Sunday, April 26, 2009

“pakcik!, pakcik nak saya mencarut dalam bahasa apa sekarang ni!?”

semalam abang aku suruh pergi beli satey. Di kabo beli jelah kat mana mana. Aku memang biasa ambil oder. Pusing punya pusing, ada jumpa satu kedai. Baru nak beroperasi gayanya ni, orang first lah aku malam ni.. bisik hati aku.
“ha, baru start makcik ye?” aku buat buat peramah. mana tau, dapat lebih tiga empat batang.

Kelihatan si suami sedang setting api kasi ngam.. aku ukirkan senyuman dan terus bagi kat si suami. Harap harap dapat lebih tiga empat batang lagi.. kurang kurang dengan sikap peramah aku tadi, dapat lah lebih sepuluh batang, kan?.
“makcik, satey ayam tujuh ringgit ye?. Jap lagi saya datang balik.” Aku terus hulur duit. Senang. Karang bawak motor laju laju, terus capai je. Tak payah susah susah berhenti..

makcik tu renung aku, aku renung balik makcik tu, makcik tu renung aku balik, pakcik tu pulak renung aku.. ooo, baru aku perasan. Dorang nak cam muka aku rupanya. Takut karang tersilap bagi ke bilai masjid ke , pemandu lori ke, pemuda parti politik ke..

Aku terus ke Bandar untuk pergi beli asam masin(mak aku buat ais krim). Pergi ke pasar raya aktif, pergi ke kedai abang Mie. Kat pasar raya aktif takde, kedai abang Mie tutup. Aku menuju ke kedai satey tu balik. Harap harap dah standby satey atas meja, senang aku capai je terus karang.

rasa macam dah 120km/j kelajuan motor ni. Meter tak hidup. Tukar putus, tukar lagi putus. Dah bawak motor asik out meter je, mana taknya..
aku sampai.. satey takde atas meja.. tak kan tak siap lagi. Keluh hati aku. kelihatan ada dua tiga pelangan lagi yang sedang menunggu. Aku buat buat rilek. Takpe, siap ni, mesti dia bagi aku dulu..

kedengaran.. “bagi yang kat orang yang 70 cucuk tu dulu” kata pakcik tu.
Aku dah tak sedap hati.. sape yang oder dulu ni?..
Kedengaran lagi, “ha, bagi yang 50 puluh tu dulu” kata pakcik tu lagi.
Nak dekat 10 minit aku tunggu..

Dari sudut hati yang paling dalam, dah sayup sayup kedengaran carutan yang datang dari berbagai jenis bahasa..





“pakcik!, pakcik nak saya mencarut dalam bahasa apa sekarang ni!?”










kata hati aku masa atas motor on the way balik rumah. Kalau tadi lah aku cakap macam ni,pasti dapat satey tu dulu.

5 comments:

adrie said...

bahasa inggeris best.aku dah try.rasa kacak hensem bergaya haha

http://jiwarasagelora.blogspot.com/

deetree said...

Wei, kat mana kedai tu??
Aku nak cuba...

citahrudin said...

agak-agak kalau ko kekurangan kepelbagaian bahasa udlm merealisasikan suara hati ko tu..bgtau lah aku, sure aku buleh bagi 1 dunia punya bahasa

phish said...

ko patot carut dlm bhs melayu baku
bkn shj sopan.malah lebih mudah dan simpel..

StingRay said...

cuba swahili...