Sunday, July 31, 2011

Beberapa jam rasa tersisih

Semalam seharian aku tak keluar rumah. konon konon tolong kemas rumah lah apa. padahal banyak baring layan movie je. pagi bawak ke tengah hari, tengah hari bawak ke petang, petang bawak ke malam, malam bawak ke sikit lagi nak ke tengah malam. aku naik hairan, satu sms ajak lepak pun takda.. kenapa dengan dia orang semua ni. senyap je. sibuk sangat ke. keluh juga dalam hati sikit sikit. last last aku online fesbuk. jamal tegur kat chat box ajak lepak. azman pun ada balak lipis katanya. memeng rare lah lepak dengan azman dewangga sakti kalau kat lipis ni, kalau kat kolumpor tu, biasa lah.

Talifon masih lagi diam seribu ringtone.. aku gerak ke bandar. kata jamal, dia dah sampai kedai pade hardkore. aku pecut ke situ. pade hardkore ni memang satu satunya kedai yang bukak sampai 4 pagi kat lipis ni, jadi elok lah bukak disko kat lipis satu baru ramai orang lepak sampai pagi. ah,apahal pulak nak bukak disko?

Jap misai aku dah panjang. serabut juga rasanya. aku pergi potong kejap..

Ok, dah siap potong semat sikit rasanya bila menaip bila misai pendek.

Sampai ke Padehardkore aku nampak Apak(rakan sekerja)tengah melepak, amboi tak mengajak langsung melepak dia orang ni, selalu ada juga petang petang ajak melepak. kumprinx pun senyap takda juga sms ajak melepak.. ah, aku buat taktau saja. terus ke table. Aku, Jamal, Azman dan Atan(Atan ni muka biasa nampak, tapi tak pernah melepak sama).

Aku masih tak puas hati lagi kenapa dia orang tak ajak aku melepak. aku renung je sorang sorang malam tu. kampik betul.apa yang tak kena ni!.

Malas nak cerita panjang.. aku balik rumah, pasang kipas kuat kuat, tido. pagi tadi aku bangun, talifon bimbit masih diam seribu ringtone.. korang memang power kata aku dalam hati. tapi dalam kabur mata pagi, aku renung brtul betul skrin talifon..

kecik je tulis.. MY MAXIS. sori kawan kawan.. aku lupa tukar simkad. nombor meksis ni aku jarang pakai. sebab takut kena potong, aku topup lah sekali sekala..

5 comments:

citahrudin said...

yes! ismail dah mula mendapat limpahan akal gayanya ni

Ismail Othman said...

amboi

roe.labyrinth said...

haa,itulaa.haritu mintak sgt idea tmbh,ni dh mai dah.
baguslah.aku suke baca :)

Saya said...

haha ending yg mmg epik ekeke
update selalu g mael
suka2 lawak :)

Ismail Othman said...

ok ok ok ok