Friday, May 7, 2010

Pagi


semalam aku bangun awal dari biasa. hajatnya nak siapkan design baju sebelum masuk kerja cuci tandas kat kem tu. hari masih gelap.. lampu dapur masih tak berfunsi. terkelip kelip, terkelip kelip. sudahnya aku off kan saja suisnya. langkah aku hanya diterangi oleh lampu ruang tamu. terangnya masih lagi boleh aku kenal sudu ataupun garfu.

tiba tiba nampak pulak millo 3 dalam 1, air panas atas dapur ni masih lagi boleh melarutkan millo agaknya. teka hati aku.. seminggu dua ni, mak aku dah start buat karipap untuk tambah pendapatan keluarga. mungkin dia yang beli millo ni untuk aku senang nak buat air kot. aku jarang minum air manis kat rumah, masa melepak je minum air manis ni. tapi spirit nak buat kerja punya pasal, aku cuba buat juga.

aku capai 1 gelas besar dan 2 kampik millo. peh, ni kalau bancuh, kalah maply dia punya kau. walaupun masih mamai, aku cekap di dapur. maklumlah dapur sendiri, dah tau mana letak gelas, mana letak pinggan, mana letak millo, mana letak sayur.. pejam mata pun boleh masak meggi.

aku ambik gunting sayur untuk buat buka kampik millo. nak buka pakai tangan karang, berterabur pulak kalau tak kena gaya. selesai tuang 2 kampik millo dalam gelas tadi, aku pun tuang air panas pulak. aku kacau laju, angkat nak ambik aroma. sebaik saja aku tarik aroma dia, otak aku dah bercelaru. aroma lain yang naik.. aku dah syak sesuatu. terus aku bawak kampik millo tadi ke ruang tamu..

taktau nak salahkan sapa.. serebuk kari rupanya!!!


tiba tiba pintu depan rumah dia buka. kecik kecik mata aku mencari fokus siapakah gerangan yang membuka pintu.

setelah beberapa saat.. peh!, mak aku rupanya.

"buat mende dengan serebuk kari mak tu?"

"errr,.. ni tengok tarik luput kari ni. karang mak buat buat karipap tak perasan dah habis tarikh.. sakit perut pulak orang kampung.."

"ooo"

habis aku kalau dia sedar kelak yang kari tak cukup 2 kampik..

7 comments:

citahrudin said...

bang, kari asis satu!

hoh..aku report ke mak ko dah kejap tadi

gunx said...

"like"

StingRay said...

tak try hirup sedas dua?


buatnya ketagih...jenuh.

Nyahmampat said...

nasib baik mak aku jual karipap pakai serbuk kari paket besar...

Ismail Othman said...

kehkehkeh..

Gonzalo g. Arroyo said...

nice blog...

Tun Af'fi Sofyan said...

kalau tengok gaya kau bancuh,
kari mampley mmg takde can nak makan.

kaw abess.. hahaha