Monday, August 31, 2009

Ramadhan



malam kelmarin aku layan budak budak kat taman sri tempoyang main daun terup. main pangkah gayanya. ada sorang ni dah berair mata dua kali kalah berturut turut. main juga lagi, kalah lagi. lepas tu dia buka cerita pasal berjudi, main nombor. hoo...dia punya cerita, macam tak ingat bulan ramadan.

"aku ni, masa belajar kat raub hari tu, kalau main 4D, kalau tak kena?, jangan panggil aku Axxx lah!" dengan nada menaik.

"semua orang orang sana kalau nak beli nombor, mintak nasihat aku dulu.." cakap sambil pandang member kiri kanan.

aku memang malas nak percaya mula mula. tapi semua orang diam kaku mendengar cerita dia. aku mula tak sedap hati. kejap kejap orang tanya,

"ye ke ni Axxx?"

"peh! handal nya aok Axxx."

dalam hati aku dah mula bertanya, ye tak ye juga.. talipon bimbit model terkini, gelang tangan perak sebesar ibu jari, selipar jenama terkemuka, tayar motor pun cap mahal.. dia sembang lagi..

"aku biasa kena besar. kecil kecil tak main lah weh.." sambil angkat kenin kat aku.

aku tak tahan...

last last aku tanya juga..

"kena berepa ratus Axxx?"

"ooo? RM30 je paling besar.."

memang faking!! macam mana aku boleh layan cerita dia dari tadi!

tulah orang kabor, bulan ramadhan ni elok baca Quran. jangan buat menda menda yang tak elok. aku yang tak main ni pun terkena tempias dia. sepatunya aku datang tadi beritau kat dorang, tak payah main lah weh, bulan bulan pose ni, tak elok orang tengok. kalau dorang semua bersurai tadi? takde lah aku sakit hati kena tipu..

Apa apa pun, masih belum terlambat aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua..

6 comments:

phish said...

selamat berpuasa jugak

Saya said...

Axxx mmg nak kene tempeleng..sy pon mule2 baca ingat dia kene angka wang lebat2..last2 rm30..cet..duit raya anak buah sy yg 2 tahun tu lg byk..!


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH..~~

Schalfyzcha said...

Astaghfirullah.. *geleng-geleng kepala selama 6 jam*

JOyAHkHaLID said...

tuler oak dengor lagi citer si Axxx tu.. harap kepale jer besor tapi otak lebih kecil dari bijik matenyer... hahaha...

Baby Tiger said...

isk isk isk.. kejadahnya kawan awak tu!

Ismail Othman said...

tak kawan sangat. kenalan je. hahah!