Saturday, May 7, 2011

Beberapa jam memancing

Nak dekat tiga jam aku duduk tepi kolam depan rumah ni. saja nak cuba memacing dapat ikan boleh goreng goreng. lagi satu saja nak cuba bersatu dengan alam. asik bersatu dengan moniter je, sakit lama lama di buatnya.

Panas, ok bersatu dengan panas. letih, ok bersatu dengan letih. marah, bersatu dengan marah. habis dah semua bersatu, masih tak dapat ikan. mak aku rilek je layan pokok bunga dia kat atas. mungkin dia tengah bersatu dengan bunga, kata aku dalam hati. pada aku bersatu kira macam proses mengenal diri jugalah. kalau orang tanya macam mana, memang aku tak boleh jawab punya. gagap je jadinya."errr.. saya, saya, saya.."
bersatu ni kira macam kita cuba memahami satu keadaan. satu perasaan. lebih kurang macam tu lah. paling banyak orang cakap memahami cinta. cinta satu anugerah. marah pun anugerah juga. ada yang cuba memahami marah?. tak pasti. ok, berhenti merepek.

Hari dah dekat pukul 6. mak aku dah start angkat jemuran. aku masih bersatu dengan pancing buatan kilang. sedang aku cuba bersabar lagi, terdengar suara mak.

"ko tunggu. ko tunggu situ."

Aku diam sambil buat muka macam orang dalam rancangan river monster.

Mak aku turun ke tebing kolam bawak penyauk. dia berdiri di tepi kolam dengan keadaan tenang.. bersatu mungkin. aku perhati je.

"Zaaasss~~~!!!" sekali dia sauk.

Gampang dapat ikan lampam sekor!!

Mak, ko, ko, ko, jangan lupa hari ibu. ko memang power..

15 comments:

Miss ... said...

haha terer mmg ko mmg selalu power !
mak aku jugak !
selamat hari ibu untuk semua mak2 :)

Ismail Othman said...

kehkehkeh selamat selamat. basuh pinggan lebih sikit hari ni.

Miss ... said...

halah baru pasan tertinggal..sepatutnya mak ko yg power hehe adoi..kim salam mak k :)
basuh baju skali tau haha

Ismail Othman said...

kehkehkeh baiklah.

adek dah besar said...

mengail dekat mana mail?

Ismail Othman said...

kolam depan rumah je.

ay_yusof said...

Peh, mak memang selalu power!

Tabik kat mak.

citahrudin said...

patut nya aok panggil mak aok ni super mak

dya said...

mael, sauk lg sekor baby kura2 bleh x? nnti dpt bg kt abaa jam. Yg aok bg kat dia ari tu, comey sgt.

Ismail Othman said...

citah; kehkehkeh super ring sudah.

dye; macam mana boleh tau aku pernah bagi kura kura kecil kat abang jamal?. boleh pekenalkan diri?.

dya said...

dia kabo aritu, dh tgk pn. cntik baby tu pnyer cengkerang. bleh la yer.. dah cr kt kdai nk supe yg tu,tp x de.

Ismail Othman said...

ok

Hashim Zabidi said...

Tak betul tu Mail. Bersatu makna bersekutu. Disekutukan salah dan pisahkan juga salah.

Kalau nak tahu, datang tanya aku.

Ismail Othman said...

otai sudah mari!!!! baiklah pakcik.

Sutera_suci said...

Selamat Hari Mak, makcik! Ewah