"Sabtu ni makan kat rumah orang kahwin lah. Kalau malas pegi, masak
sendiri kat rumah." pesan Mak aku semalam.
Pagi tadi dengar tak dengar je mak aku cakap apa. Aku bersepai tidur.
Sedar sedar dah pukul 10 pagi, aku baru terjaga. Orang kat rumah semua
dah cabut pegi kenduri. Kenduri tu pun aku tak tau kat mana. Gayanya
jauh, kalau tak, takkan bertolak pagi.
Aku bangun dengan penuh nafsu kelaparan sambil menyanyi, "bangun pagi
gosok gigi, makan meggi pagi ni, sudah kenyang apa lagi, sambung
tidur, peh!, masyuk sekali.."
aku buka peti makanan kecemasan dengan rakus. Selongkar punya
selongkar, meggi sudah tiada.. Tak kan aku nak nyanyi, bangun pagi
gosok gigi, makan ubi. Mana nak jadi!
Aku cuba berkelakuan tenang.. Tapi dalam hati, dah pencah pintu tandas.
Selalunya kalau hari sabtu, Mak ke pasar, ada lah tapau tapau sikit,
nasi impik ke, satey kijang ke, kancil masak merah ke, paling koman
pun ayam golek. Tapi, sabtu ni? Dia tapau sepotong ayat je, " jom
makan kenduri sedara aok tu".
Otak dah bercelaru, fikir terganggu.. Ah! Kali ni aku akan tunjukkan
kehandalan aku! Rumah ni akan menjadi saksi, yang aku akan masak nasi
pagi ni!. Tanpa bercerita panjang, nasi yang aku masak ni, memang satu
taraf dengan hotel lima bintang.(guna rice cooker) aku pecut ke reban
ayam belakang rumah, cari telur, dapat sebijik. " YES!!" tempik aku
sambil menjulang telur ayam kelangit. Aku berlari ke dapur, capai
mangkuk, pecahkan telur.. Telur dah jadi ayam. Rupa rupanya ini
balasan orang yang tak pernah derma kat rumah anak anak yatim.
Selepas mundar mandir di halaman rumah sembil mengenangkan keadaan,
aku kembali ke dapur. Aku masih tak paus hati, aku nampak ada satu
periuk kecil atas dapur gas, aku buka dengan penuh harapan..
Penutup periuk di buka dengan perlahan.. Seakan aku kenal bau ini. Tak
sepat habis aku bukak penutup periuk tu... Turun dua bidadari dari
langit. Terapung apung mengelilingi aku. Dan berkata, " Itu semua
untuk kamu.(echo) " Periuk terbuka dengan sendiri. Aku jenguk sambil
gengam erat kedua belah tangan..
Pehrr! Sup Ketam dari syurga!
Tak tipu, memang ketam! Dah dua tahun tak makan ketam ni. Aku mulakan
dengan bismillah dan diakhir dengan alhamdulillah.. Habis aku bedal
dua ekor sekali gus dengan nasi lima bintang. Tapi aku masih
sangsi dengan status Ketam tadi. Takde pulak mak aku pesan suruh
makan. Entah ke Ketam penerang hati untuk anak sedara aku supaya rajin
ke sekolah..
Lepas ni, jangan tanya aku mengapa aku sambung tingkatan 6!
No comments:
Post a Comment