Saturday, October 10, 2009

syawal yang macam macam.

sesi bergambar bersama en.ben anjuran gunx.


kali ni gunx pakse aku pakai baju melayu. jadi, aku pakai.
tokey kedai cakap, kalau tambah lagi lengan baju tu, tambah RM50. aku jenis takde duit. jadi, macam tulah baju melayu aku tahun ni.

tak cuba tak tau.


macam gampang juga berdebar nak buat persembahan solo ni rupanya. tapi tak boleh fight berdebar masa interviewe jkr aritu..
dah lah aku tak cukup latihan. bulan depan aku buat lagi hal macam ni. aku harap otam boleh turun sekali. kita sambung keretapi.

kemas tempat kerja.


baru lah laju buat kerja kalau meja kemas. selalu kucing pun ada tidur atas meja ni. aku rasa tahan 3 hari je kalau kemas macam ni. bersepah balik lepas tu.

orkid harimau.


orang kabor orkid ni payah nak berbunga. tapi rilek je berbunga kat rumah aku ni. boleh tahan tinggi dia punya menaik. pakai tangga juga aku ambil gambar. macam hantu mata satu pun ada rupanya..

kucing kat rumah aku beranak bersepadu.


tak tau nak isi nama mende dah.. siapa siapa yang berkenan, aku boleh poskan.

tolong kawan kawan.



aku beli talipon ni RM100 kat seorang kenalan yang terdesak nak pakai duit.


-------------------------

mak; sibuk gayanya bulan ni?

aku; biase je..

mak; dah nak habis syawal ni, pose 6 bila nak buat? main je taunya!!?.

aku; errr...

10 comments:

Unknown said...

sedak2

phish said...

update pon...kesimpulannye mane gmbr rayenyeee

StingRay said...

MAIL..nak jual tak phone tu? haha

makwe joni said...

cisss..patut lah gaya mesej pun mewah je skrg ni

makwe joni said...

errr..psl anak2 kucing tu buleh juge ko pos ke umah aku..tp aku takut diorang mati je sblm sampai umah aku..ha, dh 1 hal plk nk kebumi kt mn..

BudAk hijAu said...

nak kucin 2ekor.email boleh???

Ismail Othman said...

gunx; sedak2 kembali.

phish; takde gambo raya tahun ni. tak berjalan sangat. semua tido je.

stingray; esok aku belikan untuk ko satu(janji2 manis)

citah; aku bekukan dorang, masuk dalam peti ais mini, pos. nanti dapat ko panaskan dorang. harap2 hidup balik..

budakhijau; tengok e-mail. aku dah send pagi tadi.

BudAk hijAu said...

patut email asik bunyi kucin je..cuak nk bukak!

fazleena said...

comel mak u. :)

M.R said...

saya mahu seekor anak kucing,please!