Friday, December 20, 2013

Beberapa minit sebelum tekan Enter

Aku nak lantik ko jadi pemerhati aku kalau aku mati sebelum ko ni. Ko ready tak ni?.

Wednesday, December 18, 2013

Beberapa minit selepas masuk waktu

"Tak habis cuci lagi ke Mat Rock?. dah azan zohor ni."

"Belum bang, lambat sikit hari ni. bawak Mak saya ke pasar pagi tadi."

"Ohh. Ko pernah dengar tak pasal masa azan, semua hantu setan lari masuk tandas tepat kotor macam ni?."

"Emm pernah juga rasanya."

"Dah tu, buat apa duduk sini lagi tak elok."

"Buat apa?. Kalau nak tahu, saya lah hantu setan tu sebenarnya."

Agak terkejut juga brade tu. Sibai tuala ke bahu terus gerak ke bilik sampai tak dan lap badan.

Sesetengah daripada kita yakin/beriman pada yang nyata.

Friday, December 13, 2013

Beberapa minit Mak bercerita

Sebenarnya dari kecil aku dengar orang kampung bercerita tentang Mak aku. Orang orang tua lah kebanyakannya. Katanya mereka masa arwah Ayah aku meninggal dulu(28 tahun yang lalu) dia paling rilek. Tak menangis ke apa ke. Dah macam orang kampung lain bukan macam Isteri dah. Katanya orang kampung dari dulu sampai tiga empat tahun lepas ke aku. Dan bukan sampai sekarang sebab kebanyakkan orang tua tua kampung ni dah meninggal dunia.

Aku pun takda lah ambil kisah sangat pun pasal cerita tu. Sebab tu antara Mak dengan Ayah aku. Kalau aku fikirkan pun, mungkin feel tak sampai juga. Aku pun tak pernah terfikir nak tanya Mak.

Sampailah ke hari ni. Lepas balik dari ziarah sedara meninggal dalam kemalangan jalan raya tengah hari tadi. Dia bercerita, 

....Masa arwah Ayoh aok pergi dulu..Ramai orang kampung tanya,
"Meknye(Kenapa) aok ni, Ziah? Laki aok ni. Aok tak sedeh ke?"
Ramai orang tanya Mak macam tu. Tapi mak tak jawab pun.
Sebenarnya, Sedih lah juga sebab dah tak boleh tengok dia, kan?. Tapi dalam satu permikiran yang lain pulak, Mak berfikir, Dia akan pergi ke tempat lebih baik dari kita semua. Cukuplah sedikit sahaja sedihnya. Mak dah jaga ayah Aok baik-baik. Dah taat sebagai isteri. Mak ikhlas menjadi isteri dia. Mak ikhlas menjaga dia selama hayat.

Jadi sebagai Cleaner Handalan dan Rokes dalam hati ada taman, aku jadikan cerita ini sebagai peringatan. 

"Mak, sebenarnya mak suka kaler apa?"

"I prefer Navy Blue. Sejak bergelar nenek untuk 20 tahun ni."

"Ok, fine."



"Dah 4 keping ni, Mak. Jangan lah keras sangat. Orang ambil gambar ni. Steady lah sikit."

"Ahh, aok apa tau, ni posing kegemaran sejak dari dulu lagi!.
Nak ambil, ambil cepat. Kalau tak nak tukar baju ni."

"'Ahhh"




Wednesday, December 11, 2013

Beberapa saat mati

Aku berhenti update blog ni sebab takda apa yang penting pun aku rasa nak tulis kat sini. Tulis pergi kedai tulis beli baju, tulis makan nasik, tulis sembang dengan mak. Benda benda runcit lah. Yang patutnya update kat fesbuk je. Tapi aku pikir semula lepas potong misai ni tadi, apa guna nama blog ni Opsyen kalau aku sendiri tak buat pilihan?

Beberapa hari masuk kerja awal

"Mat rock!!"

"Ya, tuan?"

"Apa menung jauh je aku tengok ko ni?. ada masalah apa?"

"Takda apa tuan. macam biasa lah Block M ni air slow sikit. saya duduk lah lepak dulu. takda menung apa. saya main game ni tuan. Game lawan lawan. Kita ada 5 nyawa, bila habis kena tunggu 10 minit atau mintak pada kawan kat fesbuk."

"Ohh. ingat apa. menung panjang je"

"Biasalah tuan, kita ni, suka berprasangka, menafsir, mengagak.  apa apalah."

"Hahaha yelah baru aku perasan. tak perasan aku selama ni, Mat Rock."

"Yelah, dah kita semua ada masalah sama, tuan"

"Malasah apa?"

"Masalah nak masuk syurga lah."

"Hahahahah betul betul!. Mat Rock.. Mat Rock.."

Tuan gelak sambil tepuk bahu aku dengan fail sulit. Aku perah air sabun pada mop sambil senyum.