Wednesday, April 13, 2011

Beberapa hari yang sebenarnya sibuk. tapi dan juga layan poco poco.

Sebenarnya aku dah terlupa yang aku banyak kerja tak siap rupanya.. 2,3 hari ni kelam kabut tak tentu hala tunggu akal tak datang datang. dan sering kali di cop sebagai pemalas. kehkehkeh.

Sebagai pencuci tandas handalan di kem tentera, aku keluar pergi kerja pukul 8.30\9.00 pagi. balik pukul 12.00\1.00 macam tu. ramai juga orang kampung komplen. cakap aku malas kerja. padahal ada je kerja aku buat. edit edit gambar, buat tracing, design sikit sikit. semuanya duduk di rumah je. dorang ingat aku tidur sampai kemalam agaknya. walaupun aku takde kelulusan buat kerja kerja kompiter ni, tapi aku minat, tak dapat duit pun takpe aku buat juga kadang kadang tu. suka tolong kawan kawan je. kena tipu tak payah cakap lah. lagi banyak. kehkehkeh.

Nak di jadikan cerita. hari ni memang akal sedap, balik je cuci tandas tadi,sampai kemalam laju je buat kerja. tapi petang tadi dan layan poco poco kat dataran kejap. mana lah tau ada makwe pensan overdose poco poco ke, boleh lah tolong angkat masuk ambulan, ye tak?. kehkehkeh.
balik sambung kerja semula. sampai pukul 12.00.. tiba tiba aku rasa lapar gila. memang kalau takde makanan kat dapur ni, mau aku sembelih rusa dekat mini zoo lipis ni buat bakar cicah dengan kicap.
aku lepas keyboard dengan mouse serentak. lalu langkah diatur. terus berjalan ke dapur ala ala jutawan MLM. buka tudung saji, tengok ada kari udang, masak lemak pucuk maman dan telor mata. peh, sempurna!!!.
makan sambil mengalir air mata.
lepas makan aku jenguk mak, tengok dia dah tidur. aku pasang kipas dengan kelajuaan nombor satu. kasi tambah power tidur dia.

Ok, sekali lagi.. mak, mak, mak ko memang power.

5 comments:

Sutera_suci said...

Kirim salam kat mak. Cakap saya nak belajar masak lemak pucuk maman

citahrudin said...

ececece

Hajar B said...

mak power,
lu pon power gak.

gua? lagi la power.
superr power!

ops mcm iklan lain mcm je

Ismail Othman said...

sutera; baiklah cik sutera!

citah; kehkehkeh

Hajar B; peh, hajar basri komen!!!. hai hajar basri.

Hajar B said...

hai Ismail Othman!
dlu salu gak mari sini silent reader jah. tapi skarang lu dah femes. ahaha