Sunday, November 9, 2008

mana budak ni?


Kebelakangan ni, aktiviti jamming kat rumah aku dah semakin pelahan..
Dulu pepaleh laju, macam lagu iron maiden. Aku cas rm8 sejam bagi
sesiapa yang bernafsu nak jamming kat sini.

Sebagai seorang yang tidak bersukan, jamming/main drum adalah harus,
bagi aku. Untuk memastikan jantung sentiasa sihat(harap). Kalau tak,
peluh tak keluar. Nak harap kerja cleaner pepagi tu, jangan harap lah.
Matahari baru nak naik, aku dah balik kerja.

Sejak kurangnya ganguan bunyi di petang hari, aku sering di datangi
jiran jiran bertanyakan lineup yang hilang. Dia orang selalu petik
Amar, mungkin dia hot sikit kot.

"demeh dah tak main dah ke skang ni?. Lama tak nampak yang rambut panjang
berkereta waja tu"
itu kalau Amar.

Kalau pipi,

"mana yang puteh puteh duduk kat taman permai tu?"

kalau otam,

"mana yang selalu bawa kompiter riba tu?"


kalau fadil,

"mana yang selalu naik motor EX-5 tu? Ala, yang ada box kat belakang
tu?. Kadang kadang dia bawa keluar komik dari box tu, roti pun ada,
bil asstro apatah lagi. Parang panjang pun makcik nampak dia bawa
keluar hari tu!"

kalau Kumprinx?,

"Kumprinx mana?(siapa tak kenal beliau)"

begitu rindunya orang kampung tempoyang dengan pecemaran bunyi..

Aku dan Kumprinx mengumumkan rumah ini sebagai studio jamming untuk
kami/Fury pada 2002, tiada sebarang surat bantahan dari orang orang
kampung mahupun YB. Jutaan terima kasih kepada orang Kampung Tempoyang.

rilek orang kampung semua, esok lusa adalah dia orang tu.

7 comments:

gunx said...

jamming la kat rumah komeh kat tempoyang nuh...

up satu lagu keroncong...

mail said...

itu lah kagelor. keh tak cukup handal lagi nak bersemuka dengan atok keh tu.

pipiyapong said...

ah aok mael..bukan ke kita dah banyok training lagu s jibeng nak buat main kat sana..

gunx said...

pok mertua koi masih lagi curious kat maner demen seme jeming....

mungkin ada niat nak turun ilmu kot.

koi rekemen demeh hamek ilmu tiup seksofon...

deetree said...

What the H......

Kumprinx said...

gua baru jumpa pakcik kopok kat kerpan walk tadi. dari jauh gua "Wuzzzuupp!!" je. Pastu masa borok ngan dia, bebudak lain datang salam cium tangan.

Gua rasa bersalah.

sarah al-INSYIRAH said...

part fadil tu siyes lawak.
aku leh bayangkan..~ :D