Sunday, April 22, 2012

Beberapa hari ke Kuala Terengganu

"Apa kata kalau kita ke Kuala Terengganu?"

Kata makwe lepas pekena neskafe panas serentak dengan letakkan gelas ke meja. perkataan "Apa kata" aku tak berapa dengar sebab bunyinya serentak dengan bunyi gelas yang terhentak kuat ke meja. Jadi, macam biasa. aku tanya semula.

"Apa?"

"Apa kata.. kalau kita ke Kuala Terengganu? ada kawan joint festival pelamin. boleh jalan jalan tolong tolong dia sikit."

Macam pahlawan zaman dulu, aku pantang di cabar. Dengan lantang aku menjawab.

"Boleh. Nak naik kuda atau naik train?


Ok kami naik bas.. tiket ni pun, kira nasib je dapat. sebabnya semua tiket ke Kuala Terangganu habis malam tu. Dah 18 minit terpusing pusing dalam hentian putra. rasa putus asa sampai nak overnight kat Bukit Bintang tengok budak shuffle dah rasanya.

Akhirnya kami bersibai di kuanter kuanter untuk ayat power. mana lah tau boleh duduk tepi driver ke.
Bersibai punya bersibai, sampai lah kami di persidaian terakhir mengikut takdir. Ke satu kuanter yang boleh tahan pekat cakap terengganu. Dan disitu juga kami ditemukan dengan seorang pelancong luar. Seorang Maksaleh.

Mengikut kata akak kuanter tu, maksaleh ni nak tolak tiket, jadi aku dengan makwe tak fikir panjang. Terus tarik Maksaleh tu ke tempat gelap.

"Ok, sekarang kita nak selesaikan macam mana?" kata kami serentak.

"Can you speak english?" kami pandang satu sama lain.

"Ok, sekarang kita nak selesaikan macam mana?"(dalam bahasa inggeris)

Setelah selesai urusniaga di tempat yang mencurigakan, kami kecewa harga tiket tak boleh runding. Maksaleh jeling. haih.. jenis kalah dengan pelancong luar.


Macam biasa, kerusi yang banyak kita buat letak beg. ibu ibu mengadung dan warga emas dibiarkan berlari setempat.


Secara jujurnya aku tak pernah naik bas dua tingkat dan duduk atas. Jadi, ambik gambar buat renungan. Mengeledak juga lah pinggang kami lepak hentian putra tu dari jam 9.00. bas kami bergerak jam 11.30 malam. Berdebar juga aku sebab tak pernah naik bas jalan jauh jauh. takut takut sakit perut dalam perjalan. Memang aku jerut je leher driver tu dengan tali kasut suruh berhenti. Janji lega. Tapi, Alhamdulillah takda apa apa. Tiba di Kuala Terengganu jam 4.30 pagi. kami dan penumpang lain sama letih dan bersepai. time ni kalau ibu jari kaki tersandung, mau bergaduh dengan prebet sapu di buatnya.

Tak lama lepas tu, kawan makwe pun sampai. Jiha dan suami, Fuazi.
kami dijanjikan penginapan dan sarapan pagi. Ok, kami lepak rumah Jiha. Kondo rakyat, Kuala Ibai.

Sampai rumah, Jiha terus buka cerita. lantang seperti srikandi dahulu kala.

"Ok, kita tidur dulu. sembang banyak pun tak guna time mengatuk macam ni"


hai makwe.


Dua hari aku lepak sini. Power juga kena pakai baju kaler kuning. Berdebar juga mula mula. kulit hitam, baju kuning. Biasa aku demam kalau pakai baju kaler pelik pelik ni. Tapi kali ni ok. Peh. ok, ni model baju.


Setelah 5 tahun tak jumpa, akhirnya jumpa juga. puluit antara orang kuat Primary di Amsterdam dulu. Sekarang menetap di Kuala Terengganu. sambung study sebagai ahli kaji langit. tak banyak sembang juga. dah tak jumpa. cerita pun benda benda lama saja. power tak power, dah ada isteri dan anak sorang. Aku harap ko tak kering akal untuk buat lagu.


Dan juga terlepak dengan Azura Abu yang bersenjatakan kamera kompek. lupa pulak nama tempat lepak. kat kedai makan banyak banyak Area TTC juga. Ok juga pekena roti bakar dengan neskafe. tapi dia kena teh O.

Setalah dua hari bertarung dengan pelamin. hari ke tiga, Jiha bawa kami berjalan jalan sikit. lupa dah nama tempat jalannya.


"Karim, ko, ko, ko tepi sikit. kecik kecik je api tu aku tengok."
paammm!!! dia tendang kayu api masuk bawak kawah keropok. handal.. handal..


Mula sampai, ikan goreng tepung. Aku dah berdebar. kalah sikit aku dengan ikan ni. lepas tu sampai lagi Udang, sotong, pari dan ketam. lega. ooo air kelapa.



ok,.. air kelapa power.




Jiha dan Fauzi. Ombak rindu katanya. Selamat menyambut kelahiran pertama buat mereka 8 bulan lagi. Terima kasih lagi buat mereka.



Ok, ni kali ke 3 aku ke Kuala Terengganu. Kuala Terengganu, Terengganu. ko, ko, ko memang Darul Iman.

4 comments:

nousya said...

amboi. kemain berdaulat kuning tu ha.

ashraf sahdan said...

Aok ni raja bunian ke sebenarnya mail?

Ismail Othman said...

amboi, kalau bertanya, macam najib. kehkehkeh

xazuraxabux said...

masing-masing muka penat..hehe