Wednesday, June 8, 2011

Beberapa minit teringat perihal kerja


Jangan jangan, dah 6 tahun aku kerja cuci tandas rupanya.. peh.(termenung pandang keluar tingkap(inception)sambil menongkat dagu)ini yang ahli politik tak suka ni. Gaji pun murah je. tapi alhamdulillah.. tak pernah sesak sampai kena makan siput babi. selama 6 tahun ni, cukup je semuanya. tapi, sejak harga barang naik, minyak naik, darah naik, naik sakit, apa apa semua naik ni, dah terasa juga sebenarnya. macam tahun ni, aku selalu juga tolak motor. biasa 2,3 ringgit tahan 3,4 hari, ni karang tak cukup hari, minyak dah habis. maksudnya isi minyak motor 2,3 ringgit ni macam mencurah air ke daun keladi je.

Ha, yang sebenarnya aku dapat kerja baru ni, part time lah tapinya. buat batu nisan kat hujung kampung. nanti orang tanya, haih Mail, berjubah hitam bercelak bagai sampai helmet pun tak pakai, buat kerja apa sekarang?.

"Gravestone maker.." (suara parau)

7 comments:

Bozu said...

sedap ye dak dapat baring gini?

Ismail Othman said...

darah naik kepala tu. kepala kebawah. bukit. kena paksa. sarang semut banyak dalam rumput. seksa. tapi sedak juga sebenarnya..

citahrudin said...

pehh!!! hebat2!! terserlah kemisterian nya nanti!!

apasal kau teruja sangat ni citah?

Hashim Zabidi said...

Ukir batu nesan?
Ini kerja bukan 'tahap mati sebelum mati'

dya said...

jgn aok ukir batu nisan bntuk gitar o drum dah la mael

Ismail Othman said...

citah; emmm..

Pakcik Hashim; tak lah ukir, tolong cat cat je rasanya. tak mula lagi kerjanya. kerja dengan abang wan bawah masjid ni je.

Dya; kehkehkeh. sehari je kerja kalau macam tu.

ape2 jer said...

mulia keje tu..bagus2
pakai baju mcm undertaker ker? haha