Monday, January 10, 2011

Beberapa hari terlantar di rumah akibat chicken pox.(aku rasa tak patut kena dah tua tua ni)


"Keh tak nak naik van bomba, nak naik ambulan!" - tegas aku setelah tau mengidap chicken pox.

"Itu bomba nak tangkap ular kat rumah sebelah! bukan nak ambik aok!" - mak.


Kadang kadang aku jumpa buah delima bawah tilam. tiup tiup, makan terus.



Ok, talipon aku rosak. jenis rosak tak dengar orang cakap. sila sms sahaja.



Aku tak perasan banyak bunga mak aku tanam. tapi bunga ni bau sirap.



Kenapa gambar dinding! gambar kucing mana!


Anak sedara aku turut terkena chicken pox. malam malam meletik kesakitan.



Petang petang layan anak sedara main baling selipar!!


Malam malam aku pulak meletik kesakitan atas tilam ni.. ada satu malam, aku dive atas drum set. hilang kejap rasa sakit, timbul pulak rasa bengap.


Alhamdulillah... hari ni aku dah sembuh. Terima kasih lah buat rakan rakan yang datang melawat. yang bawa buah buahan tempatan, air gas, gula gula dan banyak lagi. Tak lupa juga yang sms dan tulis kat wall fesbuk.

Sekarang dah pukul 5 pagi. kejap lagi pukul 8 nak masuk kerja. Ye aku dah start masuk kerja. Cuci tandas macam biasa!!. Ada satu lagi, ah, tak payah cakap lah..

5 comments:

Ismail Othman said...

macam ni entri?! baik buat blog pantun lah aku ingat.

Kumprinx said...

solid mael.
macam layan 9gag je.

Ahmad Belia said...

sakit sebab mental lemah...

makwe joni said...

keh paling kagum sama selipar terbang tu

Hilman Mahyuddin Ghazali said...

begambo panjat belebas ke apa ni?