Thursday, September 9, 2010

Beberapa jam sebelum 1 syawal (Shakedown 1979, cool kids never have the time)


sejak kebelakangan ni aku banyak didatangi pakcik pakcik ayah member/sedara.. aku rasa macam pelik pulak kalau fikir balik. dia orang datang mintak tolong benda yang tak logik. mintak tukar mentol lampu, mintak masukkan lagu dalam talifon bimbit,benda benda remeh macam tulah. padahal dia orang ada anak anak. anak anak bukan main lagi kerjanya.. pakai kereta, kerja kerajaan, berkemeja bagai. tapi kutu yang cuci tandas
macam aku ni juga kena.. bukannya aku mengeluh ke apa. ayah ayah sendiri tolong lah, kan?..

semalam lepas kerja aku lepak dengan sorang pakcik ni. aku mintak ceritakan pengalaman masa muda. mula mula seronok juga lah dengar. lepas lama lama tu, nada dia tiba tiba sedih. dah masuk part anak anak. cakap anak dia taknak bawak dia naik kereta lah. malu sebab bawak orang tua katanya. nak cerita kat sini pun tak eloklah aku rasa. dah tak reti nak respon mende..

kalau di tengok balik kes kes macam ni banyak belaku sekeling aku sebenarnya. aku jadi kisah lah sebab libat kan aku ni, kan. nak membebel panjang kat sini pun tak guna lah. banci lah sikit ayah ayah korang, kan. esok dah nak raya ni, kang
jadi macam drama TV, ayah merajuk. jangan sampai aku kena pujuk sudah.

bukan lah aku ni taknak tolong menolong sesama sedara dan jiran tertangga, cuma nak cerita..

entri ni lebih kepada hari bapa lah aku rasa. tapi aku tak brade masuk nak sambut hari bapa. aku jadikan entri pengajaran di hari raya.

tapi setahun dua ni aku dah kurang dapat sms patun raya. kalau tak, bukan main lagi pantun raya copy paste nya mintak ampun bagai. ke memang dah ketinggalan zaman dah setail hantar sms raya ni?

oklah, selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir kepada yang mengenali saya dan keluarga.. kalau blog ni ada terkasar bahasa, aku harap korang maafkan dia.

6 comments:

_MindFreak_ said...

Selamat Hari Raya!!!!
Gmbr kat entry setail!!!
sampai ad terbit rase jeles nie haaaa~

p/s:Selalu nmpk kt bandar tapi x brani nk tegur..heeee~

AMMOSHAM said...

sapa mail? sape? sape? bapak sape ni?
huhuhu...

rozanna said...

ada lagilaa sms pntun pantun raya.ramai lagi kot simpan sms thun lepas.hehe

selamat hari raya! ;)

jo ghazali said...

selamat ari raya keh. bawak moto molep2, kurangkan merempit

citahrudin said...

mael,
simpan entri ni elok-elok
kot nanti hari raya jatuh dkt-dkt hari bapa
buleh lah ko publish balik entri ni

Ismail Othman said...

maindfreak; selamat hari raya kembali!

apek; rahsia lah.

razana; selamat hari raya jugak. sms kat aku satu.

jo; biar keh pebetulkan ayat aok tu. "weh,selamat hari raya. bawok moto molek2, kurangkan merempit.

citah; oright!