Saturday, April 2, 2011

Beberapa jam semua yang berat jadi ringan

Verse

Hari sabtu tak sepatutnya macam ni di kuala lipis. kebiasaan semua orang aku rasakan berat, bercelaru, sesak, pedih, tajam, tebal, hitam dan banyak lagi yang aku rasakan tidak boleh dihadam oleh jiwa. Tapi semalam, 04\02\2011, dari aku celik mata pagi dan bersyukur senyum. semua benda bagai di lucut graviti. maka tiada satu pun yang berat, bercelaru, sesak, pedih, tajam, tebal dan hitam menggangu.

Dari tempoyang aku ambil hilman sampai ke kuala lipis, sarapan pagi, jalan jalan ambil gambar dan lepak lepak. Semuanya ringan lembut seolah olah berjalan di antara ampaian sutera.

Semua pemegang rahsia macam mahu berkata sesuatu, semuanya macam mahu membantu, tak ada satu pun yang berat bersekutu, suara kelakuan mereka hanya isyarat pada yang satu.

Aku merasa kekok menghadam sabtu sebegini. Tak tahu apa istimewanya. Semua yang dipandang nipis ke lutsinar. Terik matahari pagi nak ke tengah hari memaksa peluh keluar berguling meratah kering jasad ini. Itu semua aturan biasa kalau di teliti.

Aku dengan hilman tak banyak berkata kata. Hanya terhiling hiling dari pagi. Akhirnya kami pulang. Aku harap semua orang dapat rasa benda yang sama semalam. Memang semalam hari yang ada sesuatu. Ye, sesuatu yang tertunda.

gampang, adakah aku ketagih pizza lagi? tak mungkin! (karate keyboard)

14 comments:

Nveil said...

dah patah keyboard tu?

Ismail Othman said...

tak.. dan 3 kali je karate. mak aku masuk bilik buat muka garang.

citahrudin said...

memang aok dengan hilman jenis sejiwa ke menda sampai buleh up entri sama bau ni?

fazleena said...

amboi. guna bahasa tinggi/indah nampak? :P

Tok Rimau said...

Budak counter Domino Pizza yg minta nombor telefon, masih belum call.

Ismail Othman said...

kehkehkehkeh.

faz; sekali sekali tersasul taip. :P

tok; saya dah tulis nombor talipon tok kat bawah pinggan pakai buang tu. dia masih ragu2 tu agaknya. tengok 3,4 hari lagi. ada ke tak.

citah; tak sengaja je kot..

Sutera_suci said...
This comment has been removed by the author.
Sutera_suci said...

Patut la terbatuk-batuk..ghupenya ada orang sebut nama..hik hak hikhik

Ismail Othman said...

peh tertulis dengan tak sengaja. patut lah rasa macam tulis nama orang!. kehkehkeh

Sutera_suci said...

Ala la la..tomeinya kaber

Rindu eh?


Haha..larikkkkk



P/s : Nak tinggal no talipon ape ni? Pizza bleh? 1-300-88-2525.. kakaka

Ismail Othman said...

kuat menyakat Sutera kita ni nampaknya! kehkehkeh

Kumprinx said...

sangap kayel

Sutera_suci said...

Pakcik..bile nak update blog lagi

Sutera_suci said...

Pakcik pakcik..bile nak update blog lagi