Wednesday, January 27, 2010

Selasa, 26/01/2010.

tadi aku cuti kerja cuci tandas.. nak siapkan design katalog punya pasal dari malam aku mengadap tak siap siap. akal tak datang. last last pukul 5 pagi aku hantar sms apply cuti pastu masuk tidur kejap. 10 pagi bangun sambung buat katalog lagi, akal tak datang lagi. cisss.. pergi usyar dapur ada goreng pisang, aku kena sepotong dua dulu. kehulu hilir, kehulu hilir, jam dah pukul 11.30, aku pecut pergi mandi. siap mandi aku save apa yang patut dalam pendrive untuk sambung buat kat kedai. tiba tiba kumprinx talifon suruh hantar balik rumah. dia ada kat masjid tempoyang katanya. ntah macam mana dia ada kat situ aku pun tak tau. sedang molek bisik hati aku. lagi pun aku memang nak kebandar.

sampai centrepoint aku pilih untuk naik liff. rasa macam nak kena pow pulak kalau naik tangga hari ni. nasib baik liff tak lekat, kalau tak aku bukak je siling ni macam dalam filem filem barat tu.

sampai kedai semua orang terkejut.

"ooo, en.mail, awal datang hari ni. biasa pukul 3?" sindir boss.

"keh tak cuci tandas hari ni!. cuti!" sambil tepuk meja kerani.

kerani nampak tak bersemangat sambil lipat baju yang baru siap cop. nak je aku suruh pumping 10 kali.

aku sambung buat kerja. kepala dah sakit, t shirt tak siap lukis lagi, baju berkoler tak siap lukis lagi, seluar trek tak siap lukis lagi, aduhhh.. orang pulak boleh ramai datang tempah baju lah, kad lah, baju sukan lah. tak lupa juga yang datang mintak baju yang tak siap. kucar kacir semua staf, nasib baik aku kerja part time je kat sini. tak payah pening pening.

kalau buat kerja kat kedai ni memang banyak borak lah jadinya, sedar sedar jam dah pukul 4.45. perut automatik jadi lapar.

"Abg jamal jom pergi makan kat sebelah, keh lapor ni tak makan lagi." umpan aku ke jamal mana tau dia nak belanja.

"keh lapor juge ni. kejap lagi lah keh nak siapkan kad ni jap"

"tak boleh keh dah lapor ni. ingat, makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang." sakat aku ke jamal sambil jalan laju laju.

sampai kat kedai makan sebelah terus aku masuk ke dapur tanya apa lagi yang ada.

"mihun sup je ada mail oooii.." kata makcik.

aku pun duduk.. pandang kiri nampak dapur, pandang kanan nampak dinding, pandang belakang nampak budak sekolah tengah shuffler, pandang depan pejabat maljil daerah. teringat pula aku kata kata amar tempoh hari..

"hisap rokok mail.. baru stail lepak sorang sorang. ini karang duduk main solitaire kat talipon apa cerita. hahahahha..."
tercabar juga rasanya. ni yang aku rasa nak pow rokok budak sekolah belakang ni.

tak sempat setan menghasut, mihun sup dengan neskepi ais pun sampai. aku makan agak laju dari kelajuan biasa. lapar.
tengah memilih ayam dalam pinggan nampak makwe kedai printing sebelah datang ke arah aku. aku tau dia nak oder makan pastu bawak balik kedai.
taugeh sikit, bihun sikit, ayam banyak. setting dalam sudu aku..
sekarang hanya tinggal suap. baru nak suap tengok makwe tu senyum. aku pilih suap, kunyah dan telan. baru tenang nak balas senyuman bisik hati aku.
aku suap,(makwe tu masih lagi dalam keadaan tersenyum) kalau nak tarik sudu mesti kena kemam sikit sudu tu baru tarik dan makanan tertinggal dalam mulut, kemudian kunyah. tapi kita hanya merancang tuhan yang menentukan.. masa aku kemam tu, tulang ayam dah ready berdiri atas sudu disebalik bihun bihun kilang rupanya.. dia punya cucuk, macam kena bius nak cabut gigi. peh.. sudu masih stay dalam mulut, nak senyum, tak boleh, nak angkat kening, tak logik rasanya. muka aku rasa dah garang macam polis trafik dengan mata berair sikit.. malas dah nak cerita panjang.

aku kembali ke kedai dengan lelangit pedih.
sambung buat kerja dengan tenang.
ralik ralik, jam dah pukul 6 petang. orang sibuk dah nak tutup kedai.
nampak gayanya kena sambung kat rumah.

