Friday, April 15, 2011

Beberapa jam lepak Kg.Gua pekena air tebu.









Ok, petang tadi aku dengan hilman pegi pekena air tubu kat Kg.Gua.
takde apa nak cerita pun sebenarnya. lupa pulak aku nak tanya nama pakcik tu. tapi dah makan puluh tahun jugalah dia meniaga tak silap aku. 5,6 tahun sudah aku pernah juga tanya pakcik ni, tak pegi meniaga kat pasar ke?. dia cakap, dia meniaga ni pun suka suka je dari tak buat apa katanya. tak fikir untung pun. beberapa tahun lepas pernah jugak aku, amar, pipi(takpasti ada ke tidak) dengan kumprinx lepak sini. siap siap kira, semua kena RM2.60 je. ingat silap kira dah.

"pakcik jangan gelabah, kira betul betul. kang silap pulak." - amar.

"pakcik tau lah kerja pakcik, nak.. nak kena libas dengan tebu?. kamu dengar sini, air, 5 posen segelas, kamu berempat jadi RM2.00, keropok 3 posen sekampik, kamu tibai 2, jadi 6 posen. semua? RM2.60, bukan?" - pakcik tebu.

"ok, fine.." - kami berempat.

rasa macam zaman dulu punya harga. kalau ada beca, kami dah naik beca dah balik rumah hari tu.
nak dekat sebulan jugak lah kami sembang pasal minun air tebu murah lepas milineum ni. macam lepak kedai bunian pun ada rasanya hari tu. kehkehkeh.

8 comments:

Sutera_suci said...

Gamba sangat chantek. Pakcik jual air tebu pun chantek..chantek hati.

citahrudin said...

agak kalu nak mintak makan tebu buleh dak?

oranglidi said...

peh! wujud lagi jual 50sen. kali terakhir air tebu 50sen yang ori aku minum time skolah rndah dulu.

Nveil said...

50sen? peh! murah! sini 50sen dalam plastik. cawan cenggitu 1.00 kot.

teringat 15 tahun sudah, harga tebu masih lagi 30sen.

Saya said...

alahai suka2 rasa mcm balik ke belakng semula :)

Ismail Othman said...

weh, tu harga 6 tahun lepas. minyak petrol pun murah lagi. skang dah RM1 segelas. tapi warung dia ni mmg klasik habis lah. tenang je.

citahrudin said...

beberapa hari membaca entri yang sama ... keh3

dwen_psf said...

selalu singgah kat situ klu balik kechau.... air tebu memang murah... siap bungkus bawak balik bentong