Sunday, November 21, 2010

Beberapa jam sebelum shooting viva palestine bermula.

"Esok 8.30 pagi kita berkumpul kat batu 2!!, kita sarapan lebih kurang, lepas tu terus jalan kerja."

nada tinggi garang Haji Gunx yang menutup mesyuarat malam sebelum shooting..


8.30 pagi esoknya..
talifon bimbit berpengera aku berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

peh!! Haji Gunx memanggil.

"ha? aok siap dah?" tanya dia ringkas.

"siap!" padahal aku baru celik mata dan selimut masih paras dada.

"jap lagi keh sampai. standby!!!" tak berapa pasti nada marah ke menaik.

Aku bersiap macam kilat menyambar syaitan tapi tak mengena.
biasanya kalau gunx cakap "sekejap" memang sekejap betul. sedar sedar dah depan rumah.

Jantung aku tadi yang berdegup laju mengiringi persiapan dah mula tenang dan kembali normal. aku dah naik risau. kenapa lama sangat.. tak sampai sampai.. aku duduk atas kerusi dan buat buat jatuh. mana lah tau masih dalam mimpi..

"tit.." sms dari gunx masuk.

Weh, budak2 ni tak siap mandi lagi. keh dah risau ni..
sms yang aku yakin Haji Gunx tengah pucat. kehkehkeh. ye. ni bukan mimpi.

Aku senyum dan kembali memberi salam ke tilam..

3 comments:

Ismail Othman said...

beberapa jam selepas selesai shooting.

"Mail! kau tau tak pagi semalam kita orang jamming dengan bapak mertua Gunx!. peh!! layan betul lagu 60an. sampai risau gunx!!. kehkehkeh" - Rozinor Razali.

citahrudin said...

buat-buat jatuh tu kira stail baru ke hape?

selalu dalam tivi keh tengok, orang mntk pelempang saje

Ismail Othman said...

aok kena tengok cite Inception dulu.