Sunday, August 29, 2010

Beberapa hari sebelum menyambut ulang tahun kemerdekaan


semalam rumah aku dah jiran sekampung yang lain terputus bekalan elektrik.. dari pukul 11 pagi sampai pukul 8 malam. aku balik kerja tengah hari tu terus keras sampai petang tak tau nak buat apa. lepas mandi, mandi. sampai makruh aku rasa semalam.

jam pukul 5 petang, aku tengok anak anak sedara aku dah berpusing pusing depan TV nak tengok asstero ceria. semua air naik kepala. masa tu aku dapat satu akal..

"ok! semua dengar sini. pakcik baru saja berjumpa orang TNB tadi.. dia orang kata, bekalan elekrik sengaja di putuskan. sampai lah lepas ulangtahun kemerdekaan.. 2,3 hari lagi kan?. kerajaan sengaja nak kasi kita rasa macam mana susahnya orang dulu dulu nak mencapai kemerdekaan. ini baru elektrik takde bukan nak kena jadi buruh paksa pun." sembang sakat aku depan anak anak saudara. lepas tu sorang menangis lari ke mak aku.

"aok buat mende ni mail?! menyakat je kerja nya.." sound mak aku.

aku sambung lagi hujah..

"karang malam sikit cahaya bulan akan menerangi malam kita. pakcik dengan wan akan main wayang kulit dekat tingkap ni. dengan hanya diterangi cahaya bulan. ye, cahaya bulan..! korang nak wayang kulit cerita apa? tom tom bak?, upen dan epin?. cakap je?. tak pun kita main kuda kepang kat halaman rumah.nak tengok ada spirit ke tak. ala apalah sangat Tv tu, tak payah tengok lah. balik balik tengok kartun, balik balik tengok kartun. kita buang je TV ni amacam?." sakat aku bertambah dalam. dan sorang lagi menangis lari. semua diam muka ketat. tiba tiba pintu bilik aku terbuka. keluar sorang anak suadara aku.. kat tangan dia nampak macam ada benda berharga.

"pakcik nampak benda ni? orang buang dalam kolam nak?!"

biasanya budak budak kecil cakap betul.

aku perhati betul betul benda tu.. yes..

"ha! tu dah kira main kasar dengan pakcik tu!. letak balik modem tu dalam bilik! letak balik!."


pucat juga aku di buatnya.. kalau kena buang betul betul, tak raya tahun ni.
oklah, selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke.. tak payah cakap korang tau kan?. semoga semuanya bebas.

4 comments:

Bainun Waheeda said...

ha ha..gengster jugak anak sedare aok ni.. hehe

Baby Tiger said...

dasyatnya anak sedara ko!! main ugut balik!

Ismail Othman said...

tulah dia budak skang ni. tak boleh sakat sikit

rozanna said...

hahaha.pucat jugak dah kena ugut balik.tp comel lah,kelakar..