Thursday, March 12, 2009

Tekun.


petang semalam tiba tiba rasa nak buat lagu. Macam gampang pun ada rasanya. Apahal tiba tiba nak buat lagu?. Terus aku capai gitar dengan bukak kompiter..

Seperti biasa, aku susun beat drum dulu(susun yang senang senang je, nanti tak lah pucat nak main) langkah ke dua, aku masuk part gitar 2/rhythm. Tambah sedikit efek chorus untuk kasi cepat siket dapat mood bagi gitar utama dan vocal. Senang betul buat lagu sekarang ni, patutlah amuk keluar album setahun sekali.. Langkah ketiga, dengan bersahaja aku masukkan bass line. Sekarang hanya tinggal part gitar utama dan sedikit penambah perisa kaoss pad. Kali ni aku guna efek volume dan delay untuk riff utama. Baru macam lagu wings! Tak gitu Jedi?(gitaris primary). Aku bagi solo paling berperasaan sekali untuk. Sampai dahaga tekak di buatnya..

memandangkan hari pun nak magrib, aku ambil keputusan untuk rehat sambil minum air bio aura macam dalam TV. Dalam TV cakap minum 8 gelas sehari. Tapi aku baru minum segelas.. 7 gelas lagi tu, neskepi tarik, teh o’ suam, sirap limau, air asam masin, air buah naga, air kotak anggur dan horlik..

Bismillah.. satu teguk, dua teguk, tiga teguk..

Pling!!...

Gelap…

Aku pitam…

Tak. Aku masih dengar riuh rendah anak sedara aku kat luar rumah..

Blackout rupanya…

Air mata macam nak keluar.. aku dongak ke atas supaya dia bertakung.

Masih tak boleh terima hakikat yang aku tak save lagu tadi!!...
Semuanya hilang.. kalau zaman walkman dulu, takde cerita tak save ni macam ni!.

Macam mana lineup primary semua!?? Bukan apa pun aku lambat e-mail lagu, karan terputus..

9 comments:

Saya said...

pedih tu..
black-out..

thomatoes said...

ceh..betul ka beb..haha..gua ngan jedi ada main-main sket dgn lagu baru tu..nanti gua email kat lu..2 lagu..ada lagu yang jedi baru buat..100% dia punya..masyuuukk..

beb..pp ngan amar ni gua ingat kena piat telinga le..stail malas je kalo ajak main gitar..

Kumprinx said...

gambo tu tobat smart mael oh..

citahrudin said...

apasal ko suka sgt tiru ha?

umah nenek aku blackout
umah ko pun black out..

kamon la...

kueh bakar said...

ganas bilik ko bro! rock!

StingRay said...

cuba godek2 kot-kot ada dalam recycle bin... tukang sapu letak situ ka...


ha ha ha ha.....



sabo mail...sabooo....

JOyAHkHaLID said...

snang jer nak atasinyer lpas ni ko p mne2 kdai jual barang letrik jangan p kdai jual jagung ayam lak! ko mintak nak bli back-ups cs tarak dah kes2 lpe2 nak save ni.

limmtatt said...

aok ngan ben aok takde plan main kat temerloh?

aaa satu lagi, ade info pasal ben Nostalgia? pass ke koi...

Aiman Abdullah said...

buleh bg lirik Tengah Malam Di Kuala Lipis?