Wednesday, January 25, 2012

Beberapa menu yang aku dah lupa

Langkah selesa aku keluar dari bilik air..
Bersandar molek mak di dinding simen sambil menonton drama dari seberang..
Tangannya seakan menyuap makanan kegemaran..
Langkah aku mahu ke bilik tadi terbatal..
Isyarat dari otak turun melalui tulang belakang ke kaki untuk menyampaikan amanat tuhan yang mengatakan aku akan terus ke arah emak..

Kalau dikatakan cinta itu berjasad, maka yang dimakan emak dari tadi, itulah dia.
Kalau dikatakan surga itu nampak nyata, maka yang dimakan emak dari tadi, itulah dia.
Kalau dikatakan rindu itu berpunya, maka yang dimakan emak dari tadi, itulah dia.
Kalau dikatakan itu pisang rebus, maka yang dimakan emak dari tadi, itulah dia!!!.

Mak kenapa ko tak beritau aku yang ko tengah makan pisang rebus!! dah 3 tahun aku tak pekena!

Tapi, mak.. macam kurang garam..

Mail, ko, ko, ko, ko diam. Mak lebih makan garam dari ko.

2 comments:

gualah. said...

kemaen berkata2 hehe..

ardzmarn said...

sebat je mael.. jangan banyak songeh.. kan dah kene..