagi tadi aku lepak sini
tengah hari tadi aku dapat gambar ni
hari ni memang sukses pendek kata. oo? dah lebih puklu 12? semalam memang sukses lah pendek kata.

Sunday, February 20, 2011

Beberapa hari keluar petang.
































macam ni lah sifatnya kuala lipis bila petang hari.

Saturday, February 19, 2011

Beberapa jam lepak dengan Hilman


hari tu dia call aku ajak lepak. hari ahad lepas. 5.30 petang aku datang rumah dia ambik pergi lepak kat kedai Rapi.. Dan lepas hantar dia balik, sampai hari ni aku tak jumpa dia dah. Aneh. Kat masjid pun tak nampak tadi. Takkan dia dah balik mesir semula?

weh,Hilman. call aku secepat mungkin. kita nak start shooting dah ni. Ahad Amar ada balik..

harap harap dia baca ni.

ha, korang pun kalau nampak muka mamat kat atas ni, pesan ke dia cakap aku nak jumpa. mintak tolong betul ni.

Thursday, February 17, 2011

Sunday, February 13, 2011

Beberapa minit menyelesaikan masalah.

Kalau aku tulis status kat fesbuk cakap.

"peh.. lapar gila perut ni.."

peratusan dapat makanan adalah 5 peratus saja.

tapi kalau aku cakap kat mak.

"peh.. lapar gila perut ni.."

dah tentu mak aku cakap,

"kau nak kena terajang? tak nampak makanan bawah tudung saji tu? tak reti reti nak makan?"

sebenarnya banyak masalah dalam dunia ni boleh deselesaikan dengan bercakap je. bukan kau orang tak tau,kan?

jadi sekarang ni, aku dah 2 bulan tertunggak nak makan pizza, kat lipis tak ada kedai pizza. cakap kat mak pun tak jadi apa.

dan kes kes macam ni mak selalu cakap,

"Dah, bawak banyak banyak menebas belakang rumah. lama lama nanti lupa lah tu.."

ok, sekali lagi.. mak, ko, ko, ko memang power.

Friday, February 11, 2011

Beberapa minit begurau di tempat kerja.

Sebagai tukang cuci tandas kat kem askar, aku memang tak berkawan sangat dengan orang kat dalam ni. yelah, ke hulu ke hilir bawak baldi air dangan mop. seluar jean lusuh, rambut panjang dangan kasut pa chu kang. orang nak tegur pun segan, ye tak?.
mana yang 3,4 tahun kenal aku tu, ada lah lepak, borak borak, melawak kejap.

Ada sorang brade ni, selalu lah juga tegur tegur aku. tegur melawak jelah. bukan serius.

"ha, ni bila nak potong rambut ni?"

"baju masuk dalam"

"makwe sihat?"

"ha, mat rok, lewat hari ni!?"

"mana buku? nak sain ni"

soalan soalan ni memang selalu lah aku dapat. aku biasa jawab dengan senyuman je. tak reti nak bersembang panjang.

Tapi ni ada satu warning yang hari hari aku dapat. kadang kadang sampai 3 kali sehari dapat.

"ha, mat rok! kasut tak kilat pasai apa?!

Selama 5 tahun, warning ni paling top sekali. tapi ni semua dia orang begurau je. mesra rakyat orang kabor. apa jadah kasut pa chu kang nak kilat. memang flat je kalernya.


last last pagi tadi aku dapat satu akal.

"berapa kali nak cakap ni? kasut kena kilat. kasut kena kilat!." Sembang brade tu sambil gelak gelak.

"aih, abang tengok betul betul kasut saya ni. berkilat lah ni. tengok betul betul" Aku pulak buat buat sembang lebat.

Kerut kerut dahi brade tu tengok kasut pa chu kang aku..

Terdiam dia 3,4 saat..

"Hang memang power, hang memang power.." kata brade tu sambil tepuk tepuk bahu aku.

lepas tu terus dia cau.

Sebenarnya.. aku tulis "BERKILAT" kat kasut pa chu kang aku tadi..

Tuesday, February 8, 2011

Beberapa minit memikirkan tajuk entri. ok, tajuk dia, Aku dan Dia.

Ok, cerita dia macam ni.. semalam balik kerja aku topup RM3.
Ye RM3 je.. gaji tak masuk lagi.. biasa lah kerja cuci tandas, orang tak hirau sangat kebajikannya.

Balik rumah, mandi mandi, makan makan, baring baring, main game, main game, jaga anak sedara, jaga anak sedara. macam macam lagi lah. Dalam hati dah berbunyi.. ~~~jangan lah dia mesej time time macam ni~~~~ Aku harap harap dia faham.

Aku hanya sett bunyi "bib" untuk bunyi mesej pesanan ringkas. kalau ia berkelip kelip, maksudnya aku tak sedar dah 30 saat atau lebih ada mesej masuk..

setelah selesai semua kerja, aku masuk bilik untuk bersosial di internet pula.
dan benda pertama aku tengok ialah talipon bimbit.
ye, ia berkelip kelip.. debaran aku semakin cepat, adakah Dia yang hantar mesej itu..adakah Dia yang hantar mesej itu.. kata dalam hati yang terus berulang ulang.

Fuhh.. Aku genggam erat talipon bimbit yang menghubungkan aku serata kampung, talipon bimbit yang sentiasa ada di kocek kiri dan nama nama didalamnya sentiasa dihati ini..

Harap harap mesej ini bukan dari dia, bukan dari Dia. Aku tak bersedia, aku manusia biasa yang bisa terluka, lalu keypad lock di buka dan mesej pun di baca..





















































Credit Advance: RM2.00 telah
ditolak untuk permintaan Credit
Advance anda.

Monday, February 7, 2011

Beberapa saat turun kelautan.

Pabila turun ke lautan, aku dapati ratusan bandar zamrut dan beribu menara kristal.
Ye, begitu penat mahu pegang semua janji.
Maka meleret lah ia menyerupa jubah yang berwarna untuk menghalang kilauan cermin..

Sebenarnya hari ni dah 7 haribulan.. gaji aku tak masuk masuk lagi. merepek macam mana sekalipun, kalau tak masuk, memang tak masuk juga!. (karate keyboard)

Sunday, February 6, 2011

Beberapa jam di bukit bius.




















Kutu: Kumprinx, Aban, haji Gunx, Katan dan saya Ismal Othman.
Lokasi: Bukit Bius, Kuala Lipis, Pahang, Malaysia.
Kamera:Nikon D70s.
Perisian:Adobe Photoshop CS5.