"jamming mail malam ni?" tegur culah.

"pukul berapa?"

"9, ok?"

"boleh" jawab aku tanpa memikirkan kerja.

sampai rumah, dapat sms dari amar.

"keh kat bentong ni. ambik keh lepak la kang."

aku reply "ok" dia balas "jongang"
nak begurau gayanya ni, aku buat tak tau..

mandi mandi makan nasi, jam dah pukul 8. sms amar pun sampai.

"keh kat batu 2 dah ni"

aku buat rilek sikat rambut depan cermin.
satu lagi sms sampai,

"cilaka. dah tipu pun lambat." aku tersenyum depan cermin. terus capai kunci motor atas tv, pecut ke batu 2.

ambik amar terus pergi lepak kat capati house. bincang pasal band bila nak main gig. sedangkan band B.O.D(band culah) baru 2 bulan ditubuhkan dah dapat main gig hujung minggu ni kat kuantan. amar bertambah berdebar bila aku cakap lagu B.O.D dah keluar radio pahang FM.

lepak lepak jam dah pukul 9. aku hantar amar pulang. aku pulak ke mini marker mencari minyak yu yi cap limau yang akak aku pesan suruh beli tadi.

sampai rumah baru teringat culah ajak jamming tadi.gitar yang tokey studio suruh repair pun dah siap amir buat. baik aku pergi studio kejap, boleh hantar gitar ni sekali. cakap aku dalam hati. pecut pulak kebandar. melekat pulak kat studio sampai pukul 11.30. habis jamming lepak lagi sampai pukul 12.20. last last aku buat keputusan balik dulu.budak budak ni masih lagi melepak dan terus kebengkel mengecop baju katanya.

sampai je ke simpang nak dekat rumah aku nampak ada macam orang nak tahan. aku pun tanggal helmet ready nak libas. mana tau budak budak dadah nak sakat aku. sampai dekat tengok budak habis minyak motor rupanya.

"mail boleh tunda moto aku sampai kat taman atas tak?"
laju je aku jawab boleh. yelah orang susah kena tolong, kan?.
bedebar juga aku masa tunda motor tu. mana tau dia tiba tiba menjelma jadi puntainak ke, jadi motor buruk ke, jadi unicorn ke mana kita tau. nasib baik budak lelaki, kalau perempuan, aku tinggal motor aku, tolak motor dia guna tangan je sampai rumah..

sambil tunda tu aku buat buat borak.

"takde orang orang lalu ke tadi?"

"takde.."

"ye ke?"

"ye.."

cilakak baru aku teringat, mana ada kelab malam kat lipis ni orang nak keluar balik lewat.
sampai je kat jalan berbukit, kaki aku dah mula rasa sasa. motor yang di tunda dah menjadi semakin berat. budak tu seakan mengerti lalu berkata,

"takpe lah mail sampai sini jelah. lagi pun rumah dah dekat tu."

"ooo,ye ke?"

"ye.."

aku pun u turn balik. aku try toleh belakang sekali. peh,.. lega ada lagi budak tu. kalau hilang, memang sampai ke anak cucuk lah aku cerita. besok aku nak usyar balik budak tu, betul ke tak dia habis minyak semalam. harap harap betul lah weh.

sampai rumah basuh kaki tangan tukar pakaian tidur, duduk sambung kerja depan komputer lagi, tengok jam dah pukul 5 pagi, masih tak siap lagi, last last aku tulis entri ni..




katalog yang tak siap siap.
ambik korang baju kosong ni. simpan untuk masa hadapan. mana tau nak guna. 4000 x 3279 ni.

8 comments:

gunx said...

baler...genre apa ni ?

seram ke komedi ?

AMMOSHAM said...

faking mail. gua tak baca pun. panjang gile. tengok gambar jee ni...

Ismail Othman said...

ambik gambo tu

Nyahmampat said...

Terima Kasih Mail... aku memang tengah nak lukis baju... guna pc opis aku melukis,,baju kemeja dah jadik baju kelawar mak aku dah..

citahrudin said...

perghh..panjang betul cita ko nih..tapi aku buleh baca dari awl sampai ending...

kira terer lah ko ni

Ismail Othman said...

gunx; ntah..

nyahmampat; no hal punya.

citah; ko pun apa kurangnya.

phish said...

sungguh berdedikasi membuat entri kali nii

safwanrazali said...

trima kasih