Saturday, January 1, 2011

Beberapa minit selepas terjaga dari tidur(ko memang power).

Weh, tak perasan aok call tadi. keh kat rumah ni.

Aku sms ke Fendi selepas talifon aku berkelip kelip dan tertera di skrin talifon
"1 miss call"
terus kebilik air, mandi mandi, pekena teh dan makan lempeng.
aku kembali ke bilik, tengok cermin. peh bersepah juga parut chicken pox kat muka ni. kata aku dalam hati..emmm..

macam mana nak tulis bunyi ringtone talifon? aaaa...
takpe lah.

"kringgg!! kringggg!!!"
(babi, tak real langsung. ringtone aku bukan bunyi macam ni)

bunyi panggilan masuk tadi kacau feel pagi sabtu aku..

"hello Mail, fendi ni. aok macam mana? sihat dah?

"aaaa ok ok.."

"ni, keh ada kerja sikit ni. nak suruh aok buat"

"ooo, kerja mende?"

"macam biasa lah tracing design baju budak sekolah"

"boleh boleh. aok datang je. keh sihat dah ni. boleh buat kerja.."

"peh, lega keh. keh dah sesak dah ni. ingat aok tak dapat buat"

"boleh.."

"ni ada 3 design ni, karang dalam pukul 2,3 keh datang rumah aok, ok?"

"ok ok. datang je bila bila. keh ada kat rumah."

tamat perbualan..

aku bukak tingkap bilik, perhati benda jauh dan hijau buat senamam mata. kelip kelip 2,3 kali. siap. pasang kompiter, layan Pulp fiction buat kali ke tiga. tersengeh sengeh 2jam setengah dalam bilik. Samuel L. Jackson, Samuel L. Jackson.. ko memang power.

hampir terlupa aku kena hadapi kerja kejap lagi.
kemas kemas sikit tempat tidur, buang plastik super ring yang gagal di masukkan kedalam tong sampah dan refill air dalam botol.. kat sini lah bilik, kat sini lah studio, kat sini lah tempat kerja, kat sini lah tempat sakit, kat sini lah hiburan dan kat sini lah semua. bilik, ko memang power.

aku duduk smart depan kompiter sambil bukak perisian yahudi..
ok,semua dah standby.aku hanya tunggu fendi saja..


tunggu..



tunggu..



"~tit~" sms masuk. buat apa?. aku sengeh. ni, lagi satu, ko memang power.



tunggu..



tunggu..



tunggu..

peh, apa pasal lama sangat fendi ni..
aku tengok jam..
yes... baru pukul 11 lebih rupanya. aku masih ada 2jam lebih lagi rupanya. dan aku tulis entri ni.Beberapa minit selepas terjaga dari tidur(ko memang power).

permulaan yang sangat baik untuk 2011 walaupun aku tak berapa sihat lagi..

ok, selamat tahun baru, moga hari ni hari yang baik buat semua.




tahun; 2003
tajuk; kejut