Tuesday, January 5, 2010

Cuti tahun baru yang macam macam

Alam ria cuti sekolah pun dah berakhir, anak anak sedara aku pun dah pulang ke negeri masing masing. jadi boleh lah aku buat bising. Sabtu baru ni aku kemas bilik lagi. peh, semut bersepah, sawang bersepah, sampah bersepah, cawan pecah, gitar lepas atas atap, jam habis beteri, siap ada ular menetas lagi. dari pagi sampai kemalam aku mengemas. baru lah sedap sikit mata yang datang memandang.


sayang aku kat drum ni walaupun orang tak nak main sebab dah buruk lah bunyi tak sedap lah, cymbal cap ikan lah aku peduli apa.

kaset kaset lama ni dah jadi sarang semut dah.. nasib baik aku buka kotak dia. kalau tak mesti jadi makam queen of semut..

koleksi patung kegemaran. kalau amar ada kaca mata jon lenon, aku ada patung jon lenon. aku dengar kumprinx ada baju jon lenon..

ha, ni yang aku suka untuk 2010. buat efek gitar untuk memuaskan nafsu telinga dan menahan nafsu mata dari melihat efek efek dari luar negara. macam mengalahkan puasa pulak gayanya. sejak kebelakangan ni aku banyak habiskan masa dengan amir. dia agak berkebolehan dalam bidang bidang elektronik ni. siapa amir? masa pelancaran efek ni nanti aku bagi profile lengkap dangan gambar berukuran passport supaya senang tegur masa jumpa tengah jalan nanti.
sekarang ni aku guna kotak pensel dulu sebelum dapat bekas sedak sikit. beteri tu pun aku tukar lain lah nanti. peh, bedebar gila. tak sabar nak tunjuk kat orang kampung.
jangan risau.ni memang kalah bunyi pesawat NASA punya.

10 comments:

gunx said...

menaik keh nak ke rumah demeh nih...

Ismail Othman said...

2,3 hari lagi aku pasang penghawa dingin pulak. amacam?

tora corgan said...

multiefek kaler merah selepas fuzzface tu apa nama dia??

Ismail Othman said...

zoom gfx-1.

http://www.zoom.co.jp/english/products/gfx1/

Baby Tiger said...

woit soft toys tu sumer kau punya ke? bestnya!

Ismail Othman said...

tepat sekali tekaan kamu, tiger!

terrarosa said...

sila hormat sket patung Tasmanian Devil !
idola keh tu.... kikikiiii...

phish said...

jambu gak lu ni..siap de patung2 bagai ni..wakakakkaa..jambu keee

Ismail Othman said...

rokes mmg macam tu, phish.. hahahaha

faheza said...

aku nk elmo tuh...