Friday, July 30, 2010

Art tak mengenal hari

Hari tu kompiter aku rosak.. peh, memang macam macam dah fikir. semua art dan kerja kerja aku tak dan nak burn lagi. memang macam gampang hari tu. lepas tidur, tidur. lepas tidur, tidur. tengah terpusing pusing dalam bilik, nampak kertas A4 dan pen roland atas meja seakan akan memanggil. pasal pen roland ni, beberapa minggu lepas aku ada pergi hari pembukaan dia kat Petaling Jaya. temankan Otam dengan Nine. siap ada buat kelas percuma lagi. terpaksa lah aku dengan Nine cuba masuk kelas drum secara percuma. aku mati mati ingat orang yang mengajar aku tu Omar Hakim. nasib baik lah dia ada cakap bahasa melayu sikit, kalau tak memang heboh lah satu kampung aku belajar drum dengan Omar Hakim. Dan Otam, buat buat handal masuk kelas organ.. tau kecoh dalam kerta cerita jari bebelik main organ.


berbalik pasal Art tak mengenal hari tadi, aku tepis keyboard dengan mouse ketepi untuk bagi ruang kertas dengan pen. aku cuba buat pen berpusing, tapi tak jadi, aku sedar yang buat pen berpusing tu bukan bidang istimewa aku. dah lama sangat aku tak melukis ni sebenarnya. sejak yahudi perkenalkan photoshop, aku dah jarang usik A4 dan pen mata bola. "rasa" aku terhadap mata bola dan daya tekanan arus dakwat makin kabur. sama juga macam kita bawak motor, kita bagi motor keseimbangan dan motor bagi kita kelajuan. kalau lama kita tinggal benda benda ni, "rasa" dia akan hilang, tapi kita masih boleh kawal. setelah beberapa puluh minit melayan mata bola bergolek atas kerta A4 putih tanpa ada sebarang alasan, siap gambar brade ni.


aku pun tak tau mengapa aku boleh lukis gambar brade ni.. kehkehkehkeh.walaupun tak sehandal lukisan Imuda mahupun Lambok, aku sedar aku masih ada "rasa". madefaker betul. aku punya "rasa" lain macam hari tu. sampai lepak tepi kolam, lepas tu rasa nak buat istana pasir pun ada. cis!.
sedang aku memikirkan tentang art aku dalam kompiter yang belum tahu lagi nasibnya, bahu aku ditepuk dengan penuh art..
"dah habis dah aok punya art hari ni?" Mak.

"errr.." Aku.

"jom pergi ikut mak betulkan reban ayam." Mak.

peh, mak aku punya art lagi deep rupanya..

yes! kali ni aku kena "rasa" paku tu menusuk dalam papan!

10 comments:

citahrudin said...

art menambah pahala namanya tu

seniman jalanan said...

wah, mael blh melukis...
ada job lukis storyboard, boleh bagi mael ni...

ajin

Baby Tiger said...

uih cun nya ko lukis tu!! lukiskan gambo aku pulak. :P

gunx said...

mael mael....king of art !

Ismail Othman said...

citah; yes
ajin; hihihi ni main2 je. tak brani nak layan storibot.
tiger; lepas ni mmg tak jadi dah rasanya. hahahah
rizal; ni art bersepah namanya.

phish said...

perghhh...setail la broo

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

boleh lukis gambo opah gua ni

StingRay said...

tak guna...ni bukan tahap main-mian dah ni...

ni dah tahap super ultra power.Tak lama lagi boleh berkawan dengan Alex Ross dah ni.

hang memang power!

Ismail Othman said...

phish; terima kasih
brutalsolo; hahahah
stingray; pakcik alex ross tu jangan sebut sangat. pejam mata pun boleh lukis gambo ikan.

jo ghazali said...

pergh, aku terharu.ko lah org kedua yg memotret muka jejaka berkumis dikehendaki polis. yg pertama, tembakau ahaks. nanti aku balik lipih aku collect ahaks.