Sunday, December 26, 2010

Beberapa minit lepak dengan Padeli (sangat rare)



Pagi tadi seperti tidak kebiasaan, aku keluar sarapan dengan Fadil. dalam pukul 9.30. kira pagi lah kalau kutu macam aku ni..

aku cakap ke Fadil, lepas ni nak ronda ronda ambik gambar untuk KLDF dah lama aku tak update. fadil cakap nak layan TV. ok, memang kebiasaan macam tu kalau hari ahad.

habis aku pusing satu lipis. cari bahan update. dapat lah 2,3 keping..
sedang melayan perasaan atas motor, aku ternampak kelibat padeli kat kedai dia.
Padeli ke Mawi ni?. kata dalam hati aku.. yes, Padeli rupanya. aku parking sebelah kereta mewah dia.

"peh, balik tak kabo!" tanya aku sambil tepuk tepuk bonet kereta mewah warna perak dia.

"lah keh ingat takde orang kat lipis.. ingat aok ke kolumpor"

"mana.. keh dah benkrap dah ni.."

"dah dah, jom kita mengeteh dulu"

kami pilih lepak Jamil pulut..

aku mintak neskepi O Padeli mintak teh tarik.

"makan?"

"tak tak"

baru tercabar jamil pulut lepak tak pekena pulut dia.

Hampir sejam kami membincangkan hal hal korporat dunia dah akhirat.
sekejap bedebar, sekejap gembira, sekejap perhati pulut dalam pinggan meja sebelah. semua sekejap sekejap.. last last air neskepi aku tadi hapir habis. ye tadi aku minta neskepi O. dia silap, aku telan je.

"jom gerak, aku pun dah nak gerak ke kolumpor ni" sambil pusing pusing kunci kereta mewah dia.


padeli ko memang dah berjaya. sebagaimana zaidi sekarang.

ok, semoga maju jaya!!

-----------------------------------------------------

Dan semua pelindung hati itu lembut. diantaranya daging darah dan urat urat saraf. maka kerasnya hati disebahkan jiwa. dan jiwa itu sangatlah komplek kiraannya..

ok, dua, tiga hari ni aku rasa macam nak makan pizza sebenarnya. cilakak, sampai tulis kat sini!

3 comments:

citahrudin said...

beberapa saat lepas keh baca entri nih, keh pun dah rasa macam nak makan pizza

dem, keh dah terkabo kat sini pulak

Hilman Mahyuddin Ghazali said...

lain sangat dah raut wajah padeli skang. jenih fikir dalam ni.

Ismail Othman said...

yes citah, beli lebih sikit.

padeli pun rindu lu jugak, hilman.