Sunday, November 11, 2012

Beberapa pekara steady setelah bergelar pakcik

"Tepi tepi, biar pakcik bawak motor ni. kau masih muda untuk bawak pakcik. lagi lagi jalan lipis ni." tegur aku ke anak sesdara sambil pakai helmet.

Dia diam mengikut kata.

"Kau lock tak handle moto ni?"

"Tak, jalan kuantan sesak, payah nak cilok.."

"Bagus.. pakcik tak suka kau lock lock handle ni.."

"Ye.."

Walaupun jarang sangat bawak moto EX Five ni, aku tenang. Gear tiga aku tarik sampai 90km/j. masuk gear empat, aku terus usyar anak sedara kat cermin sisi. sambil angkat kening.

"Amacam gaya pemanduan pakcik?!!" sampai tegang tegang urat tekak bertanya soalan macam ni atas motor..

"Ok.."

"Ha,ha,ha,ha,!!!.." gelak sambil pulas minyak..

Setelah sampai dan habis shopping kat kedai dua ringgit, kami pun menuju ke tempat parking. seperti selalu, aku parking depan depan kedai dua ringgit ni.

"Nak bawak? No, no,no," Aku acah sambil pusing pusing kunci..

"yelah.." tenang anak sedara menjawab.

Aku masuk kunci laju laju. tepat pulak tu ke lubang kunci. teras bangga kejap. Angkat kening lagi sekali ke anak sesdara..

Aku start..

Iyahhh!!! Iyah!!!!...   Apa ketat sangat ni! tempik aku dalam hati..

Iyahhhaaaarrrrr!!    takkan jamm panas pulak motor ni.. Debaran dalam hati..

Aku toleh ke anak sedara aku, dia buat buat pandang tempat lain..

Iyahh!! Iyah!!  tak boleh juga..

Aku cuba tarik nafas dan bertenang..

Tengok dekat meter motor.. Cahaya Top gear memancar ke horizon!!

Yess!! "Pap!!" tepuk sekali ke meter motor.

"Pakcik memang suka start motor tengah top gear ni!!" sambil tekan free gear guna tumik.

Anak sedara aku gelak sambil tutup mulut (Ini memang tak patut!).

1 comment:

Miz Elle said...

Gitu la gayanya! Dah title pakcik/makcik ni, memang kena terima hakikat terkadang tak terikut rentak - peredaran zaman muda mudi sekarang. Dulu pernah terdetik di hati apsal orang ni slow dah 10x cakap dia dok ulang semula cakap aku. Nah - sekarang aku dok buat apa yang dok terdetik di hati dulu. Ulang ayat@instruction orang sebanyah 10x supaya kita betul faham dan kita tangkap apa yang perlu dilakukan!