Wednesday, January 5, 2011

Beberapa saat selepas buat kira kira (aku bukan jam tangan mewah, goncang saja terus boleh jalan)

Tadi bos aku datang rumah. kira datang melawat lah. ayat biasa lah, kan?

"peh, tak kena lagi ye chicken pox masa kecik?"

"yess.." aku jawab tenang.

Tiada apa yang dibualkan. semua masalah sama. perkerja tak datang kerja. masuk lambat keluar cepat, orang tu sakit , orang tu ponteng, orang ni malas kerja. masalah masalah kerja kontrek ni, macam tu lah ceritanya.

Aku banyak cuti bulan lepas, jadi boleh tahan lah banyak gaji kena potong. tapi duit buat tracing/design boleh cover balik. tu yang lega sikit. ok, kira bulan lepas settle lah bayar bil beli barang dapur semua.

Tadi petang baru aku teringat. sekarang ni dah 5 january, aku masih bercuti lagi. aku buat kira kira..

Aku dah cuti 3,4,5, dan besok 6. cuti lagi untuk ke Serawak pada 19,20,21,24,25 dan 26.. sebenarnya aku akan hadapi benkrap pada bulan depan..

Macam buat ramalan juga buat kira kira ni rupanya..


tahun; 2002
tajuk; Kalau cinta perlihatkan jasadnya.

4 comments:

citahrudin said...

22-23 aok pegi mana plk?

Ismail Othman said...

22-23 tak kira. sabtu ahad, cuti

Bainun Waheeda said...

wah! Sarawak? nak ikuttttttt

Ismail Othman said...

jom2! esok beli tiket